02 January 2012

Encik Azam Orang Lama

Azam?
Senaraikan sahaja 10, 20, 100. 
Atas kertas tak penting sangat. Kuantiti juga tak musatahak. Lagi banyak lagi tak berupaya melaksana.

Azam yang sudah-sudah adakah sudah disudah?


Setiap hari berazam melaksana,
dan ternyata berjaya melaksana, itu yang terbaik.

Azam tak salah. Berniat untuk perkara yang baik, sudah diberi satu ganjaran di sisi Allah SWT. Apatah lagi jika melaksanakannya. Akan diberi 10 ganjaran.
Tapi jangan hanya pakai niat. Solat kalau pakai niat sahaja, tak sah.

Seperti kita-kita pada era sekarang. Sangat informatif. Ilmu pengetahuan individu pada hari ini tak dapat diukur berdasarkan usia atau pengalaman lagi...
Sangat ramai orang memiliki sangat banyak ilmu...klise..maklumat di hujung jari..

Yang menjadi isu ialah, bagaimana ilmu ini diamalkan, bagaimana ia membentuk jati diri, bagaimana ia menilai tambah (surplus), bagaimana ia menjana kreativiti, Dan yang penting bagaimana ia dapat menyelamatkan diri dan umat di kehidupan dunia dan akhirat...

Teruskan berazam... Jika azam tinggal azam... maka sememangnya ia azam semata-mata...








 

No comments:

Post a Comment