22 June 2012

HO Chi Minh 12 Jun 2012 Hari Kedua.


 Saya dan Jamil ditinggalkan oleh yang lain. Mereka dah keluar awal dari hotel untuk mencari sarapan. Sarapan di hotel memang ada. Cuma roti dan kopi. Kami minta gadis kaunter- nickname nya Candy Love- memanggil teksi.

Perkara biasa di HCM City, pemandu teksi tak pandai cakap Bahasa Inggeris. Sebelum ke HCMC, saya ada baca suatu blog menceritakan hal ini. Ternyata benar, teksi akan membawa kita ke tempat yang salah.  Saya dan Jamil terpinga-pinga diturunkan di suatu lorong. Tiada kedai makan halal di situ. Kami meninjau-ninjau. Yang ada gerai-gerai kecil bangku plastik di kaki lima. Menunya daging babi masak sup atau kukus bersama mee celup.


Kami disapa oleh penunggang beca. Beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mulanya kami naik berdua beca tersebut. Berat pula. Dia panggil rakannya seorang lagi.  Kami dibawa keliling bandar HCMC. Dari District 1 hingga District 5. HCMC ada 24 District. 12 District dinomborkan, 12 lagi diberi nama. 

Tukang beca ini gila-gila. Beca boleh meredah round about dengan selamba. Dikelilingi ratusan motosikal, selamba saja melepasi setiap simpang. Saya membayangkan kemalangan boleh berlaku pada setiap detik. Dia kata “ No ploblem”.  Sekali itu kami dimarahi oleh seorang tua menaiki basikal kerana beca ini memasuki arah bertentangan. Hanya orang tua itu memarahi kami. Penungang moto yang lain buat tak tahu sahaja. Kata tukang  beca mereka tak kisah jika kesalahan itu berkaitan pelancong. 

Difahamkan penunggang moto dan dan pemandu kereta sangat berhati-hati agar tidak terlanggar orang lain. Denda yang dikenakan sangat tinggi, Hingga menjejaskan beberapa bulan pendapatan mereka.  Lagipun kelajuan kenderaan di HCMC anggaran 30-40km sejam sahaja. Kepuasan membawa kenderaan memang tiada...



Tiada tempat parking kereta di sepanjang jalan. Moto juga diparking betul-betul di muka pintu kedai atau terus ke dalam kedai. Jalanraya juga sangat sempit. Simpang-simpang agak mengelirukan. Lampu isyarat boleh dikira wujudnya. Ada simpang yang macam bentuk X, tiada lampu isyarat. 

Anjing juga tiada kelihatan. Tak macam Malaysia. Difahamkan orang Vietnam (bukan Islam) makan anjing. Lagipun kos memelihara anjing dan harga makanan anjing sangat mahal. Orang Vietnam bangsa survival. Mereka telah menempuh peperangan yang sangat lama. Mereka tidak mahu kembali ke zaman menderita. Setiap orang gigih membangunkan ekonomi keluarga.  Wang mesti disimpan. Vietnam sedang bangkit. Walau politik masih komunis, ekonomi sudah pasaran terbuka.

Saya dan Jamil dibawa ke masjid kedua terbesar di Saigon. Di sini kami sarapan (dalam pukul 11.00 pagi) menu nasi goreng kampung. Mata kata Malaysia. Lidah kata Vietnam.  Selepas itu  singgah di kedai jeans. Jeans kualiti no 2 harga murah, Levis 501, CK,  harga dalam RM50.00. Macam biasa duit Malaysia diterima. Tapi kami ingin menghabiskan Dong yang masih tebal.

Singgah pula di lorong gitar. Di sini ada lebih kurang 8 kedai menjual dan membuat gitar. Gitar akaustik dan elektrik. Kualitinya boleh tahan. Tiada brand. Saya mencuba sebuah gitar elektrik.  Design ala-ala Fender . Ada juga yang seperti Ibanez. Tapi harga agak mahal. Jamil hampir membeli. Tapi bila memikirkan berat beg dan barang akan bertambah dan kena surcaj di airport nanti, tak jadi. 



