18 February 2010

PUSAKAKAN ANAK DENGAN BATU?


Kajian Kes
Pada April 2009 saya membuat penyeliaan di Kelas Pemulihan Khas SK Bintang, Temerloh. Puan Zainon, guru pemulihan, di samping melaksanakan P&P seperti biasa, telah menyediakan satu tong air minuman khas untuk murid-murid pemulihannya. Di samping itu beliau juga menyediakan kismis dan vitamin. Beliau mendapati terdapat perubahan positif terhadap prestasi murid-muridnya hasil pengambilan bahan-bahan tersebut.


Entri kali ini agak panjang dan hybrid.   Terus terang saya akui bahawa yang ini adalah bertujuan komersial..

AIR ADALAH PERMULAAN KEHIDUPAN.
KESEMBUHAN DATANG DARIPADA ALLAH SWT.

Biasa kita melihat dalam majlis  bacaan YaaSiin, orang meletakkan botol-botol berisi air. Mengapa?
        
      Begitu juga dalam perubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu. Elemen air dimasukkan sebagai medium penyembuhan. Si perawat akan membacakan doa dan zikir tertentu lalu menghembuskan ke air tersebut. Kemudian air ini akan digunakan oleh pesakit untuk minum, sapu atau mandi.
    
       Kita percaya bahawa air tersebut  berubah dari segi khasiatnya setelah  dikenakan bacaan Yaaasiin, ayat Al Quran, zikir  atau doa-doa.  Dari segi lahiriah, tiada apa perubahan pada air tersebut. Namun dari segi spiritual, air tersebut telah ’dihidupkan’. Air yang hidup akan memberi tenaga  kepada tubuh. Ia juga  ’menghidupkan’ spiritual manusia. Pengalaman saya sendiri dalam merawat orang yang pengsan dan ’melembutkan hati’ anak berusia 6 tahun terbukti berkesan.

          Dr. Masaru Emoto,  pakar pengkaji air dunia abad ini, juga penulis buku Massage of the Water, banyak melakukan kajian terhadap molekul air yang didedahkan pada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau juga membuat perbandingan perubahan molekul air yang diperdengarkan lagu rock heavy metal, molekul air yang diucapkan ’terima kasih’, air yang dimaki hamun, air yang diperdengar muzik penyembuhan dan muzik simfoni Bach. Sudah tentulah molekul air ini berbeza-beza bentuknya. Tidak ketinggalan beliau juga memeriksa molekul air zam-zam. Molekul air zam-zam adalah  molekul air terbaik, sempurna dan yang dicari-cari. (Kita doakan semoga Dr. Emoto dikurniakan hidayah oleh Allah SWT). Barangkali salah satu faktor ramai jemaah haji yang sihat walafiat ketika di Mekah, kerana mereka sentiasa minum air zam-zam. Namun mereka kadang-kadang menjadi kurang sihat pula bila balik ke  Malaysia.

(molekul air zamzam)                                                 ucapan 'terima kasih"









(muzik heavy metal)
muzik simfoni "Bach" 


Berapa ramaikah di kalangan kita yang mampu mendapatkan air zam-zam sepanjang masa.? Atau berapa kerapkah kita dapat bekalan air  Yaasiin atau air doa? Saya tidak nafikan bahawa kita perlu berusaha ke arah itu, jika mahu.
..................................................................

Gambar-gambar Air Kristal beku yang diambil dengan Produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel yang dicipta oleh Dr. Emoto dengan teknologi proprietary menunjukkan gambar air suling “sebelum” dan “selepas” . Sebelum adalah sederhana. Ia tidak mempunyai bentuk atau struktur habluran terancang. Gambar selepas adalah menunjukkan air terubah bentuknya selepas  dicaj atau bertenaga dengan produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel. Air Kristal bertukar kepada bentuk segi enam yang cantik. Ini menunjukkan Produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel boleh metenagakan air “mati” menjadi air “hidup”.   (Sila rujuk  buku Dr. Siva tertema “Optimum Energy for Peak Performance With Scalar Energy” – Bab 4, Air Hidup – Aqua Vivens, Air Hidup).




