11 January 2012

Aura Alfa (Orang Lelaki Mengumpat)

Orang lelaki suka juga mengumpat!
Orang lelaki dewasa yang berfikiran matang biasanya suka berbicara sesama mereka tentang hobi, isu semasa, tentang aspek-aspek teknikal dan mekanikal, tentang sukan dan  juga kewangan.
Apa yang paling kurang dibincangkan  ialah tentang peribadi orang lain.


Ini kenyataan umum. Tak kisah lelaki atau perempuan, sikap suka mengumpat memang ada pada kedua-dua gender ini. Manusia. Makan benda yang sama. Jika di Malaysia, semuanya makan nasi. Tinggal juga di persekitaran yang sama.

Lelaki kalau banyak sangat mengumpat, akan kurang maskulinnya. Ini tidak bermakna dia akan lebih feminin. Tidak bermaksud juga perempuan lebih banyak mengumpat. Ini semata-mata bergantung pada sikap individu. Banyak faktor. Rasa tidak puas hati, dengki, tekanan perasaan atau merasakan diri hebat.

Orang berjiwa kecil memang suka cerita tentang dirinya sahaja. Orang yang besar sedikit jiwanya, akan bercerita tentang isu. Orang hebat akan bercerita tentang ilmu dan idea.

Jika kita selalu mendampingi orang yang suka mengumpat, kita akan terpercik aura umpatan ini. samada kita bersubahat, atau menokok tambah ceritanya. Seboleh mungkin elakkan perkara ini. Nanti akan ada lagi percikan lain yang terkena kita. Mengumpat itu ialah menceritakan sesuatu yang benar tentang diri seseorang, khasnya perkara yang buruk. Jika perkara itu tidak benar, itu sudah jadi fitnah.

Berfikirlah dulu sebelum berkata-kata. Tahanlah lidah dan bibir sebelum melontarkan idea. Muhasabahlah diri selalu. Buatlah refleksi introspektif.

Benarlah dikata, untuk mengenal diri sesorang itu, lihatlah siapa kawan-kawannya...
wallahua'lam..









No comments:

Post a Comment