29 August 2012

AL-HADID, BESI, IRON , FERUM


 


al-Hadid  (besi,  iron, ferum)
Surah al_hadid.
Surah ke-57 dalam al-Quran.  
29 ayat.                                                                                                                    
                                                                                                                                                                 
Perkataan al-Hadid terdapat dalam ayat ke-25.                                                                                               
Perkataan al-Hadid dieja dengan ejaan:  alif-lam-ha-dal-ya-dal. 

Menurut perkiraan angka jummal Arab Gemmetrikal nilai huruf diberi seperti berikut:




Alif = 1, lam = 30, ha =8, dal = 4, ya=10, dal=4.                                                                                      1+30+8+4+10+4 =57   (surah ke 57)

Sekiranya perkataan definitif ‘al’ dibuang, dan dikira perkataan  Hadid sahaja, maka hasil tambah huruf menjadi  26. Ha + Dal + Ya + Dal ( 8 + 4 + 10 + 4 = 26). Ini menurut huruf Jummal Gemmetrikal Arab.

Jika menurut nilai huruf Rumi;  A= 1, B=2, C=3, D=4, E=5, F= 6, G=7, H=8, I=9....                                   maka       HADID = H + A +  D + I + D =   8 +1 +4 + 9 + 4 = 26

Hadid = besi = iron = ferum =Fe. 
 
Perkataan al-Hadid disebut pada ayat ke-25.
 Bilangan perkataan Allah dikira dari mula
 surah al-Hadid hingga ke ayat 25 berjumlah 26. 
Tidak termasuk perkataan Allah dalam basmallah.
 Basmallah bukan sebahagian dari surah.
 Lihat dalam jadual perkalaan .
Fe =26. (bilangan atom untuk ferum)





Perkataan al-Hadid dalam al-Quran digunakan sebanyak 6 kali. Lihat kedudukan unsur ferum dalam table perkalaan. Kedudukannya ialah ke-6.  Dalam alam semesta ini terdapat 92 unsur yang wujud secara natural/semulajadi  dan 10 unsur lagi  dibentuk dalam makmal. Unsur ferum/besi adalah unsur ke-6 paling banyak terdpat dalam alam semseta. 

Ferum/Besi mempunyai  7 isotop iaitu Fe54 , Fe 55, Fe 56 , Fe 57, Fe 58 , Fe 59 dan Fe 60.  Fe57 berada di  tengah-tengah. Kedudukan surah al Hadid juga berada ditengah-tengah surah-sura al-Quran. 114 /2 = 57.

AL QURAN ADALAH   MUKJIZAT.
 AL-QURAN ADALAH   DARIPADA ALLAH.
AL-QURAN ADALAH   KALAM  ALLAH. 

SUBHANALLAH.


            


26 August 2012

tanggalkan kasutmu... tinggalkan nafsumu?




Perkara kedua  yang saya ingin  tuliskan.. 
 
        Mengapakah orang Islam  menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah?

 Mudah ditelah. Tapak kasut semestinya kotor. Pelbagai jenis permukaan telah kita pijak di luar sana sebelum kita masuk ke rumah. Tanah, lecah, pasir, selut hatta najis. Waima tapak kasut kelihatan bersih dan kering, kita tidak tahu apa jenis kuman dan penyakit yang akan kita bawa masuk ke rumah. 
Berbanding dengan orang putih (non- muslim). Mereka tidak membuka kasut apabila memasuki rumah. Itu tidak menghairankan. Sedangkan selepas membuang air kecil atau air besar pun mereka tidak membasuh apa yang patut dibasuh!
Saya teringat sebuah kisah  bagaimana seorang pengusaha dobi di Amerika (USA) mendapat hidayah setelah membandingkan pakaian pelanggannya yang muslim dan non-muslim. Beliau mendapati pakaian pelanggannya yang muslim tidak berbau busuk sebelum dibasuh. Manakala pakaian pelanggannya yang non-muslim berbau sangat busuk. Lalu beliau bertanya kepada pelanggan muslimnya tentang hal ini. Pelanggan muslim ini menerangkan bahawa orang Islam diwajibkan membersihkan diri selepas buang air kecil atau besar. Dan mereka menggunakan air untuk tujuan ini,  bukan kertas tisu atau suratkhabar. Pengusaha dobi ini berasa kagum dengan cara hidup yang bersih yang diamalkan oleh orang Islam. Beliau mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.

Berbalik kepada buku Dr. Khairuddin.  Dipetik; 

Contoh ta’wil, Mustafa Mahmud dalam usaha mentafsirkan ayat al-Quran

"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. (Surah Taha(20): 12)

mengikut keadaan semasa menta’wilkan ayat di atas  bahawa tidak mungkin seseorang berada di hadapan Allah melainkan dengan ditanggalkan hawa nafsu dan kelazatan jasad serta kesibukan nafsu dan jasad sebagai syarat untuk sampai kepada Allah. Ini semua adalah syirik tersembunyi yang mengiringi manusia semasa ibadahnya sedang perkara tersebut amat diharamkan. Penta’wilan yang  dilakukan dengan mengubah makna yang zahir tentang perintah Allah membuka kasut kepada Musa a.s. dengan menanggalkan semua kepentingan nafsu dari diri untuk menemui Allah.

Menanggalkan kasut itu apatah lagi jika akan memasuki tempat sembahyang (masjid).
Soalan: Mengapakah mereka (orang-orang kafir/barat) masih memakai  kasut  (bahkan berpakaian lengkap dengan blazer) ke dalam kubur untuk menghadapi kehidupan selepas mati?



Sementara kita masih lagi hidup di dunia..(kerana kita akan hidup lagi di akhirat)





 Baru sahaja selesai kesibukan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Mula membuka folder ‘ ‘Buku Dr. Khairuddin”. Sudah hampir 2 bulan beliau meminta saya menyemak atau ‘proof reading” buku terbarunya  yang bakal ke penerbitan tidak lama lagi.

Saya tidak tahu kenapa beliau meminta saya menyemak penulisannya. Tiada apa-apa pengalaman  khusus yang saya ada berkaitan hal penulisan buku.  Sementelah draf  182 mukasurat  ini bertajuk Gerbang Usul Tafsir! Berkaitan al Quran dan lebih khusus berkaitan isu Tafsir –konsep, metodologi, aliran, fokus dan fenomena tafsir al Quran.  Amat jauh dari bidang   saya. Apapun saya menganggap beliau ingin melihat bagaimana bukunya ini dapat difahami oleh seorang awam seperti saya. Tambahan mungkin beliau mudah  berinteraksi dan mendapatkan maklumbalas.

10 mukasurat pertama, saya menjumpai 2 perkara.  Pertama,  betapa amalan yang kita lakukan di atas dunia ini, tidak kira berbentuk keduniaan apatah lagi  ukhrawi, jadikan ia sebagai ibadah untuk meraih ganjaran daripada Allah SWT. Dipetik mukaddimah;

Akhirnya, kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar dipohonkan agar menjadikan semua amalan kita ikhlas keranaNya, membersihkan hati-hati kita dari semua gejala riak, menyimpan semua pahala kita sebagai bekalan untuk bertemu denganNya pada hari yang tiada pelindung melainkan Allah. Didoakan juga agar Allah memberkati semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini sehingga mampu terbit dengan sempurnanya kerana Allah yang Maha Mendengar dan Menunaikan semua permintaan hamba-hambaNya. 

Perkara kedua akan saya tuliskan kemudian.