26 March 2012

lagu cinta lama (vii)


 
HIDUP MENUNTUT KETABAHAN YANG PALING EKSTRIM.

Bukanlah mudah untuk kembali ke kampong halaman yang jaraknya seratus batu pada tahun-tahun 1940an. Tiada kenderaan. Tiada kewangan. Tiada juga bantuan. Bahkan mungkin tiada keinginan. 

     Meski sebagai anak, rindu pada keluarga paling pasti. Berbulan Ramlah tinggal di kampong baru ini, tiada khabar berita tentang  keluarganya. Berita tentang dirinya jua tiada kesampaian kepada keluarganya. 



    Bulan bertukar tahun.  Akhirnya Ramlah dikahwinkan dengan seorang pemuda di kampong baru ini. Brahim. Ramlah pun suka akan Brahim. Hiduplah mereka bersama membina kehidupan berkeluarga. Lembaran baru bagi Ramlah. Ketabahannya adalah nyawa yang membuatkan dia terus bernafas.  

Bersama suaminya, Brahim, pernah mereka kembali ke kampong Ramlah. Ibu dan bapa Ramlah pun sudah tiada lagi. Adik-adik Ramlah pun sudah besar. Ada yang sudah berkahwin.


      Masa berlalu. Ramlah pun teruslah melangsungkan kehidupan bersama suami yang tercinta dengan penuh kebahagiaan. Sehingga lahirlah anak-anaknya seramai  5 orang.  Pada tahun 1970an, Ramlah kembali ke pangkuan Ilahi. 

      Kisah hidup Ramlah ini   diceritakan oleh Awang Kundur (nama sebenarnya Hanifah) kepada saya .  Ramlah sendiri lah yang pernah menceritakan kisah ini kepada Awang Kundur, anaknya. Namun saya akui di sini , bahawa saya telah  tokok tambah sedikit di sana-sini kisah ini  menjadi  sebuah karya sendiri. .    


No comments:

Post a Comment