20 February 2012

lagu cinta lama (i)


Suatu hari, Faridah rakan sekuliahku berkata dengan nada  rendah. Katanya ada seorang gadis ingin berkenalan denganku. Gadis ini bukan pelajar kolej kami. Dia tinggal di taman perumahan berdekatan rumah sewa Faridah.

"Macamana dia kenal aku?" Soalku kepada Faridah.
"Memang dia tak kenal engkau. Aku yang beritahu kepadanya." Balas Faridah.
"Wow!  Rasa popular pulak. Kau cerita apa pada dia?
"Dia ingin mencari seorang kenalan lelaki. Apa lagi, aku pun teringatkan engkau. Pada aku, kau orang yang paling sesuai  untuknya."
"Hahaha... memandai je engkau ni Faridah." Kataku dengan rasa kembang. "Comel ke?"
"Cantik laa... orangnya putih melepak. Bukan macam aku ni, samar-samar je..Senyumnya manis sangat-sangat. Baik budi pekerti. "
"Eh, kau pun comel lah. Anak mami. Hidung mancung." Aku  memuji Faridah. "Mana kau tahu dia tu okay?"
"Aku tahu la. Syikin tu jiran aku. Selalu lepak kat rumah sewa aku."
"So, Syikin namanya..."
"Ha ah. Syikin.  Kalau bukan engkau, Fawaz, aku tak kan perkenalkan dia kepada mana-mana rakan lelaki kolej kita pun.
"Amboi. Melampau lah tu." Aku berbasa-basi.
"Sebab kau rakan kepercayaanku." Kulihat mata Faridah seakan bercahaya tatkala menyatakan itu. "Aku yakin dia akan selamat bila berurusan dengan kau..  Kau terimalah salam perkenalan daripada Syikin ni... okay? "

Aku terkedu dan terkelu.  Tak sempat aku berfikir. Tidak juga mampu membuat apa-apa keputusan. Segalanya pantas. Sedar tak sedar Faridah telah berlalu. .

"Nanti aku beritahu dia, engkau setuju!!" Sempat dia meninggikan nada

Sekali lagi aku melongo.