Alhamdulillah….usai satu semester daripada beberapa semester yang tak pasti berapa banyaknya akan mendatang. Paling cepat 8 sem. Itupun hampir-hampir mustahil. Sedangkan pelajar yang sepenuh masa, ramai juga yang tak mampu menghabiskan 4 tahun pengajian, inikan pula pelajar separuh masa.
Walaupun saya tak ingin menjadi pesimis, namun menjadi optimis juga tidak begitu realistik. Biarlah saya sasarkan matlamat mengikut daya tahan dan kebolehsuaian diri. Jika melihat kekangan yang ada, mahu saja mengangkat bendera putih. Waktu kerja 8.00-5.00, balik rumah tenaga dah hampir habis. Nak bersenam pun tak berapa nak sempat. Bila malam, belum pun pukul 11.00, mata dah mengantuk. Esok, rutin yang sama berulang lagi. Beban kerja tak pernah surut, malah makin bertambah ada lah... banyak kerja tertangguh ke saat akhir.. walaupun dapat disiapkan , sudah tentu kualitinya tak sebagus jika disiapkan dalam waktu yang lebih selesa.
Habis, bilakah masa saya akan membuka buku? Meneliti jurnal? Melayari perpustakaan maya? Menulis disertasi? Aahh...jangan ditanya bila nak jumpa penyelia? Bila nak pergi ke lapangan? Baru merancang nak hubungi penyelia, surat kursus dah sampai. Baru nak meneliti kajian terdahulu, mesyuarat dah memanggil. Bengkel dah menunggu, latihan dalaman dah menjeling, penyeliaan praktikum belum selesai, ”laporan mana?” kata KJ, Penilaian Program cepat siapkan, ”Kuliah belum ganti!, acara di dewan, esok kena ke Putra Jaya, bla,bla,bla,bla, blahhhh.....
Mungkin esok saya kena pergi periksa tekanan darah.....
kau jangan malukan aku bro....teruskan usaha..aku doakan hang berjaya jua w/pun sejuta rintangan...
ReplyDeleteterima kasih banyak-banyak kepada sahabat yang sentiasa menyokong dan mendorong... dah mula nak semangat balik ni...
ReplyDelete