Bagaimana rasanya jika orang yang disayang, adik beradik, teman atau taulan pergi meninggalkan anda? Jika orang itu terdekat, seperti ayah ibu atau ahli keluarga, kesannya tentulah amat menyayat perasaan.
Beberapa hari lalu terbaca berita pelakon meninggal dunia akibat sakit jantung. Mengimbas berita akhbar hujung minggu lepas berkaitan mereka yang meninggal dunia sepanjang 2010, hampir 80% disebabkan masalah jantung.
Jantung sama dengan nyawa. Jantung gagal bererti nyawa terhenti. Berakhirlah kehidupan insan. Biarpun hidup mati telah ditetapkan di azali. Itu kita yakini. Soal kesihatan fizikal sepatutnya tiada kompromi.
Adakah sebab pemakanan? Kurang senaman? Atau lain-lain faktor?
Nampaknya satu lagi agenda 2011 perlu mengambil kira kesihatan jantung...
Memang traumatik apabila seseorang yang anda bercakap-cakap dengannya, beberapa jam selepas itu, tanpa apa-apa simptom, dia pun meninggal dunia. Penyakit jantung adalah pembunuh senyap.
.... salam takziah kepada rakan sejawat (AB Karim bin Abdullah) kerana kematian kakak nya akibat masalah jantung. Amat memilukan baginya melihat nombor di skrin yang menurun satu demi satu...9,8,7,6,5,4,3,2,1,............ suatu ironi tahun baru.. ( Hospital SHAS, Temerloh, 2 Jan 2011)
03 January 2011
02 January 2011
salam tahun baru masihi 2011
Assalamualaikum.
salam tahun baru 2011 Masihi. baru 27 hari yang lalu menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Azam tahun 2011 secara spesifiknya tak ada. Sekadar meneliti semula azam 2010 yang sebahagiannya belum kesampaian. Azam 1432H memang ada. Begitupun, tak salah memperbaharui azam setiap hari, atau setiap minggu. Adalah baik juga meneliti dengan kerap setiap nawaitu yang dipasang. Guna supaya tak menyeleweng atau lari tajuk.
Ternyata tiada apa yang lain sangat menyambut hari tahun baru. Matahari masih terbit di balik awan dihujani gerimis. Alhamdulillah. Cuma hari pertama 2011 ini saya cuba menjahit kasut sendiri. Setelah meneliti demonstrasi oleh penjual jarum jahit kasut di pasar pagi, lalu saya membeli jarum ini dengan harga RM10.00. Akhirnya berjaya juga saya menjahit kasut sendiri. Ini kemahiran baru yang tak pernah dipeduli. Satu nilai tambah diri sendiri.
Alhamdulillah untuk apa yang telah dilalui dan sedang dinikmati. InsyaAllah untuk apa yang bakal dihadapi. Semoga hidup kita semakin diberkati dalam rahmat Ilahi....

27 December 2010
Awang Kunyit
Setiap kali pulang ke kampung, jika berkesempatan, aku akan berjumpa Pak Teh. Dia seorang yang suka bercerita. Biasanya cerita semasa dia muda-muda dahulu. Ada suatu cerita oleh PakTeh yang masih aku ingat. Cerita tentang Awang Kunyit. Awang Kunyit bercerita...
Semasa aku kecil dulu, setiap hari mesti mandi sungai. Maklumlah rumah tepi sungai. Dalam satu hari terkadang dua tiga kali berendam di sungai. Kami budak-budak tak malu mandi bercampur lelaki perempuan.
Dan aku memang yang paling hebat dalam hal ehwal sungai. Sebut sahaja gaya terjun yang macam mana, semua aku tahu. Tentang ikan sungai, semua aku kenal. Pantang larang di sungai, juga aku ingat. Lubuk-lubuk di sungai, semua aku hafal. Pendek kata aku dengan sungai dah macam darah daging. Kanak-kanak, orang muda dan orang tua di kampung semua hormat aku. Bahkan selalu juga aku jadi pakar rujuk, tempat meminta nasihat, atau orang minta temankan ketika berurusan seperti membasuh pakaian atau mencari ikan di sungai.