Seterusnya kami ke pasar Bin Thaiy. Yang ini lebih murah berbanding Ben Thai. 2 jam dalam pasar ini. Beli baju dan kain untuk Hari Raya. Memang banyak pilihan. Sekali lagi kami hanya memilih ikut citarasa lelaki.. habis dalam RM400.00.

Pukul 4 .00 petang. Pengayuh beca masih menunggu di luar pasar. Menghantar kami hingga ke hotel. Rakan-rakan yang lain hanya tertumpu di Ben Thai. 

Malam turun lagi ke pasar malam. Pasar malamnya tidaklah besar mana.  Menjual t shirt, cenderamata, baju kurung Pahang, kopi Vietnam, buah-buahan. Harga ditawar sehingga separuh. Jika tak mahu boleh bergerak ke gerai lain. Biasanya penjual akan kejar kita semula dengan harga tersebut. 

 Seronoknya ramai pelancong Malaysia di pasar malam ni. Dah macam kat Malaysia. Bila ada gerai yang  beri harga murah, maka gerai itu dikerumuni orang Malaysia yang asalnya buat tak tahu, segera meluru ke gerai tersebut. Penjual berbangsa Melayu Champa lebih diminati. sebab senang komunikasi. Rata-rata penjual adalah perempuan. Ada yang jual pashmina  tapi pakai seluar pendek, mempromosi tudung dan telekung. Canggung... Bagaimana mereka boleh jual telekung dan baju kurung? Orang Vietnam tidak pakai itu semua...

Dalam perjalanan balik ke hotel, singgah di restoran Haji Bashiroh.. air limau menghilangkan dahaga...






14 June 2012

HO CHI MINH


11 -14 JUN 2012.
 Mengunjungi  bandaraya Ho Chi Minh. Bersama 6 lagi rakan.

11 Jun 2012. sampai di Lapangan terbang Saigon pukul 11.15 pagi. Check in hotel di Nguyen Trai. Petang dah ketar lutut nak shopping. Pukul 3 keluar ke pasar Ben Than. Pasar ni memang terkenal kalau datang ke HCM.

Pasar ini boleh kata ala-ala Pasar Filipina di Kota Kinabalu atau Pasar Payang di Kuala Terengganu atau Pasar Siti Khadijah / Wakaf Che Yeh di KB.   Jurujual 99%  amoi . Pakai seksi. seluar pendek. Tayang alur payudara tu biasa atau mungkin digalakkan bagi menarik perhatian pelanggan. Atau mungkin suasana dalam pasar ini agak panas.  Yang pasti, jurujual ini pandai menggoda dan merayu. Hingga tahap tarik tangan atau baju, himpit-himpit atau gesel-gesel. Namun tidaklah kasar, mesra saja...

Macam-macam produk. Paling banyak tekstil. Kain sutera vietnam jadi kegilaan. Ramai pelancong dari Malaysia di sini. Bahkan hampir sahaja kami  (orang Malaysia) berlanggar sesama sendiri di dalam pasar ini. Lagi ramai perempuan la. Kaum ibu dan kaum isteri. Pasar ni memang sesuai perempuan shopping. Diorang pandai pilih kain. Saya, Jamil dan Fauzi tak pandai sangat pilih.

 Lagi satu, ramai jurujual boleh berbahasa Melayu dengan agak baik. Yang asas-asas. misalnya ; mari abang, kain murah, tak mahal, sayang, nak berapa banyak. Mereka boleh sebut angka dalam ratus dan ribu dengan sebutan yang tepat dalam Bahasa Melayu. Memangpun kerja mereka setiap hari kira duit. Ada yang boleh cakap bahasa melayu sperti bersembang. Dan mereka tak pernah datang ke Malaysia. Hal ini hampir sama dengan Beijing Road di China. Kata mereka, mereka belajar daripada orang Melayu Malaysia. Bagi mereka Bahasa Melayu amat mudah dipelajari. Tiada penekanan intonasi, tiada 'past tense' tiada bentuk jamak. 

Matawang Dong Vietnam biasa digunakan. Dollar US juga diterima. Ringgit Malaysia juga dialu-alukan. Saya agak kagum bila saya menghulur RM50.00 untuk 4 meter sutera Vietnam (2 tona warna)  yang berharga RM45.00, si penjual mengeluarkan dompetnya untuk baki wang RM5.00, beribu-ribu RM ada dalam dompetnya itu.Dia asingkan dompet USD, RM dan VD.  Ada barang kita  untung beli pakai USD ada untung pakai VD atau RM. Masalah nya duit Dong tak boleh pecah nilai kecil. Sebab dia lompat VD500.00 atau VD1000.00. Tak ada nilai VD43.00, VD 67.20. Semuanya digenapkan ke nilai lebih tinggi yang terhampir. Di situ kita rugi. Kalau bayar RM, boleh tahan lah. Tapi semua digenapkan juga. Macam Rupiah Indonesia.


Ustaz Jamaluddin dan Jamil dah berpecah dari saya dan Fauzi. Selepasa Jamil menempah suit sepasang (boleh siap dalam 1 hari), kami terus terpisah dalam pasar tersebut. Rupanya diorang berdua dah keluar ikut pintu lain. Saya dan Fauzi tunggu kat pintu utama. Malam dah menjelma.

Rupa-rupanya diorang naik moto sewa cari tempat makan muslim. Kita boleh naik moto (bonceng) dan minta hantar ke mana.mana. Ada perkhidmatan bonceng motor di tepi-tepi jalan. Helmet disediakan.

Saya dan Fauzi balik hotel. makan maggi cawan je. Ada  3 cawan saya bawa. Fauzi bawa 6 cawan. Standby je. Memang dah ada pengalaman peri ke Guangzhou dan Shenzen, China tahun lepas, malam-malam lapar, susah nak cari kedai makan halal. Di samping itu sambal kering dan goreng ikan talang masin, potong dadu turut dibawa.

Che Lah dan isteri  keluar sekejap sahaja. esok nak shopping sakan katanya. Encik Nordin pun sama. masing-masing nak rehat dulu.

 eagle view.. about to landing .   Delta of Mekong River, Southern Ho Chi Minh, Vietnam.
11th June 2012, 11.15am.







10 May 2012

Cinta buku

Bila generasi X dan Y sibuk membaca skrin, barangkali pesta buku bukanlah suatu program yang bijak untuk diadakan. Sebaiknya diadakan pesta gajet.
 

3 Mei 2012, PWTC. Tidak sempat mengunjungi  kesemua 790  gerai buku di ketiga-tiga lantai. Leka berada di sesuatu kiosk. Pengunjung pun sudah mencapai 0.8 juta sehingga hari itu. Sedangkan berada di MPH sahaja,  sudah  cukup menenggelamkan. Inikan pula sebuah Pesta Buku Antarabangsa.

Ternyata buku masih relevan, masih diminati dan akan terus berhasil menjana minda dan keuntungan. Syabas rakyat Malaysia!

Adakah sama orang yang membaca dengan orang yang tidak membaca? 

'Katakan kepadaku, buku apa yang kamu baca, akan kuberitahu siapa kamu!'

Bangsa bermaruah, bangsa yang membaca.


p/s tidak ketemu Ramlee Awang Mursyid. Gerai  Karangkraf menguasai  lantai bawah. Hanya dapat tandatangan Aina Emir di Novel Pukul 3.00pagi.


30 April 2012

EGYPT WORLD

Sewaktu memandu pulang dari Kota Bharu pada 19 April yang lalu, kami singgah di sebuah kedai buku di Nilam Puri. Kedai  buku ini jika dilihat dari luar, tidak menzahirkan imej sebuah kedai buku. Malah tidak dapat dipastikan kedai apa.   Lebih kepada kedai runcit. 

Namun saya dan Sanusi, pustakawan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan hanya mengikuti  kereta di hadapan kami. Apabila Dr. Khairuddin  Said  membelokkan Toyota Viosnya  ke kiri jalan, saya pun  turut membelok . 

Tertulis Egypt World. Milik seorang Mesir.  Agak petah berbahasa Melayu. Menariknya, kedai ini menawarkan 40% diskaun bagi buku berbahasa Arab dan 30% buku berbahasa Melayu. Hampir 90% buku adalah buku agama. Buku yang berjilid-jilid seperti  ensiklopedia, Riadhu Solihin, kitab-kitab tafsir, kitab hadis, buku doa, kamus, dan buku-buku nipis tersangatlah banyak.  Namun kebanyakan buku dalam bahasa Melayu agak terkebelakang tahun penerbitannya. Namun ilmu di dalamnya sentiasa bermanfaat. 

Saya memilih 3 buah buku.  Masih diberi potongan 40%.           Dr. Khairuddin mencadangkan saya membeli sebuah buku doa dalam bahasa Arab sepenuhnya. Bukunya agak tebal   lagi kulit keras. Saya menolak atas alasan tidak pandai berbahasa Arab. Beliau sanggup membantu saya memberi makna perkataan dalam buku tersebut. Harganya cuma RM30.00. Akhirnya saya tidak membelinya. 

  Dr. Khairuddin  pula  membeli 3 kotak buku  yang harganya mencecah RM2000.00 ( dua ribu). MasyaAllah! Ini lah contoh manusia yang tidak lokek wang kerana cintanya kepada ilmu.  Buku beliau  ‘Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis’  terbitan Universiti  Malaya baru sahaja  diterbitkan. Memang beliau sangat kuat membaca.

Kepada dua orang gadis pembantu kedai itu saya katakan kepada mereka, “kamu berdua sangat bertuah bekerja di sini.  Jika saya bekerja di sini, saya bimbang saya tidak mampu memberi perhatian kepada kedai  ini secara lahiriah, tapi saya akan khayal meneroka ‘ isi’nya...”


Kedua gadis itu sekadar memberikan senyuman , yang tidak begitu manis...

Kepada sesiapa yang berkesempatan, singgahlah di kedai  ini, Egypt  World, Nilam Puri, Kelantan, Malaysia.  Minuman sejuk percuma mungkin diberi  mengiringi ucapan  ahalan  wa sahlan...!



27 April 2012

Secawan teh dan bidadari


Dalam seminggu ini sahaja dua kali aku  ke Cameron Highland. Hari Selasa tak dapat berjumpa dengan Jennifer kerana dia balik ke Segamat. Neneknya meninggal. Aku  tidak dapat berpatah balik kerana berita ini diterima pada pukul 9.00 malam. Aku  telah pun ‘check in’ di Hotel Equatorial pada 23 April. 



 Pengisian 24 April ialah melawat sekitar Cameron Highland (CH). Sesungguhnya perasaan agak bosan melanda. Aku  sudah terlalu kerap menjengah CH. CH hanyalah 110 km dari rumah.  1 jam  memandu kelajuan sederhana.

Terkadang pemandangan di sepanjang jalan Betau_Ringlet lebih membuat aku  teruja berbanding pemandangn di CH sendiri. Tambahan pula  hujan lebat melanda di CH. Kedai-kedai juga banyak yang tutup atau lambat dibuka kerana jumlah pelancong  tidak seramai ketika hari cuti. Bosan.
Memandu masuk ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. Simpang kiri 200m dari hotel. Menikmati teh blackcurrant dan sup cendawan di hujung balkoni. Elusan bayu dingin lagi kering  mengusap wajah. 

SMS diterima . Jeniffer sanggup berjumpa pada hari Jumaat.Sambil menikmati teh dan tart, terbaca info di kotak teh.

Teh secara botani dikenali sebagai camellia sinensis. Tumbuhan bernilai ini sangat popular kerana ia minuman kesihatan paling alamiah di dunia (kedua selepas air). Teh di sini  ditanam pada ketinggian 6000 kaki.  Polyphenols yang terdapat di dalam teh mengandungi anti oksida yang sangat kuat. Anti oksida berperanan mengurangkan risiko barah dan penyakit kardiovaskular.  

Teh dapat menguatkan gigi (fluorides) dan melegakan masalah penghadaman. Teh dapat mengurangkan stress, menenangkan tubuh secara metabolic. 

Sesetengah orang  menggemari teh o. Cara terbaik menikmati teh ialah menikmatinya secara kosong (teh o kosong). Tanpa gula (risiko kencing manis) dan tanpa susu ( ririko stroke).

Ini cerita lain. Suatu petang, rakanku, Cuping, berada bersamaku dan beberapa orang lain di sebuah surau. Selepas solat Asar, kami  berbual-bual. Cuping menyediakan teh tarik bersama biskut kering. Cuping memang selalu  menyediakan teh untuk kami. Dia berpengalaman bekerja di gerai makan. Teh itu bagiku terlalu ‘kaw’. Lagipun aku bukan penggemar teh tarik. Maka aku minum sedikit sahaja. 

 Selesai minum, Cuping kembali membantu merawat dua orang gadis yang datang ke surau kerana masalah gangguan. Surau ini menyediakan khidmat bantu pengubatan dan perawatan Islam kepada mereka yang memerlukan. Perawat-perawat biasanya ramai. Semuanya  lepasan Darus Syifaa’  yang diasas  oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Pesakit juga ramai.

 Aku bergerak untuk pulang kerana sudah hampir 6.00 petang.  Malam itu aku mendapat berita  bahawa Cuping diserang strok. Ini beraku 15 minit selepas aku meninggalkan surau.  Ketika dia merawat gadis tersebut, keadaannya sudah kelihatan sakit di sebelah kanan. Akhirnya dia rebah, mulu herot, tidak mampu bercakap dan seakan kejang. Dia dimasukkan ke hospital Lipis.
Kerana sibuk dengan urusan dunia,aku langsug tidak sempat menziarah Cuping. Aku ini bukan sahabat yang baik. Cuping meninggal dunia dua hari selepas kejadian di surau itu. Terdapat darah beku di otaknya. 

Cuping, sahabatku itu, belum kahwin. Orangnya sangat baik, rajin, kata-katanya lembut, selalu tersenyum, wajahnya bersih. Pernah aku terfikir untuk menjodohkan adik perempuanku dengannya. Barangkali bidadari di syurga telah lama mengintai Cuping. Mungkin Huurun Ain, Ainul Mardhiah atau La’ibah (nama bidadari) terlalu rindukan Cuping. Mungkin mereka cemburu melihat Cuping membantu merawat gadis di surau itu. Mereka ingin segera ketemu Cuping.  Selamatlah kamu aduhai Cuping, bergembiralah kamu di sana. Aku yakin tempatmu teramat indah di sana. Justeru perbuatan kamu yang terakhir di dunia ini adalah perbuatan yang baik. 

Resolusi: aku lebih meminati dan menikmati teh o kosong. Tak kira teh blaccurrant, teh halia, teh lemon, teh vanilla, teh cina  atau teh hijau, atau teh misai kucig, atau teh mas cotek, teh.......teh....


11 February 2012

define terrorism !



I liked the answer of this Germaniun Muslim scholar when he was asked about terrorism and Islam :

He said : Who started the first world war ? Muslims ?
Who started the second world war ? Muslims ?
Who killed about 20 millions of Aborigines in Australia ? Muslims ??
Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki ? Muslims ??
Who killed more than 100 millions of Indians in North America ? Muslims ??
Who killed more than 50 millions of Indians in south America ? Muslims ??
Who took about 180 millions of African people as slaves and 88% of them died and was thrown in Atlantic ocean ? Muslims ??

No , They weren't Muslims!!! First of all, You have to define terrorism properly... If a non-Muslim do something bad..it is crime. But if a Muslim commit same..he is terrorist... So first remove this double standard...
then come to the point!!! , . . . .

from: friend 0f face book : Ashraf Othman