10 August 2012

mengakukan keakuan aku

13 Mei 2012 - Puncak Alam (Ride or Not To Ride?)

Route 110km.  Ketika mendaki perbukitan Batu Arang, menggunakan gear paling ringan, aku telah dipintas oleh seorang rider wanita. Cepat-cepat aku merasa malu dengan diri sendiri. Dia selamba sahaja mendahului aku. Walhal,  kebanyakan  rider mengayuh pada kelajuan paling perlahan. Ramai pula yang menolak basikal masing-masing.



Aku cuba mengerah tenaga.  Kalori daripada  Power Bar dan Gatorade  hampir habis digunakan. Yang tinggal hanya keakuan. Semakin jauh dia meninggalkan aku. Semakin lemah aku memandangnya.
Teryata sebuah keakuan tidak dapat menandingi  suatu  regim latihan yang sistematik. 


No comments:

Post a Comment