26 August 2012

Sementara kita masih lagi hidup di dunia..(kerana kita akan hidup lagi di akhirat)





 Baru sahaja selesai kesibukan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Mula membuka folder ‘ ‘Buku Dr. Khairuddin”. Sudah hampir 2 bulan beliau meminta saya menyemak atau ‘proof reading” buku terbarunya  yang bakal ke penerbitan tidak lama lagi.

Saya tidak tahu kenapa beliau meminta saya menyemak penulisannya. Tiada apa-apa pengalaman  khusus yang saya ada berkaitan hal penulisan buku.  Sementelah draf  182 mukasurat  ini bertajuk Gerbang Usul Tafsir! Berkaitan al Quran dan lebih khusus berkaitan isu Tafsir –konsep, metodologi, aliran, fokus dan fenomena tafsir al Quran.  Amat jauh dari bidang   saya. Apapun saya menganggap beliau ingin melihat bagaimana bukunya ini dapat difahami oleh seorang awam seperti saya. Tambahan mungkin beliau mudah  berinteraksi dan mendapatkan maklumbalas.

10 mukasurat pertama, saya menjumpai 2 perkara.  Pertama,  betapa amalan yang kita lakukan di atas dunia ini, tidak kira berbentuk keduniaan apatah lagi  ukhrawi, jadikan ia sebagai ibadah untuk meraih ganjaran daripada Allah SWT. Dipetik mukaddimah;

Akhirnya, kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar dipohonkan agar menjadikan semua amalan kita ikhlas keranaNya, membersihkan hati-hati kita dari semua gejala riak, menyimpan semua pahala kita sebagai bekalan untuk bertemu denganNya pada hari yang tiada pelindung melainkan Allah. Didoakan juga agar Allah memberkati semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini sehingga mampu terbit dengan sempurnanya kerana Allah yang Maha Mendengar dan Menunaikan semua permintaan hamba-hambaNya. 

Perkara kedua akan saya tuliskan kemudian.

No comments:

Post a Comment