01 April 2013

Dosa Orang Kaya

Taman Perumahan itu sebuah taman perumahan baru. Kira-kira dua tahun didiami. Fasa 1 merupakan rumah-rumah kos sederhana mewah dan mewah. Dihuni oleh penjawat awam kumpulan A,  pekerja swasta berpangkat tinggi, pegawai lombong emas dan lain-lain jawatan golongan menengah.  

 Baru-baru ini  Fasa 2 mulai didiami. Rumah kos sederhana. Saiznya agak kecil sedikit. Tiada  parkir kereta. Kedudukan Fasa 2 di hadapan Fasa 1. Setiap kali penghuni Fasa 1 keluar masuk, pastilah melalui Fasa 2. Oleh itu  jalan sudah menjadi sempit kerana banyak  kereta diparkir di tepi jalan di Fasa 2. Ada pula yang membuat bonggol sendiri. Mungkin khuatir kereta dari Fasa 1 yang  agak besar, dipandu  laju dan mungkin melanggar anak-anak yang sedang bermain.

Memandangkan penghuni Fasa 1 adalah golongan profesional, maka pada setiap hari bekerja tiada siapa yang tinggal di rumah. Fasa 1 jadi sunyi sepi.  Ini memberi peluang kepada penceroboh. Sungguh. Telah berlaku 5 kes pecah rumah dalam tempoh ini. Kesemuanya berlaku pada waktu siang. Kesemuanya berlaku di  Fasa 1. 

Penghuni telah mengadakan perjumpaan pada suatu malam. Penghuni Fasa 1 dan Fasa 2 pun bermesyuarat.  Akhirnya keputusan diambil. Khidmat pengawal keselamatan akan digunakan. Bayaran akan dikutip daripada setiap rumah. Berlaku perbincangan hangat tentang jumlah yang harus dikutip bagi setiap rumah. 

Jumlah yang dipersetujui ialah RM30.00 sebulan. Namun terdapat penghuni  Fasa 2 yang tidak bersetuju. Katanya penghuni  Fasa 1 sahaja yang patut membayar RM30.00. Kerana mereka orang kaya.  Sebaliknya penghuni Fasa 2 akan membayar RM20.00 sahaja. Kerana mereka kurang kaya. 

Barangkali  nilai nyawa orang yang bayar yuran  RM30.00 atau RM20.00 tidak sama bagi perompak.. 


1 comment: