01 March 2011

jakun... ada aku kesah?


Bila disebut ‘ Jakun’, apa  persepsi  yang  timbul di kalangan kita? Jawapan yang diberi   di antaranya: Ketinggalan zaman. “Peghok” (?) Enggan berubah.  Tak campur orang. Rusa masuk kampong

Another meaning for the word Jakun in the classic Malay is a derogatory term for a person who doesn't know something common. Example, if someone got agitated over a cellphone, he/she can be related as a jakun. It is originated from the Jakuns who are Natives in Malaya and never knew much about civil life. This term now is considered old use.

Semua jawapan ini cenderung bersifat stereotaip. Sama apabila dikatakan orang Melayu baik tapi malas, Cina rajin tetapi tamak, India bijak bercakap tapi banyak auta.   Sejauh mana kebenaran dapat dibuktikan jika kita hanya bergantung kepada persepsi atau stereotaip? 

Bila saya ke Bukit Serok, Bandar Tun Razak, Rompin, meninjau kelas Tabika KEMAS, hampir 90% kanak-kanak tersebut bercakap Bahasa Melayu dengan baik. Hasrat saya asalnya untuk mengkaji bagaimana  Bahasa Melayu  diajar sebagai bahasa kedua di kalangan murid prasekolah Orang Asli. Menurut Cikgu Juli Suhana, orang Jakun  menggunakan banyak perkataan dalam Bahasa Melayu  dalam hidup seharian.  Ini tidak hairan, kerana Jakun adalah Proto-Malay.  

Dan apabila saya ke Kampung Serun, Pekan, meninjau TABIKA KEMAS JHEOA di sana,  Cikgu Norlida  membiarkan seorang muridnya berusia 6 tahun menyampaikan cerita dalam Bahasa Inggeris. Katanya muridnya itu akan bertanding mewakili daerah Pekan di peringkat negeri Pahang.

Itu hanyalah dua contoh kecil. Dari aspek pendidikan Jakun sudah jauh maju ke hadapan. Ramai anak-anak Jakun sudah belajar di IPT. Dari aspek ekonomi, ramai yang sudah kaya raya. Memiliki ladang sawit dan getah, dan menjalankan perniagaan. Rumah mereka juga sudah dinaik taraf.  Kebanyakannya tinggal di Rancangan Penempatan Semula (RPS) atau berhampiran jalanraya.  Mereka juga ada yang berkahwin campur dan beragama Islam atau Kristian.

Jakun bukan lagi ketinggalan. Bahkan kalau di Pahang, Jakun ( di Rompin dan Pekan) sama maju dengan  Semelai di Bera. Diikuti oleh Semai di Lipis dan Cameron Highland. Jahut di Jerantut dan Temerloh juga sudah amat dipengaruhi oleh modenisasi. Hanya Bateq di Taman Negara dan Che Wong di Raub yang  perlukan sedikit masa untuk berubah.

Jadi apabila dua minggu lepas, Tuan Guru Nik Aziz memohon maaf kepada orang Jakun kerana tidak tahu kewujudan masyarakat peribumi itu,. Kenyataan beliau yang sinis dan pesimis terhadap Jakun, sehingga wakil masyarakat Jakun membantah pendirian beliau itu,  itu tidak menghairankan.  Masih ramai di  kalangan kita yang tidak peka atau enggan mengubah persepsi. Sebagai pemimpin masyarakat, adalah malang jika tidak mengetahui tentang sosiobudaya dan latar belakang etnik di negara ini. Ini baru di Semenanjung, belum lagi di Sabah dan Sarawak. Apakah  kita mengetahui suku kaum Orang Asli yang wujud di Kelantan? 


JAKUN- Satu definisi semula yang perlu diperakukan.











No comments:

Post a Comment