molekul air suling sebelum dikenakan tenaga skalar


 molekul air suling selepas dikenakan tenaga skalar






Ujian EMF Atas Telefon Bimbit Menggunakan Loket Kuantum. LAPORAN KHAS DARI PEMEGANG LESEN NEGARA FILIPINA, PRESIDEN PENGARAH JEREMY LOOI. Sebuah ujian frekuensi EMF pada telefon bimbit dilakukan di dewan BEP dalam pejabat Pemegang Lesen Negara Filipina di Metro Manila, menggunakan Meter TriField khusus yang mempunyai kemampuan untuk membaca dan mengukur Medan Elektrik, Magnetik Statik dan Radio / Gelombang Mikro. Dapatan bahawa Loket Kuantum FusionExcel boleh memberikan kita perisai terhadap frekuensi telefon bimbit yang merbahaya ini. video: www.fusionexcel.com


Di Filipina FusionExcel Konvensyen Nasional yang diadakan pada 06th Februari 2010, Dr Romer Macalinao (Penulis "Potensi Penyembuhan Tenaga Skalar" dan sekarang sedang menulis buku kedua "Kesan Oksigen Tenaga Skalar" bersama dengan kakitangan Audie Leonie menjalankan Analisis Darah "Sebelum" dan "Selepas" Secara Langsung dengan Loket Kuantum FusionExcel dengan menggunakan mikroskop digital berkuasa tinggi dengan pemasangan kamera CCTV.

Hasilnya mengejutkan! Gambar "Sebelum" menunjukkan bahawa relawan sel darah merah yang mengelompok, dengan tiada ruangan plasma dan aliran terhad. Setelah mengenakan Loket Kuantum FusionExcel selama hanya 10 minit, gambar "Selepas" menunjukkan bahawa relawan sel-sel darah merah tidak lagi mengelompok dan bulat, dengan ruangan plasma dipertingkatkan dan aliran yang lebih baik!  Menurut Dr Romer, akan ada perbaikan peredaran darah, penyahtoksikan sel dan regulasi gula darah.

Antara Faedah Quantum Science untuk Kesihatan

  1. Mengurangkan radang.
  2. Meningkatkan bekalan oksigen di dalam aliran darah.
  3. Membersihkan darah daripada lemak, zarah protin, yang seterusnya memperbaiki aliran darah.
  4. Membantu memerangi penyakit barah kerana sel-sel kanser adalah sel-sel yang bervoltaj atau bertenaga rendah.
  5. Menyahtoksik setiap sel di dalam tubuh anda.
  6. Mempertingkatkan tenaga dengan cara mengecas semula dan mengubah keadaan tubuh dan sel kepada frekuensi yang betul.
  7. Menyebatikan dirinya kepada DNA anda dan mencegah DNA tersebut daripada rosak.
  8. Mengurangkan tekanan pada permukaan sel tubuh, dan ini mempercepatkan penyerapan dan pencernaan oleh sel tubuh.
  9. Memperbaiki tumpuan mental seperti yang ditunjukkan melalui peningkatan jarak turun naik (amplitude) bagi frekuensi EEG.
  10. Berfungsi sebagai anti kemurungan .
  11.  Kesembuhan migraine, lumpuh, stroke, daya fokus belajar atau memandu dalam tempoh lama.
  12.  Banyak lagi  manfaat dan penemuan baru yang menakjubkan setiap hari yang dialami oleh pengguna. Misalnya melawan sel kanser, masalah kencing (kes 5 tahun kencing pakai getah, kini sembuh), hilangkan dengkur, lambatkan pemuaan malah menyongsangkan penuaan, sembuh disengat lebah, bengkak atau benjol. Memulihkan kencing manis dan darah tinggi.
  13.  Aura cas meliputi 3-5meter di sekeliling si pemakai. Sehingga orang lain pun mendapat auranya. Kesan serta merta kepada si pemakai loket. Untuk air, tempoh cas  5saat-20 minit. Bergantung kepada keperluan.


…………………………………………………………………………………………..

