07 December 2013

BERCUTI DI CHIANG MAI Hari ke-2



25 Okt. 2013 

Hari kedua di Chiang Mai. Seawal 7.00 pagi, Mr. Ti telah menunggu di lobi untuk membawa kami ke Chiang Rai. Tapi kami sempat bersarapan dulu. Pilih makan vegetarian sahaja.  Mee goreng dan lauk pauk kami tak berani ambil. Roti putih, kentang goreng, kopi dan teh sekadarnya. 

Naik van Toyota Komuter. Muat 15 orang.  Sampai di sebuah hotel lain, naik pula sekeluarga France.  Ke depan sedikit naik lagi seorang lelaki Japanese-American. Jadi kami 11 orang. Chiang bermaksud kota. Mai bermaksud baru. Jadi Kota Bharu tu sebutannya ialah Chiang Mai...haha.. Ada 150 temple di  Chiang Rai. Rai bermaksud kawasan pemerintahan Raja Rai.   Chiang Rai 170km dari Chiang Mai. Menghala ke utara. Perjalanan 3 jam. Jalanraya cantik namun agak berbelok-belok.  Thailand memang punya jalanraya yang baik.  Pengalaman saya berkayuh basikal waktu malam dari Bukit Kayu Hitam ke Haatyai membuktikannya.. 


Berhenti di Hot Spring. Di sini ada kolam air panas. Kami sempat merendam kaki selama 20 minit. Memang panas. Merah tapak kaki.. tapi rasa segar.. Ada juga sebuah gizar yang memancutkan air panas dari dalam tanah.  Gerai-gerai cenderamata  juga banyak. Boleh lah nak beli magnet peti sejuk kat sini. Barangan kemas dari perak juga banyak.  Bagusnya penjual Thailand ini mereka tidak mendesak pembeli. Tidak seperti di Medan, Padang, Bandung atau Jakarta.. Rimas..


Teruskan perjalanan ke utara. Sepanjang jalan dapat dilihat  tanah digunakan untuk pertanian secara ekstensif. Tanaman jagung, padi, epal  kelihatan sepanjang jalan. Berani kata sampai ke 2 inci terakhir berdekatan jalanraya, masih ditanam. Kami berhasrat singgah untuk membeli jagung. Namun Mr Ti kata jagung tersebut untuk makanan haiwan sahaja...

Sampai di White Temple. Biasalah Thailand. Di mana-mana sahaja penuh dengan dengan kuil Budhha mereka. Digelar White Temple  kerana kuilnya berwarna putih perak.  Tandasnya  sahaja  berwarna kekuningan..sesuai la tu...  Agak lama di sini. Banyak foto yang dapat diambil.

Kemudian kami singgah di perkampungan Long Neck. Suku kaum Karen di mana kaum perempuannya berleher panjang. Leher mereka dibalut dengan lingkaran besi berwarna emas. Puak ini kini semakin pupus. Individu yang memakai besi di leher juga tidak sampai 10 orang. Tips: bila nak pergi melancong ke Chiang Rai, minta agen masukkan pakej ke kampung Long Neck dan Laos dengan harga terendah. Jika tidak, agen tidak masukkan pakej ini. Bila kita minta pergi ke lokasi tersebut mereka akan kenakan harga baru yang tinggi. Atau mereka akan tawarkan  lawatan ke lokasi ini kemudian. Jadi harga lain pula nanti.  Dikatakan leher perempuan Karen  ini tidaklah memanjang, tetapi bahu mereka yang jatuh. Manakan tidak, berat logam ini boleh mencapai sehingga 5Kg. 


Diteruskan ke Chiang Rai. Kami singgah makan tengahari di sebuah restoran khas untuk pelancong yang akan ke Golden Triangle.  Malangnya tiada tempat solat di sini. Mr Ti kata dia sendiri tak pernah bawa pelancong muslim. Kalau adapun mereka tak pernah minta tempat solat.  Mr T bincang dengan pengurus restoran. Kami dapat suatu sudut di hujung. Tolak sedikit kerusi meja. Bentang kain pelikat. Solat. Ramai chef dan pelancong yang berkeliling melihat kami solat. Apatah lagi Kak Nor dan Na yang memakai telekung. Sesuatu yang baru lagi pelik bagi mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat hidayah suatu masa nanti..amin Ya Allah.  


Selesai solat, kami gerak ke jeti. Naik bot panjang bersama pelancong lain. Tiket telah termasuk bayaran RM250 tersebut.  Kalau lawatan persendirian kita kena bayar 350 baht untuk naik boat. Destinasi ialah Golden Triangle. Kenapa Golden Traingle? Segitiga Emas?  Ini adalah kawasan perdagangan candu terbesar di dunia. Mereka gunakan emas untuk jual beli candu. 1 kg candu harganya  1kg emas. 60% candu di dunia datang dari kawasan ini.  Dikatakan segitiga kerana di sini pertemuan negara Laos, Thailand dan Myanmar (dulu Burma).  Pertemuan 2 sungai utama di sini menjadikan jalan perhubungan perdagangan yang strategik. Sungai Mekong dari China bertemu Sungai Rua dari Burma. Terdapat sebuah pulau di tengah kuala sungai ini. Dikenali sebagai No Man Land. Tiada negara memiliki pulau ini. Masih ada perniagaan dadah di sini.
Pokok poppy ditanam oleh puak peribumi seperti Karen, Akha, La Hu, Mong Yaw. Mereka ini asalnya tiada kewarganegaraan.  Kini kerajaan Thailand beri kewarganegaraan kepada puak-puak ini. Maka perdagangan candu berkurangan.



