09 July 2012

Gadis, kamu mudah hilang pertimbangan...

Anak buahku itu, Izan,  baru sahaja tahun pertama pengajiannya di universiti. Dia seorang yang cerdas dalam akademiknya. Peperiksaan PMRnya mendapat 9A dan SPM 8A. Dia salah seorang anak buahku yang perempuan yang boleh dijadikan idola kepada adik beradiknya dan sepupu-sepupunya.Wajahnya juga boleh tahan comel.

 Barangkali kesibukannya mentelaah pelajaran, menjadikan dia kurang bersosial. Apa yang dia tahu ialah sekolah, rumah, rumah sekolah. Apabila masuk universiti, dia akan pulang ke rumah ibu bapanya setiap bulan. Namun kini semakin jarang pula dia pulang.

Suatu  hujung minggu baru-baru ini, dia bertandang ke rumahku. Seorang diri. Ya, Dia sudah pandai naik bas sendiri.  Aku sangat gembira. Kami sekeluarga  akan menyediakan makan tengahari istimewa kerana meraikannya. Maka aku dan isteriku pergi ke pasar. Izan tinggal di rumah melayan sepupu-sepupunya bermain dan belajar. 

Pasar minggu agak sibuk. Parking kereta pula jauh. Maka masa yang diambil agak lama. Lebih kurang dua  jam kami di pasar.

Setibanya  di rumah, kami lihat Izan tiada. Yang tinggal Wardah dan Izz yang khayal mengadap TV bermain play station. Wardah memberitahu Kak Izan sudah keluar.

Aku menelefonnya bertanya dia ke mana. Bimbang.  Maklum dia tidak begitu biasa dengan bandar ini.
 Mulanya dia enggan memberitahu. Setelah didesak akhirnya dia memberitahu juga...
"Teman lelaki Izan  suruh Izan balik sekarang juga . Dia tak suka Izan pergi mana-mana tak beritahu dia. Kalau Izan tak balik sekarang, hubungan kami akan putus....."









1 comment:

  1. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete