01 February 2012

guru yang digurui?

Semalam saya hadir ke SJKC San Yuk, Rawang, Selangor. Setelah menyelesaikan sesi temubual dengan GPK 1,  2 orang guru lepasan IPGKTAA yang baru 3 bulan posting dan 12 orang murid tahun 4 dan 5,  saya pun berjumpa semula dengan Guru Besarnya, Yau Kok Wan.

Berbual dengan beliau ternyata beliau seorang yang sangat mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak bangsanya. ( senario kini adalah ramai juga anak-anak kaum bukan Cina yang bersekolah di SJKC).

Apa yang beliau kesalkan adalah kualiti guru lepasan KPLI yang  mengkhusus dalam TESL. Beliau dapati kebanyakan mereka ini tidak begitu cekap berbahasa Inggeris. Ini adalah kes yang berlaku di sekolah beliau. Contoh diberi oleh beliau; ketika beliau bercakap dengan guru TESL ini dalam BI, guru TESL ini akan menjawab dalam BM. (Guru yang beliau maksudkan ini mungkin sekali Guru Melayu, walau beliau tidak menyebutnya). Bahkan guru TESL meminta kepada beliau (GB) untuk mengajar BM !
Seorang ayah  pernah timbulkan masalah  ini bila memeriksa buku latihan anaknya. Soalan berbunyi 'Fill in the blank with verb to be."  Apa yang difahami 'verb to be' di sini bermaksud 'is', 'are' atau 'am' jika dalam bentuk present tense.
 Apa yang diberitahu oleh anaknya , gurunya (Guru TESL) meminta semua murid menulis perkataan 'verb to be' di tempat kosong tersebut. Bayangkan 10 soalan semua sama sahaja jawapannya iaitu 'verb to be'..! 

Kita tidak berniat menuduh sesiapa. Semua pihak mesti memperbaik keadaan mengikut kuasa dan peranan masing-masing. BPG semestinya meneliti kelayakan guru berada pada standard yang tepat mengikut bidang opsyen. IPG pula memeberi latihan, bimbingan dan amali P&P yang terbaik (IPG hanya ada 2 semester melatih guru-guru KPLI, ditolak cuti dan segala bagai seminar, taklimat, perhimpunan, kursus, bengkel, Bina insan, perkhemahan dan praktikum, interaksi dan  kuliah hanya berbaki 4 hingga 5 kali sahaja).  Pihak GB seperti Yau Kok Wan misalnya berhak mendapat dan menentukan guru yang berkualiti. Murid-murid adalah sasaran yang paling utama berhak mendapat guru yang boleh digurui..

Dan, oleh kerana isunya di sini ialah guru itu, maka dia yang bernama guru itu sendiri wajiblah merperbaik dirinya sendiri. Lebih daripada BPG, bukan IPG, bukan GB. Sentiasalah kemaskini pengetahuan, kaedah mengajar, mengikuti perkembangan ICT dan kemahiran insaniah.


 Yau Kok Wan berpendapat,  kemahiran lisan guru TESL sangat penting bagi meningkatkan penguasaan BI dalam kalangan guru sendiri dan murid-murid.

LANGUAGE IS USAGE...!




 

1 comment:

  1. Mcam tak ada guna nak majukan BI dengan
    buat PPSMI namun guru BI sendiri sedikit
    sahaja yang berkualiti..

    Kajian dan penyelidikan itu perlu kan encik?

    ReplyDelete