Nak bagitahu, ada juga yang tak percaya dengan kebolehan aku. Mungkin dengki atau rasa dia lebih. Tak mengapalah, sudah resam manusia. Suatu hari air sungai ada naik sedikit. Hujan lebat di sebelah hulu. Ramai juga kaum ibu dan anak gadis yang turun ke sungai untuk membasuh kain baju dan mandi. Itu dah kerja wajib. Macam biasa, aku dan beberapa kawan pun ada juga menengok-nengokkan mereka. Sementelah adalah seorang gadis itu yang berkenan di hati. Tapi, ibu gadis inilah yang paling tidak percaya dengan kebolehanku..
Sambil aku dan kawan-kawan mandi manda itu, tiba-tiba aku terasa terpijak sebatang kayu yang agak kasar dan berduri kulitnya. Batang kayu itu pula bergerak-gerak. Gerakannya pula arah mudik bukan menghilir atau menghanyut. Tapi aku tak gabra langsung. Aku segera mengarahkan semua orang naik ke tebing. "Cepat naik semua. Ada buaya di bawah ni. ! " Aku sedang pijak ni ! Semua orang kecoh dan menjerit. " Jangan gopoh! Bertenang.."
Bila semua orang sudah naik ke tebing, hanya tinggal aku seorang sahaja di air. Batang kayu di bawah tapak kakiku itu masih bergerak-gerak. Sedangkan aku masih berada di atasnya, memijaknya. Sekira-kira badanku aras lutut ke bawah adalah di dalam air. Kayu itu bergerak ke hulu ke hilir ke depan ke belakang. Maka akupun dibawa bergerak ke serata arah di sekitar kawasan itu.
Sehingga sampai ke tepi tebing, ada kayu sederhana besar melintang. Hampir sahaja kayu itu, aku pun melompat ke atasnya. Semua orang di tebing menyaksikan peristiwa ini. Agak jauh ke hilir, barulah 'buaya' itu menimbulkan kepalanya. Itupun setelah aku memberitahu orang kampung, barulah mereka menyedarinya...
Ibu kepada gadis itu pula nampaknya sangat bangga denganku...
Begitulah cerita Awang Kunyit yang disampaikan oleh Pak Teh kepadaku...

02 December 2010
KEKUCINGAN
Pada suatu hari Jumaat bulan Ramadhan yang lalu, Ain seperti biasa, sampai sahaja di rumah sebaik pulang dari sekolah, terus memasuki biliknya. Dia mendengar bunyi seakan dengkuran. Bunyi dari bawah katil. Setelah memeriksa, Ain menjerit lalu keluar dari bilik. “Ummi!! Yong beranak bawah katil!!”
Yong tidak pernah dibiarkan tinggal sendirian di rumah tatkala semua warga rumah keluar ke sekolah atau tempat kerja. Sememangnya tempat tinggal Yong di luar rumah. Sekali sekala sahaja Yong masuk ke rumah. Hari itu entah macamana sebuah tingkap telah terbuka sehingga Yong berjaya melepasinya.
Sejak dua tiga minggu sebelumnya perut Yong semakin membesar. Yong telah dibuntingkan. Entah jantan mana yang punya kerja. Hari itu bawah katil Ain menjadi tempat Yong melahirkan tiga bayinya. Ain menangis. Bukan gembira. Tetapi sedih, geli dan takut melihat anak-anak Yong yang buta matanya. Izz pula sentiasa teruja.
Ummi cuba memindahkan Yong anak beranak ke luar. Tepi stor belakang rumah. Tiga hari kemudian Yong berpindah ke dalam bilik belakang. Dalam tempoh satu bulan, empat kali Yong berpindah randah bersama anak-anaknya. Ayah cuba membantu Yong dengan mendapatkan sangkar dan pasir. Namun Ummi kurang selesa dengan situasi tersebut. Mungkin ada aroma yang tak sesuai.
Suatu hari apabila ayah pulang kerja, Yong sudah tiada lagi bersama anak-anaknya. Izz beritahu bahawa Ummi telah menghantar Yong ke kawasan deretan kedai di bawah bukit sana. Izz dan Ain dengan berat hati telah turut bersama menjalankan operasi penghijrahan Yong dan anak-anaknya. Barangkali Ummi telah menerangkan rasionalnya tindakan itu. Ayah sekadar berdiam diri.