Hadis Rasulullah menyatakan bahawa ”Setiap amalan dimulakan dengan niat.” Dalam ucapan perasmian Darussyifa’ Cawangan Lipis yang saya hadiri pada 11 Okt. 2009, Dato’ Dr. Haron Din menyatakan bahawa merawat adalah satu amalan dalam kehidupan. Ini mesti dilakukan atas niat  kerana Allah SWT. Maksud merawat termasuklah untuk diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain yang berhajat kepada  rawatan untuk penyembuhan. Menunaikan hajat saudara atau bukan saudara atau makhluk Allah adalah lebih baik dari iktikaf dalam Masjid Nabi selama 2 bulan (hadis).

Dr. Emoto (dalam buku Empayar Minda Melayu Alaf Baru, oleh Prof. Dato’ Dr. Zubir Haji Yahya, m.s.122, Hijazz Record Pub. 2008) menyatakan bahawa niat adalah permulaan kepada perubahan dan pemangkin perubahan minda baru. Perubahan ini ibarat memulakan lagi sebuah kehidupan baru (penulis).










Bottom line: Saya sendiri telah menggunakan produk ini dan mengalami sendiri kehebatannya. Kesihatan semakin baik, berlaku penyembuhan penyakit lichen simple chronicus  yang saya hadapi lebih 3 tahun, peningkatan daya fokus, dan tenaga luar biasa.. Eksperimen pertama saya ialah saya  minum air dari flask  titanium fusionexcel dan memandu dari Lipis ke Triang pada 11 Feb.2010. Esoknya 12 Feb. saya memandu pula ke Tembangau 1. Dari Tembangau 1 saya patah balik ke Bukit Mendi  dan terus ke Kemasul lalu keluar ke Karak, terus ke SBPI Gombak. Kemudian patah balik ke  Kuala Krau.  Saya hanya berhenti untuk solat dan isi minyak kereta. Selebihnya tiada rasa mengantuk dan letih, melainkan fokus yang tajam. Pada malam  itu pula saya berada di Temerloh pada pukul 8.30 malam untuk taklimat Fusion Excel.

     Saya amat gembira berkongsi maklumat dan produk ini dengan sesiapa sahaja.  Lain-lain testimoni boleh dirujuk melalui flyers, web, video, pengguna, seminar atau hubungi saya sendiri.

Sekali lagi dimantapkan, hanya Allah SWT Maha Kuasa dan Maha Penyembuh. Makhluk tiada kuasa, Objek seperti batu gunung berapi, loket, gelang, flask air, jam tangan dan lain-lain tiada kuasa. Kita adalah hambaNya. Hidup di dunia ini diberikan aturan olehNya iaitu mengikut sunnah alam. Berasaskan sebab musabab. Api membakar, air membasah. Untuk sembuh, berubatlah disamping berdoa.
     
      Kepada kaum lelaki Islam tidak digalakkan memakai rantai loket dengan menggantung di leher. Loket boleh disimpan dalam poket. Kesannya tetap sama.     Sayapun tidak memakainya seperti kalung. Lagipun bentuknya seakan-akan tangkal.

       Berbalik kepada kes Cikgu Zainun di SK Bintang. Jika Cikgu Zainun  menggunakan air tapisan Bio Aura atau Alken, atau Al Jabbar atau apapun jenama, ditambah pula bacaan Yaasiin, zikir dan doa,  tidak hairanlah kesan positif berlaku kepada muridnya. Yang terbaik adalah air zam-zam. Namun alternatif terhampir adalah air tapisan (jika tiada pun tidak mengapa), tambah bacaan Yaasiin, tambah pula tenaga sklalar.  Kesannya luar biasa. Bagaikan bateri baru.

Satu lagi pesanan saya, jika setelah menggunakan produk ini, mata tetap segar dan badan asyik bertenaga sahaja, pastikan mata dan badan kita diberi rehat yang sepatutnya.  Gunakan tenaga ekstra ini di saat yang perlu sahaja.

Terakhir; jika berminat dengan produk ini, sila hubungi saya. Produk yang saya perkatakan ini ialah loket (pendant) dari lahar gunung berapi (Jepun & Jerman), dan flask air. Pendant yang diperbuat daripada lahar gunung berapi ini  dapat bertahan sehingga 200 tahun pemakaiannya! Terdapat juga pelan pemasaran untuk peningkatan pendapatan sehingga RM100,000.00 sebulan.  Saya rasa  produk ini sudahpun heboh diperkatakan di Malaysia.



RUJUKAN:
  1. Dato’ Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, edisi ke-2. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, 2008. Bandar Baru Bangi.
  2. Dato’ Dr. Haron Din, Kuliah Darussyifa’ Cawangan Lipis, 11.Okt. .2010
  3. Dr. Amran Kasimin & Dato’ Dr. Haron Din. Doa dan Rawatan Penyakit      (i & ii).  Percetakan Watan Sdn. Bhd. 1997. Kuala Lumpur (kepentingan air dalam perubatan Islam)
  4. Empayar Minda Melayu Alaf Baru, Prof. Dato’ Dr. Zubir Haji Yahya, Hijjaz Record Pub. 2008. Kuala Lumpur.
  5. Majalah RAPI, edisi 15 Feb 2010 (edisi khas tentang kehebatan air untuk kesihatan)
  6. http://www.darussyifa.org/
  7. www.fusionexcel.com





01 February 2010

HIDUP DALAM AIR PANAS?


Bagaimana kita boleh mengetahui kisah-kisah orang dahulu yang diceritakan  dalam buku-buku? Tak lain tak bukan ialah terdapatnya si pencerita.. Pencerita boleh jadi tidak terlibat secara langsung,  atau boleh jadi juga adalah watak utama dalam cerita tersebut. Maksudnya dia menceritakan kisah dirinya sendiri.

Jika demikian, menceritakan kepada orang lain hal-hal  berkaitan diri sendiri membolehkan orang lain tahu tentang kisah tersebut. Sama halnya kita boleh mengetahui kisah-kisah orang dahulu.  Yang pasti, cerita yang disampaikan ini bertujuan untuk kebaikan bersama. Saya percaya inilah tujuan orang-orang dahulu menceritakan kisah-kisah hidup mereka. 

Sebermula sebuah kisah….

Saya masuk ke sebuah kedai fotostat di Temerloh. Setelah selesai fotostat, pembantu kedai telah tersilap memulangkan baki wang yang jumlahnya terlebih kira-kira hampir RM3.00. Saya hanya menyedari setelah jauh dari kedai tersebut. Oleh kerana masalah parkir kereta yang kritikal di Temerloh, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pemulangan wang tersebut. Namun hati saya memberontak. Rasa tidak selesa menanggung masalah sebegini. Untuk melegakan perasaan, saya singgah di sebuah kedai buku, lalu membeli sebuah buku agama dengan wang tersebut. Saya bercadang menghadiahkan buku tersebut ke mana-mana surau atau masjid. Namun akhirnya sehingga ke hari ini saya belum berpeluang berbuat demikian.

        Tindakan menggantikan hutang duit dengan buku agama adalah seuatu yang tidak ada  kena mengena. Apatah lagi pihak yang memberi hutang tidak tahu menahu. Orang yang berhutang  wajiblah membayar hutangnya. Pernah sampai ke telinga saya, orang yang tidak selesai hutangnya, rohnya tidak akan melepasi langit. Lagipun saya tidak menceritakan kepada sesiapa tentang hutang tersebut. Jika saya mati dalam tempoh tersebut, siapakah yang akan tahu tentang hutang  itu?

       Barangkali alasan bahawa saya telah berpindah ke Kuala Lipis agak boleh diterima menyebabkan saya tiada masa kembali ke Temerloh menyelesaikannya. Nampaknya saya tiada kesungguhan. Dan malangnya saya sanggup hidup dalam konflik dan risiko.
     
        Akhirnya   pada 7 November 2008, saya  mengambil keputusan  kembali ke kedai tersebut. Saya berjumpa tauke kedai dan menceritakan hal hutang ini. Kemudian saya membayar  RM3.00 kerana saya tak pasti jumlah sebenarnya yang lebih RM2.00 tapi tak sampai RM3.00. Tauke kedai ini kelihatan terperanjat. Namun kemudiannya  dia menerima wang tersebut sambil berkata..

”Hutang RM3.00 tiga tahun baru bayar ka?”


29 January 2010

Kenapa tak pandang muka orang yang kita berjabat tangan?


Mata bertentang budi kedapatan.

           Saya berasa kecewa apabila ada kalanya apabila kita bersalaman dengan seseorang, orang itu langsung tak pandang muka kita. Selalunya keadaan ini berlaku sewaktu orang itu harus bersalam lebih dari seorang. Maksudnya bukan di antara kita dengan dia sahaja. Kadang-kadang tu, rasa kecil hati juga. Kita beria-ia mengukir senyum termanis, dia pula sibuk bercakap dengan orang di sebelah kita sambil menghulurkan tangannya ke arah kita dalam keadaan nak tak nak saja.

        Mungkin juga rakan   di sebelah lebih dahulu menyapa, lalu orang ini tak sempat nak melihat muka kita, terus bercakap dengan rakan kita tadi. Tetapi, dalam keadaan tertentu, memang terdapat spesis orang yang bersalam tak suka bertatap wajah walau sesaat.  Apakah yang menyebabkan mereka bertingkah laku sedemikian? Mungkin masalah personaliti, emosi atau egois?

     Pernah saya terfikir, apabila orang sebegini menghulurkan tangan ke arah kita tetapi sambil dia memandang ke arah lain, saya akan tidak menghulurkan tangan kepadanya. Atau saya akan menghulurkan tangan ke arah kiri atau kanan sedikit. Kononnya tangan dia hulurkan tak tepat ke arah tangan kita. Maklumlah sebab dia tak pandang kita. Walau tindakan ini nampak kebodohan, sekadar untuk membuat dia peka dengan sikapnya terhadap orang lain. Itu saja.


Seloka Salam Tak Pandang

Untuk ke seribu satu kali
Ku cuba lagi merendah diri

Barangkali wajah ini hodoh.
Atau air muka kelihatan keruh

Adakah aku ini ganas lagi garang?
Atau nampak macam nak makan orang?

Benar aku tidak segak bergaya
Juga  tidak macam orang kaya

Oh, penampilanku kah tak cukup kemas?
Namun yang pasti  aku tidak punya emas

Lalu kucuba ukirkan senyuman
Tetapi masih belum  cukup berkesan

Ku renung pula ke dalam matanya
Ah! Dia memaling muka pula ke sana

Selalu orang begini aku bertemu
Apa yang tak kena tolonglah beritahu

Tuan, apalah guna tangan dihulurkan
Jika di hatimu tiada keikhlasan




20 January 2010

Frekuensi yang belum diketahui..


       Sudah lama aku tak menziarahi daerah Bera, Pahang. Sebuah daerah yang baru dibentuk pada tahun 1994, pecahan dari daerah Temerloh.  Hari ini aku ke Sekolah Kebangsaan Kuala Bera kerana ada tugas rasmi. Nama Kuala Bera diberikan sempena kuala Sungai Bera yang terdapat di sini, airnya mengalir ke Sungai Pahang. Sungai Bera adalah jalan perhubungan Pahang dan Melaka pada zaman feudal. Inilah jalannya Hang Tuah gunakan untuk membawa lari Tun Teja dari Pahang ke Melaka.

Berhenti sejenak di atas jambatan Kuala Bera. Menikmati kelembutan riak-riak ombak Sungai Pahang. Sungai yang sarat dengan sejarah kepahlawanan anak watan. Bayu dingin yang berhembus bagaikan akan bercetera….

Sekonyong-konyong sebuah perahu kajang mudik menyusur ke tebing. Aku terlongo.  Keluar seorang lelaki muda, sasa, segak dan berpakaian seperti pelakon bangsawan. Lalu keluar pula seorang perempuan dari perahu tersebut. Mereka menuju ke tebing. Penampilan perempuan ini kelihatan seperti seorang pengantin. Dari jarak pandanganku, dia kelihatan terlalu anggun. Lalu mereka bercakap-cakap. Namun aku kurang jelas apakah topiknya. Perempuan tersebut menangis. Hiba sekali...Oh..alangkah....

