12 April 2012

Sedari sendiri sedentari!


 Tekanan darah merujuk kepada  tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan.  Tekanan darah normal adalah 120/80mmHg.  120 merujuk kepada  tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik.  80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman iaitu dipanggil diastolic.
Masa terbaik mengukur tekanan darah ialah semasa berehat dalam keadaan duduk atau baring. Pesakit darah tinggi mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan darah yang melebihi 140/90mmHg semasa berehat. 

   Tekanan darah rendah biasanya  90/50 ke bawah. Tekanan darah yg rendah sebenarnya menunjukkan system kardiovaskular di peringkat yang amat baik”, kata Dr Nor Adina Ahmat Tahudin, Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai, Ampang.  Masalah timbul apabila  darah turun secara mendadak (acute change). Ini berkaitan masalah tiroid, pendarahan, kurang darah, kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman .

      Penurunan darah secara  tiba-tiba amat bahaya kerana menyebabkan kekurangan oksigen  di tempat penting seperti OTAK dan JANTUNG.  Pesakit akan pitam atau pengsan.  Golongan tua sering alami tekanan darah rendah kerana kerosakan system saraf autoimun ( Autoimmune Nervous System).

      Duduk atau tunduk terlalu lama dan bangun secara tiba-tiba akan rasa pitam kerana  gravity menarik darah ke bahagian bawah badan. Ini akan mengecutkan salur darah menyebabkan  darah tidak sampai ke otak. 10-20% warga emas mengalami scenario ini.  Selain itu kerosakan saraf boleh berlaku disebabkan DIABETES atau  kekurangan darah.  Namun jika tekanan darah memang sedia rendah, ini menunjukkan kesihatan kardiovaskular yang baik. 

     95%  tekanan darah tinggi tidak dapat dikenalpasti puncanya. 5%  disebabkan masalah hormone hipertiroid, hiperadrenalin, peyakit jantung, buah pinggang, kolestrol dan genetik.  Mereka yang menghadapi darah tinggi  berisiko berpenyakit kardiovaskular seperti SAKIT JANTUNG  dan DIABETES. Ini akan diikuti strok, serangan jantung, kegagagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan kerosakan mata. Lagi malang, pesakit yang diserang strok akan mati  sebelah badan, tidak boleh bercakap, tidak boleh kembali sembuh seperti sediakala. Rawatan diberi lebih kepada sokongan.    

   Penyembuhan strok banyak bergantung kepada kekuatan dan  semangat individu. Justeru, amalan diet dan gaya hidup sihat perlu diamalkan.  Ambil diet tinggi serat, rendah lemak, kurangkan garam, tidak merokok dan tidak ambil alcohol.  Ubat juga perlu diambil.  Pembunuh senyap ini tidak menunjukkan sebarang symptom dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.  

      Masalah kolestrol menjadi utama kepada mereka 40 tahun ke atas. Saluran darah akan menyempit. Oleh itu lemak dalam darah mesti dikurangkan. Pemeriksaan berskala amat penting.  Setiap rumah juga harus ada alat memeriksa tekanan darah. 

      Tekanan darah yang meningkat secara tiba-tiba akan menyebabkan  mangsa jatuh, pernafasan dan peredaran darah terhenti. Juga terdedah kepada pendarahan atau DARAH BEKU DI OTAK.  Ini akan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan jantung terhenti tiba-tiba.  

      Kebanyakan mereka berumur  55 hingga 65 tahun mengalami penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kolestrol, obesity dan diabetes.  Bagi yang di bawah 40 tahun, mungkin disebabkan tekanan kerja, makanan tidak seimbang atau gaya hidup yang tidak sihat. Kurangkan gaya hidup sedentary (menonton TV atau menghadap computer dalam jangkamasa lama).  

sumber : Panca sihat 1 April 2012