09 July 2012

Kini Aku Gementar

Siapa yang suka diselia? Tak senang duduk diperhatikan. Bukan sebarang pemerhatian.
Walau mereka memberitahu bukan untuk mencari kesalahan, hanya melihat kekuatan dan mencadang penambahbaikan.





Selalu aku menyelia orang. Tak pasti perasaan mereka. Resah? Gelisah? Debar? Getar?
Kini ada orang nak menyelia aku pula...


Persediaan perlu dibuat. Dokumentasi kena lengkap. Strategi harus cekap. Pelaksanaan sudah tentu mantap.


Ya Allah, permudahkan urusan ku. Tunaikan hajatku. Ampuni dosaku.  Bantulah aku.

No comments:

Post a Comment