Barangkali mereka sedang bertengkar, tetapi secara berhemah. Si lelaki cuba memujuk. Si perempuan semakin teresak-esak pula.. Aku nampak si perempuan menanggalkan cincin di jarinya dan mencampakkan ke tepi semak. Selepas mereka bercakap-cakap beberapa ketika, mereka menaiki semula perahu kajang. Menghilang mudik ke hulu Sungai Bera.

Aku teruja mencari cincin yang dibuang oleh si perempuan tadi. Lalu aku turun ke tebing. Ternyata tidak sukar untuk aku menjumpainya. Sebentuk cincin perak permata nilam keungu-unguan. Muat pula di jari manisku.  Aku pakainya sehingga saat ini......

......bersambung.




16 January 2010

SEMUANYA TAK SELAMAT!


 

Meraba-raba pipi,..ah! ada jerawat!  Tak mungkin.  Adakah pipi orang tua macam saya ini masih ditumbuhi jerawat? Biasanya hanya orang muda sahaja yang berjerawat. Kalau begitu, saya belum tua lagi kut.. hahaha….seronoknya perasan muda. 
Erm…tapi….hey tunggu! Betul ke jerawat ni? Barangkali bukan jerawat… lain macam je…..
atau..,  adakah ia…....................oh tidak!!!!



Sudah berapa banyak agaknya bahan kimia yang kita gunakan  dalam penjagaan diri sehingga hari ini? Bermula dari bangun pagi, menggosok gigi dengan ubat gigi yang sudah tentu ada bahan kimia, cuci muka, ubat kumur, sabun, syampu, deodoran, minyak wangi, segala macam krim, bedak dan kosmetik, hinggalah menggosok gigi semula sebelum tidur pada malam nanti.

Baru-baru ini saya memperolehi sebuah buku comel yang mendedahkan rahsia kecantikan diri  bersama pakej kanser percuma.  Buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini mungkin sudah  lama ada di pasaran. Saya membelinya di Kedai Buku Popular, Mega Mall, Kuantan.




Ia mendedahkan betapa banyak bahan kimia seperti karsinogen, plumbum, atau arsenik penyebab kanser yang diserap oleh kulit dan badan kita sepanjang masa akibat penggunaan produk penjagaan diri. Pendedahan diberikan bersekali dengan jenama produk-produk tersebut. Misalnya ubat gigi C dan D ternyata menawarkan kanser kepada pengguna. Tak ketinggalan mandian yang pH sama dengan pH kulit,( 5.5).

Berikut saya rumuskan  jenis produk dan jumlah bahan penyebab kanser.

PEMBAYANG MATA : 22 bahan penyebab kanser
GINCU BIBIR : 21
PEMEBERSIH MUKA : 21
SYAMPU : 20
PEWARNA RAMBUT: 20
LOSEN  : 17
KRIM MUKA : 17
BUIH MANDIAN BAYI : 16
PENGILAT BIBIR (LIPS BALM) : 14
BEDAK ASAS : 12
TOPENG MUKA : 12
KRIM BERCUKUR : 11
PENANGGAL MEKAP : 11
PENDANDAN ; 10
MINYAK WANGI/COLOGNE : 9
KRIM MANDIAN : 8
SKRUB MUKA : 8
UBAT GIGI : 8
GEL RAMBUT : 8
LOSEN BADAN : 7
DEODORAN : 7
LOSEN BAYI : 6
PENGILAT KUKU : 6
BEDAK KOMPAK : 4
SABUN : 4
PENYEGAR : 3
CELAK MATA : 3
PENSEL KENING : 3
MASKARA : 2
UBAT KUMUR : 1


Antara penyakit yang berpotensi menghuni   badan kita ialah kanser hempedu,  kanser ovari, tumor, masalah pembiakan, kerengsaan mata dan kulit, kanser hati, dan kanser buah pinggang.

Kalau begitu, apakah yang harus kita guna sebagai alternatif?



31 December 2009

Jakarta -Bandung


 Pada 24-28 Dis.2009 baru-baru ini saya ke Indonesia lagi. Ini kali ke-3 saya ke Indonesia. Sebelum ini, Dis 2007 saya ke Medan dan Danau Toba,  Dis. 2008 saya ke Padang dan Bukit Tinggi, kini 2009 saya ke Jakarta dan Bandung pula. Terima kasih kepada Hairi Yahya yang menganjurkan ketiga-tiga rombongan ini.

