01 September 2012

Kamu ingat kamu sudah tahu?



4 asas hidup yang bahagia ialah :
1. Pasangan (suami atau isteri) yang baik
2. Rumah atau  tempat tinggal yang baik
3. Kenderaan yang baik
4. Jiran yang baik

Ummi memang rajin mengurus rumah. Sedang menjalankan urusan  di dapur, Ummi memanggil Ayah.  Air melimpah di bawah sinki. Paip yang menghubungkan bawah sinki ke longkang  telah tersumbat.  Guna pam getah. Tekan-tekan, tarik. Beberapa kali   tak berjaya. 

Ayah menjolok lubang paip dengan  kayu. Tiada kesan. Guna pula dawai dibengkokkan hujung nya. Jolok. Tarik. Dapat sedikit kertas tisu reput. Air masih tidak menyurut.  Biar dahulu. Tunggu air mengering dengan sendiri. 

Ayah keluar ke bandar membeli cecair anti tersumbat (Anti-clogged). waktu sudah senja. Kedai di pekan ini tutup awal.( Untuk menyesuaikan dengan tema penulisan ini, maka  sengaja ditokoktambah di sini, kenderaan yang baik, membuatkan Ayah sempat sampai ke kedai hardware sebelum pukul  6 petang. )  

Cecair diperolehi.  Ikut arahan.  Tuang waktu malam. Tambah air panas. Nanti pagi esok masalah selesai. 

Pagi. Air mengering. Bila basuh pinggan, air kembali membuak. Perlu penyelesaian lain. Mungkin cecair anti tersumbat yang lebih kuasa. 

Ustazah Salbiah jiran yang baik. Kebetulan Ummi ke rumahnya.  Diceritakan masalah. Ustazah mengeluarkan sejens alat seperti spring besi. Ada pemegang  di pangkalnya. Ada alat pemutar. Lebih kurang 1 meter panjang kabel ini.  Di hujungnya spring tersebut terbuka. Mengembang. 

Ummi pinjam kabel ini daripada ustazah.  Dijolok ke dalam lubang paip. Diputar. Kabel tenggelam sampai ke pangkal. Bagai ada tangan, kabel ini menyusup masuk ke lubang yang tersumbat. Mencengkam sampah yang ada. Kabel ditarik. Di mulut hujung kabel , gigi kabel menggigit sampah-sampah yang ada. 

Sungguh. Ini rahsia rumahtangga juga. Selama ini Ayah dan Ummi tidak tahu. Biasanya masalah sinki tersumbat tidak skronik yang ini. Kalau pun  tak selesa guna cecairi, ada pekerja Indonesia  yang bekerja di  sebelah taman perumahan ini  dapat menolong. 

Tidak diketahui dengan tepat nama alat ini. Boleh saja digelar kabel penggigit sampah.  Apapun,masalah selesai. Alhamdulillah.  Jiran yang baik dan 3 lagi yang baik itu wujud di  sini nampaknya. Sekali lagi Alhamdulillah. 


No comments:

Post a Comment