24 December 2011

Terjajah tanpa sedar...



Ada orang memang minat dengan barang terpakai.  Atau barang tangan kedua (second hand). 

 Antaranya baju atau  seluar yang boleh dibeli di kedai  bundle. Selain itu kasut  bundle juga banyak terdapat di pasar malam atau kaki lima. Produk bundle ini diimport dari negara-negara luar seperti Bangladesh, India, Jepun, Amerika  dan Eropah. 

Bukan sahaja  harganya murah, tetapi juga banyak pilihan. Sebahagian peminat pakaian bundle bukanlah orang yang tak berduit. Mereka mampu membeli baju yang mahal sesuai dengan pendapatan bulanan. Memang tak dinafikan beli baju murah  pasti lebih jimat. Namun jika untuk dibawa ke pejabat, perlulah memilih sehabis daya. Banyak yang tak sesuai, warna pun sudah pudar. Fesyen pun nampak retro belaka. Kecuali kalau nak guna pakai ke kebun atau kerja-kerja lasak, sesuailah. 

Ada yang membeli pakaian bundle kerana nostalgia. Zaman muda-muda dulu itulah fesyen mereka ini. Bila dah berusia sekali sekala teringin pakai semula fesyen dulu-dulu. Yang lain memilih pakaian bundle kerana sukakan materialnya. Jika t shirt, kainnya kain kapas atau cotton. Jika jeans, jenama Levis atau Lee adalah yang asli.  Selain itu, banyak ciri lain yang menjadikan pakaian bundle pilihan ramai. Hanya peminatnya sahaja yang tahu...

Ada suatu pendapat daripada orang yang tak suka pakaian bundle. Pendapatnya sangat berbeza...

“saya tidak akan beli atau pakai pakaian bundle. Saya tak mahu pakai pakaian bekas orang putih. Orang putih atau orang  asing  adalah penjajah. Sudahlah mereka pernah menjajah Negara kita, kini  baju buruk mereka pun kita kena pakai.  Bangsat sangatlkah kita? Lemah sangatkah kita? Bodoh sangatkah?” 

Dia menyambung...

“Jika pakaian itu baru, bukan bundle, walaupun import dari England, saya pakailah... misalnya jersi Manchester United yang saya pakai ni... ori tau...”


No comments:

Post a Comment