Berikut catatan pengalaman  ke Jakarta dan  Bandung

24hb 12. 2009
Bertolak dari Lipis 7.30am. Sampai di KLIA 12.00pm. Terlepas  penerbangan  pukul 1.45pm. Ada masalah. Naik flight 6.00pm. Sampai di Bandara Udara Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Changkareng,  Jakarta 9.00pm ( 8.00pm Indonesia) Pemandu pelancong: Abg Taufik. Singgah makan malam di Restoran Masakan Padang.  Dalam perjalanan  ke Puncak, bas  eksiden di Jalanraya Ciloto- Puncak.  Langgar lori dan MPV. Gear dan brek rosak. Pukul 1.30 pagi. Naik van buruk 13 orang, sesak. Pemandu ni bawak laju. Beg tinggal. Menginap di Hotel Mandala

25hb 12.2009.
Selesai sarapan. Penjual barangan dah menunggu depan bas. Perkara biasa di Indonesia. Bagusnya jualan sebegini boleh tawar menawar hingga 70%. Barangannya juga kadang-kadang tiada di tempat lain.  Terus ke kedai kerepek dan reject shop.
Langsung ke Lorong Kulit. Syurga barangan kulit. Jamil dan Sahnam paling banyak dan paling lama shopping barangan kulit. Beg, topi, jaket, tali pinggang, kasut, sandal, beg tangan, dompet. Semua kulit. Semua dibeli. Nasib baik tak ada seluar dalam daripada kulit... Masa dah lari. Target akan sampai ke Gunung Tangkuban Perahu sebelum pukul 6.

Makan  petang. Ada orang tangkap gambar tanpa persetujuan kami. Macam kat Langkawi. Lepas tu nanti dia cetak dan jual balik pada kita. RP20 ribu (RM7) 4 keping.   Solat jamak . Abang Taufik solat jugak. Dia kata ibunya muslim, ayahnya Kristian.
         
        Terus ke Puncak (kawasan peranginan tanah tinggi yang dingin, macam Cameron Highland), perjalanan perlahan. Tak  dapat tengok kawah Gunung Tangkuban Perahu. Tutup awal. Cuaca terlalu sejuk. Jalan macek (jam) Libur 3 hari.  Ramai orang bercuti di Puncak. Langsung ke kolam air panas  Sari Ater.  Rakan-rakan pekena kopi bandrek, kopi orang Sunda,  campurannya rempah dan halia. Rasa macam rempah ibu-ibu dalam pantang selepas bersalin.

Makan malam menu sup ikan mas.Ada muzik live. Jamil sempat berduet dengan. penyanyi perempuan tu....  Kat luar restoran, macam biasa ramai penjual menunggu.... banyak cenderamata...Kami langsung ke hotel Mutiara, Bandung.

26hb. Dis. 09
Masih di Bandung. Membeli lagi.. ke Pasar Baru pulak. Masing-masing kami ada juta-juta dalam poket...Sampai pukul 9.30 pagi. Kedai baru buka. Kompleks yang besar. Ada lebih 6000 kedai.Tak termasuk penjual yang menjaja barang sambil berjalan. Memang tak  habis pusing.  Eskalator naik dan turun terletak jauh-jauh. Banyak kali tak jumpa jalan naik atau turun. Harga murah la banding dengan Malaysia. Ada juga penjual yang terima duit Malaysia.  Makan siang di tingkat 6. Nasi Boboko. Rp20.000.00(RM7) untuk 2 orang. Murah giler, sedap. Masakan Bandung mesti ada salad atau ulam. Ayam atau ikan mesti dibakar atau goreng.  Air minum teh panas yang tawar. Sebab itu orang Bandung tidak gemuk. Menurut Abang Taufik, wanita Bandung dikatakan tercantik , kulit mulus dan tidak gemuk. Penjagaan diri luar dan dalam adalah antara ajaran ibu kepada anak gadisnya sejak kecil. Patutlah isteri ketiga Abang Taufik wanita Bandung.

