18 May 2012

isteri patut tahu dan rasa..

Entah mengapa. Ada suatu cerita.  Seorang pensyarah perempuan. Pemberi kursus kepada kami. Pada suatu masa yang lalu. Masih teringat. Hingga kini.

Suatu hari. Dia dan suaminya pergi bercuti. Resort yang jauh di pedalaman. Sampai  hari yang ke-.3. Mereka kehabisan bekalan pakaian bersih. Namun cuti masih berbaki. Suka tak suka. Dia terpaksa mencuci pakaian dengan cucian tangan.

Pakaian dia dan pakaian suaminya yang kotor dicucilah. Ketika mencuci seluar dalam suaminya, maka tersentaklah hatinya. Barulah dia menyedari. Suatu hal yang selama ini dia tidak sedari. Selama ini dia tidak peduli.Apa kata hati? Sedekat mana kasih sayangku terhadap suami? Pernahkah aku menyelami sedalam ini?

Sekonyong-konyong timbullah rasa bagaikan dia baru sahaja mengenali suaminya itu Bagaikan mengetahui rahsia seorang lelaki buat pertama kali. Hatinya berbunga, kasihnya berkembang, sayangnya mekar. Kepada sang suami, isterimu ini tidak pernah menyental seluar dalammu semenjak kahwin. Tidak pernah membasuhnya dengan tangan sendiri. Hanya sentiasa menggunakan mesin basuh.

Barangkali itu tiada terasakan oleh si suami. Sama sahaja guna mesin atau basuhan tangan. Namun kesan itu hebat kepadamu si isteri. Kamulah yang merasakan berbunga, kembang dan mekar kasihmu dan sayangmu kepada suamimu. Tanyalah hatimu sekali lagi. Yakinlah dengan jawapannya buat kedua kali.

Pesan pensyarah itu. Kepada para isteri, sekali sekala basuhlah seluar dalam suamimu dengan basuhan tangan. Ada kesan buat hati dan perasaan..