Suatu malam ketika hujan hampir lebat, ayah terihat Yong muncul di luar rumah. Kejadian ini setelah dua hari Yong dihantar ke kawasan kedai sejauh hampir 2km itu. Yong cuba mengeringkan tubuhnya yang basah. Wajahnya kelihatan biasa sahaja. Tiada tanda sedih, marah atau gelisah. Tapi anak-anak Yong tidak kelihatan.
Esoknya hanya satu anak Yong yang muncul. Ayah mengagak dua lagi anak Yong mungkin sudah mati dilanggar kereta atau mati kesejukan. Ain dan Izz berasa sedih mendengarnya. Ummi mengharapkan anak-anak Yong itu telah diambil orang. Yong kembali ke tempat lamanya di tepi stor.
Malam berikutnya, bagai tak percaya dua anak Yong itu muncul pula. Keadaannya agak lemah dan kusut. Hujan masih turun. Ayah meminta Ummi, Ain dan Izz menyedari bahawa Yong begitu bersusah payah membawa kembali anak-anaknya. Ayah juga meminta bayangkan betapa susahnya Yong menggonggong leher anaknya dari kedai sana kembali ke rumah ini. Dalam jarak hampir 2km, Yong terpaksa melintas jalan yang banyak kereta, mungkin ada anjing atau musuh yang mengancamnya. Kemudian Yong terpaksa pula meredah hujan yang mana itu sangat tidak disukaiya. Untuk sampai ke rumah ini, Yong harus mendaki bukit di mana taman perumahan ini pula kedudukannya adalah yang tertinggi dari aras laut di daerah ini. Jika Yong memilih jalan pintas iaitu tidak melalui jalanraya dalam taman, itu bermakna Yong melalui semak samun dan lalang yang tumbuh di sepanjang lereng bukit yang curam. Itu sangatlah menyusahkannya dan menyusahkan anak-anaknya. Dan harus diingat, Yong terpaksa berulang alik sebanyak tiga kali membawa anak-anaknya satu demi satu! Namun Yong tabah melaluinya. Bayangkan itu semua.
Ain dan Izz begenangan air mata mendengar penerangan ayah. Mereka segera mendapatkan Yong dan anak-anaknya lalu mengusap-ngusap badannya. Ummi pula terdiam sahaja...
Kini Yong masih lagi tinggal di belakang rumah. Anak-anaknya, Awang, Fraser dan Noti sudah pandai menjaga diri dan membawa diri. Mereka sekali sekala tidak lagi diberi layanan isitimewa oleh Yong. Tambahan pula perut Yong sudah kembali membesar...
30 November 2010
KENCING TEPI JALAN
Kerap sangat bila pergi ke mana-mana, akan terlihat ada kereta atau motosikal di parkir di tepi jalan. Lalu di sebalik kenderaan itu atau sedikit jauh ke tepi semak, ada orang berdiri melihat ke dalam semak. Kedua tangannya menghala ke depan di letak bawah sedikit dari aras pusat. Sah! Tak lain tak bukan, dia atau mereka ini sedang buang air kecil (kasar sedikit, kencing tepi jalan).
Perbuatan ini tidak manis dipandang mata. Biarpun lelaki yang melakukannya, rasa malu patut ada. Dengan menghadap muka ke arah semak, membelakangkan orang lalu lalang di jalanan, bukan bermakna orang tidak kisah. Jika orang tidak kisah pun, ke mana hilang rasa malu si pelaku?
Mungkin alasan mereka, sudah terdesak. Tak boleh tangguh lagi. Betul, perbuatan menahan kencing tidak baik untuk kesihatan. Namun jika dapat, janganlah tunjukkan perbuatan ini kepada orang ramai. Pastikan orang tidak dapat melihat atau orang tidak tahu.
Amalan ini bukan sahaja dilakukan oleh lelaki Melayu, beragama Islam. Boleh dikatakan semua bangsa dan di seluruh dunia. Jika orang Islam, kesalahannya ialah kencing sambil berdiri, kencing di kawasan terbuka (barangkali menghadap kiblat), dan kencing tak basuh. Nanti balik rumah entah basuh entah tidak. Kalau isteri tahu perangai suami macam ini, elok lah isteri selalu bertanyakan suaminya bila pulang ke rumah samada suaminya kencing tepi jalan atau tidak. Jika ya, suruhlah suaminya basuh dulu.....
Bagi pasangan kekasih, jika si mak we tahu yang si pak wenya kaki kencing tepi jalan, eloklah nasihatkan. Dah tahu perangai pengotor.. Atau jika berani si gadis tanya terus kepada siteruna adakah dia pernah atau biasa melakukan kencing tepi jalan... dapatlah dinilai jenis apa bakal suami itu..Takut nanti si lelaki ini memang kaki kencing (kaki kelentong).
Akhir sekali, perempuan pun ada melakukan perbuatan ini....
08 November 2010
BUKIT FRASER
Negeri Pahang Darul Makmur memang dimaklumi banyak tempat menarik. Dari Puncak Gunung Tahan ( tertinggi di Semenanjung) hinggalah ke dasar laut pantai Pulau Tioman (tercantik di dunia) semuanya tersedia untuk dilawati. Pergilah melancong ke Pahang, cuti-cuti Malaysia! (Promo).
Cuti Deepavali yang lalu tanpa banyak perancangan, berbincang dengan ahli keluarga lebih kurang, lalu bergerak ke Bukit Fraser. Walaupun jarak dari rumah 90km sahaja, baru kini berpeluang bercuti di sini dalam erti kata hampir sepenuhnya. Pada 2007 saya pernah berkursus di sini. Namun, tak banyak peluang meninjau ke sana sini.
2 jam perjalanan. Macam lama. Sebenarnya jalan dari Raub ke Bukit Fraser 40km mengambil masa sejam. Bengkang bengkok dan mendaki. 10kmterakhir mula dari GAP, jalan jadi selorong. Jam angka ganjil adalah untuk kereta naik, jam angka genap untuk kereta turun. Kami sampai jam 9, jadi sempatlah naik. Tak perlu menunggu jam 11. Ramai pengunjung datang dari jalan sebelah Kuala Kubu. Dari Selangor lah tu..
Tanpa merancang sangat apa yang hendak dibuat, kami redah sahaja ke The Paddock, tempat menunggang kuda. Dengan bayaran RM8 untuk sekali pusingan. Diteruskan dengan membeli madu lebah. Seterusnya mencuba Archery. Memanah memerlukan posteur yang betul. Tegakkan badan, tutup mata kiri, selarikan tangan kiri dan kanan separas bahu, tarik sehingga ke pipi dan lepaskan anak panah. Lenguh juga lengan...
Seterusnya menikmati panorama..konsep perkampungan Inggeris, pokok pine, bunga-bunga tanah tinggi (ada yang namanya lipstick), bentuk rumah dan banglo ala Scottish. Kebanyakan pengunjung membawa teropong untuk melihat burung yang pelbagai speisis. Ramai juga yang mengambil gambar dengan kamera yang dah tentu mahal-mahal belaka. Siap dengan tripod. Nampaknya mereka jurugambar profesional.
Singgah pula menaiki boat kayuh. Tasiknya tidak begitu besar. Sekali giliran hanya 10-15 minit. Kemudian kami terus ke Air Terjun Jeriau, 4km dari pusat pekan. Jalan menurun, perlu sentiasa membunyikan hon setiap selekoh. Airnya amat dingin- gabungan cuaca perbukitan, pokok hijau menyelimuti, batu batu sejuk dan sedikit hujan gerimis.
Dalam 10 minit mandi, menggigil, bibir sudah jadi biru-kesejukan. Kawasan mandi agak luas dan pengunjung tidak sesak. Ada yang mendirikan khemah. Kemudahan bilik salin pakaian dan tandas juga bersih.
Dalam 10 minit mandi, menggigil, bibir sudah jadi biru-kesejukan. Kawasan mandi agak luas dan pengunjung tidak sesak. Ada yang mendirikan khemah. Kemudahan bilik salin pakaian dan tandas juga bersih.
Sebelum pulang, singgah makan di dataran awam. Banyak pilihan makanan timur dan barat. Tidak lupa membeli sedikit cenderamata. Sempat mengejar jam 2.30pm sebelum gate ditutup untuk laluan naik.
Suatu percutian sehari yang murah dan amat memuaskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)