26.10 2013
Pagi bertolak ke Pusat Penjinakan Gajah Maetaman. Mr Sakchai
Ruenkam sendiri yang jadi guide. Mr
Sakchai adalah ketua guide bagi agensi
yang kami guna khidmat ini.
Di sini, gajah-gajah akan membuat pelbagai
pertunjukan. Kita boleh bergambar dengan gajah-gajah ini dalam pebagai aksi
seperti duduk di atas lututnya, badan diangkat belalai gajah. Jangan lupa hulur
sedikit baht ke hujung belalai gajah. Gajah akan hulurkan wang tip ini kepada
tuannya. Rata-rata lelaki yang mengendalikan gajah ini daripada suku kaum Karen
yang berasal dari Burma. Mereka memakai baju merah sebagai lambang suku kaum.
Mereka terkenal sebagai penjinak gajah. Sebab itu orang putih gunakan kepakaran
mereka ini untuk membawa keluar kayu balak dari hutan di Indo-China pada era
kolonial.
Gajah-gajah ini juga akan menunjukkan aksi mengangkat dan
menyusun kayu, bermain bola, memijak manusia (bukan pijak betul), dan paling
menarik, gajah boleh melukis gambar.. Setelah selesai menonton, kami dibawa
pula menunggang gajah. Seperti di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Bezanya di
sini gajah akan menyeberangi sungai, memanjat bukit, melalui hutan, melintasi
jalanraya dan sampai ke sebuah kampung.
Hampir satu jam untuk sesi ini. Di
dalam perjalanan tersebut, ada gerai-gerai menjual tebu dan pisang. Kita boleh
membeli pisang dan tebu ini dengan harga 30 baht. Ini menjadi sumber pendapatan
bagi sesetengah penduduk kampung. Sampai
di hujung kampung, kita diturunkan di deretan kedai menjual kraftangan pula.
Dari sini kita akan berpatah balik ke tempat mula-mula tadi dengan menaiki
kereta lembu pula. Ada juga orang menjual pisang untu makanan lembu ini. Lihatlah bagaimana mereka menjadikan ini
sebagai satu pakej. Semasa kita melintasi sungai tadi, kelihatan rakit-rakit
buluh bersedia membawa pelancong berakit
menghilir. Selesai menaiki kereta lembu,
kami makan tengahari di cafe di situ. Semuanya termasuk dalam pakej.
Kemudian, kami teruskan ke Masjid Syeikh Abudllah haji Al
Kelabi. Di sekitar masjid ini adalah perkampungan Muslim. Selepas solat Zohor, gerak pula ke Gem Stone.
Batu permatanya memang menawan, namun apakan daya poket agak nipis. Boleh guna
kad kredit. Rasanya tiada di antara kami yang membeli. Di sebelahnya pula kedai
barangan kraf daripada kulit telur.Singgah, tai sekadar window shopping. Kemudian di sebelahnya pula, kedai madu. Di
sini kami semua membeli madu dan pollen setelah dibuat demo oleh penual. Ada
hadiah percuma. Duit Malaysia diterima. 1kg madu harganya RM100.00. Bergerak
pula ke kedai sutera. Ada demo proses tenun sutera. Sutera Thai memang halus
dan cantik.
Semua kedai ini terletak berderet di sepanjang jalan ini.
Kami gerak naik bas. Terus pula ke CPT
Leather. Barangan kulit agak murah. Ada tempat solat disediakan, tertulis
TEMPAT SEMBAHYA NG. Huruf NG tu agak jauh sedikit. Haha.. Emili dan Shahrom membeli dompet. Gerak lagi ke kedai payung. Kertas payung diperbuat dari pokok
kayu yang dihancurkan. Kami tak membeli. Agak sukar membawa payung balik
nanti.
Kami balik ke Chiang Mai. Turun di Pasar Lama Waroros. Kak
Nor dan Na membeli kain pasang. 4 meter Rm27.00. Corak boleh tahan juga. Ada
terjumpa corak yang sama yang kami pernah beli melalui internet dengan harga
RM60 semeter. Pasar ini tutup jam 6.00
petang. Setelah agak lama, kami bertemu semula dan naik trak merah untuk balik ke hotel. Trak merah boleh bawa kita pusing bandar dengan kapasiti maksimum 20 orang. Tambang 20
hingga 30 baht ( RM2.00- RM3.00) . Jika trak putih, destinasi ke luar
bandar. Tut-tut pula hanya muat dua
penumpang.
Selepas makan malam di kedai makan di pasar malam Anursan, kami menyopping lagi. Kak Nor
dan Na pergi ke SPA Aromaterapi. Saya dan Che Lah naik tut-tut ronda ke hujung
jalan Charoenprathet. Pemandu tut-tut menawarkan kami pergi ke tempat
pelacuran. Kami menolak. Dia terkejut.
Kami bercadang balik semula ke hotel dengan berjalan kaki
sahaja. Lebih kurang 1 km. Terjumpa pula
simpang bertulis HALAL STREET. Ada
sebuah kedai ala-ala kedai mamak. Tertulis Fatimah Burger House. Kami pekena
teh tarik dulu. Kedai muslim. Di hadapan kedai ada masjid dan sekolah kanak-kanak
Muslim. Kata pengurus kedai, kawasan ini
kawasan komuniti Muslim di Chiang Mai. Katanya di siang hari, pelbagai aktiviti
boleh dilihat di sini. Solat jemaah, sesi pembelajaran kanak-kanak Islam,
pelancong Malaysia dan Indonesia ramai di sini. Dia sendiri ada membuat pakej
lawatan Muslim. Mungkin di masa akan
datang bolehlah menggunakan pakej
beliau ini. Nama syarikat beliau
Salintip Travel.
Kami berjalan kaki balik ke hotel. Di sepanjang jalan meriah dengan pesta jual
beli. Baju sejuk telah mula dijual. Nov hingga Feb cuaca akan lebih sejuk di
Chiang Mai. Peak season. Hotel akan lebih mahal.
27 Okt 2013, kami dihantar oleh agen ke lapangan terbang.
Layanan agen pada tahap sangat memuaskan.
Pukul 9.30 pagi terbang balik ke Malaysia.
Tk di atas info yang sangat menarik. Boleh tak saya dapatkan info tentang agen yang digunakan sepanjang lawatan.
ReplyDeleteTk di atas info yang sangat menarik. Boleh tak saya dapatkan info tentang agen yang digunakan sepanjang lawatan.
ReplyDeleteterima kasih atas info.amat berguna untuk kami ke CNX pada Januari 2018
ReplyDelete