Pukul 2 petang kami ke Toko Tiga, pusat jeans original. Jenama Levis, Peirre Cardin, BMW dan banyak lagi adalah separuh harga dari Malaysia.  Jaket Kulit juga ada...Balik semula ke Pasar Baru.ada yang terkilan tak sempat beli kain kerawang, jean dan macam macam lagi yang harganya jauh lebih murah berbanding Toko Tiga. Sampai kedai tutup pukul 6.00pm. Sempat solat Asar di Tingkat 8 Pasar Baru. Paling atas. Dapat lihat sebahagian Kota Bandung.  Nampak dari atas sistem jalanrayanya yang hanya ada satu jalan utama membuatkan traffik sesak.  Bezanya di sini pemandu tidak cepat marah dan tiada yang memecut. Membunyikan hon digalakkan jika nak cepat atau minta laluan. Jika di Kuala Lumpur atau di Malaysia situasinya lain....

Antara yang saya rasa bagusnya peniaga di Bandung ialah mereka tidak mendesak kita membeli, senyum sentiasa di bibir, bahasa juga halus, tiada nampak tanda-tanda dengki antara pesaing, tidak marah bila kita tawarkan harga yang sangat rendah (kecuali harga pas/tetap)... Ini patut dicontohi...

Balik semula ke Hotel Mutiara. Makan malam sendiri di tepi jalan. Pekena Bakso babat, pangsit, yamin. RP40 ribu 4 orang. Rakan – rakan lain merayau ke bandar Bandung..

27.12. 09
9.00 pagi bertolak  ke Jakarta. Singgah di R&R minum kopi bajigur (kopi + santan) dengan pop corn singkong. Sedap.  
Langsung ke Taman Mini Indonesia Indah. Konsep macam Mini Malaysia kat Air Keroh. Luas   200 hektar.  Terbina rumah-rumah dari seluruh wilayah Indonesia, seperti rumah Gadang, Batak, Lombok, Bali, Bugis.. Kalimantan... Ada juga taman tema air, tasik, kereta kabel, muzium, balai seni lukis. Untuk menghabiskan semua perlukan lebih dari 1 hari..

Pukul 2.00pm terus ke Mangga Dua. Kompleks beli belah. Sesak dengan pembeli. Seolah-olah ada sales. Suasana yang sama di mana-mana lokasi perniagaan. Benar Pulau Jawa sangat padat penduduknya. Jakarta sahaja 14 juta orang. Boleh dikatakan setiap meter persegi akan ada orang, atau kereta, atau rumah.   Di Mangga Dua kami membeli lagi..Rupiah kehabisan. Cari Money Changer. Di sini juga. kami shopping sampai tutup kedai. 5.30pm.

Pukul 6.30pm  ke pantai Ancol. Tidaklah menarik sangat. Cantik dan bersih lagi pantai di Malaysia. Pantai ini dibuka 24 jam. Waktu malamnya adalah untuk anak-anak muda buat maksiat.  Kami di sini sehingga pukul 7 malam. Memang dah ramai pun pelaku maksiat yang sampai. 

9.000malam sampai di Hotel Bintang, Jakarta.  Hotel ini paling selesa.

28hb. Dis.2009
Sarapan pagi di hotel-hotel 3 bintang di Indonesia sangat sederhana menunya. Nasi goreng, nasi putih, mihun goreng itu wajib. Lain-lain macam roti bakar, lontong, telur goreng.... biassa je.. minuman jus mangga, jus timun...

Pukul 9.00 pagi singgah di Monumen Nasional, MONAS. Tugu peringatan zaman pemrintahan Sukarno. Bergambar saja. Sempat lagi menambah koleksi cenderamata untuk rakan-rakan di Malaysia.  Masa suntuk untuk ke Tanah Abang. Tak jadi pergi.

Terus ke lapangan terbang 12.00pm. . Berat bagasi sudah excess! Siapa punya bagasi harus bayarin sendirik. Rp20 ribu 1KG. 
Penerbangan pukul 3 petang. Sampai di  KLIA 6.30pm
Sampai di Lipis 12.45 pagi 29.12.2009.