Menelurusi sungai Mekong, hala ke utara adalah negara China lebih kurang 200km. Kebetulan kami dapat melihat kapal dagang yang sedang belayar balik ke China.  Bergerak dari tanah Thailand terus ke utara, di sebelah kanan ialah Myanmar. Terdapat sebuah kasino di atas tebing. Tertulis Win Win.  Di sebelah kanan tebing sungai di negara Laos, ada juga kasino. Ramai orang Thai datang berjudi di kedua-dua tempat ini, termasuk dari China juga. Thailand mengharamkan perjudian, tetapi menghalalkan pelacuran.

Kami naik ke tebing di tanah Laos. Terdapat tempat beli belah yang dibenarkan pelancong masuk tanpa pemeriksaan passport. Banyak barangan kulit yang murah di sini. Tapi bukan ori. Made in China. Harga murah. Boleh ditawar. Misalnya beg Deuter untuk backpackers semurah RM50.00.  Selain itu whiski ular favourite di sini.  Ular, mengkarung, katak dan binatang bisa lain dimasukkan ke dalam botol whiski. 


Selepas membeli, kami turun ke bot semula, mudik dan naik semula ke tebing di Thailand.  Perjalanan diteruskan lagi ke utara, ke Maesae. Maesae ialah titik paling utara di Thailand. 62 Km dari Chiang Rai. Hinggakan kami dapat memasuki Myanmar melalui bahagian tepi pintu gerbang. Jika masuk ikut pintu gerbang perlu cap passport dan bayaran. Bagi rakayat kedua-dua negara mereka boleh keluar masuk dengan bayaran 50 baht.  Pasar malam baru sahaja bermula. Hari pun semakin malam. Tak banyak yang dapat disambar. Jika sesiapa nak shopping di sini sahaja pun boleh. Naik kapalterbang dari Chiang Mai ke Chiang Rai dan bermalam di hotel-hotel murah di sini.  Dah malam, kami bertolak balik ke Chiang Mai.

Bercuti di Chiang Mai




24 Okt. 2013 cuti bagi negeri Pahang. Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Khamis. So, kami ambil cuti CRK hari Jumaat menjadikan 4 hari cuti hujung minggu. Perancangan dah dibuat sebulan awal.  Tiket telah ditempah oleh Saharom. RM462.50. AA.  Tiket pergi balik termasuk hotel yang menyediakan sarapan pagi. Tarikh 24 hingga 27 Okt. 2013.  Tambah lagi RM250  seorang untuk tour guide. Meliputi kos perjalanan, makan tengahari dan tiket masuk. 

Sampai di LCCT 12.00pm. Tukar Bhat lagi. Dapat 11.85 baht untuk RM10.00. Memang tukar duit di airport kita rugi banyak.  Flight 3.15pm. Sampai di  Chiang Mai International Airport 5.45pm.  Mr Sakchai telah menunggu. Siap pegang kertas tertulis Haji Saharom.  Kami semua 6 orang. Saya dan isteri, Na. Saharom dan isteri, Hjh Emilin. Che Lah dan isteri, Kak Nor. Kalah orang muda lagi melancong 3 couple. 

Kami naik van ke Hotel CH. hotel ini juga ditempah oleh Saharom online. Sekali dengan tiket Air Asia.  Selepas check ini, terus ke pasar malam di belakang hotel. Dikenali Anusarn Night Markert. Jarak pintu hotel ke pasar malam lebih kurang 10 langkah sahaja..  Kami terus cari tempat makan. Lapar. Singgah di Restoran Roumit. Restoran Cina muslim. Emilin yang berketurunan Cina, apa lagi , speking la dengan tauke restoran ni..  Kami makan nasi, tom yam, ikan stim, sayur campur... Tauke kedai bagi diskaun..


Selepas makan kami memulakan langkah merayau di sekitar pasar malam ini.  Tapak pasar malam ini berbumbung, gerainya tersusun  dan bersih. Kebanyakan pengunjung adalah orang putih. Pernah ditanya kepada  seorang Jerman, kenapa dia suka Thailand. Jawabnya, cuaca yang bagus dan beer yang bagus. 


Di antara barang yang dijual..kraftangan, tshirt, makanan, buahan, dan tah apa-apa lagi.. . Roti pisang dan pulut mangga mesti dicuba. T-shirt boleh kata 90% gambar gajah la..  Penat berjalan kami singgah urut kaki dulu.  80 baht untuk setengah jam. Lebih kurang RM8.00. Kalau sejam, RM15.00. Kalau di TESCO Ampang, RM60.00 setengah jam.  Khidmat urut kaki dan badan berlambak di tepi pasar malam ini. 


Jika kita merayau agak jauh sedikit, spa juga boleh dijumpai. Kata orang  tak lengkap kalau ke Tahiland tanpa massage. Ha, jangan perempuan masssage lelaki sudah la...Atau lelaki massage perempuan.  Memang banyak pun pusat body masssage dan pelacuran di sini..  Tukang urut juga boleh dipanggil ke bilik hotel untuk lebih selesa. Tapi ada sedkit cas tambahan.
Jam 9.00 malam kami balik ke hotel. Kepenatan. Di sini 1 jam lewat dari Malaysia. 


05 September 2013

Singa pura pura



15 Feb 2013. Seminggu berikutnya saya ke Singapura lagi. Bersama Kareem dan Syahrul. 

 Sampai di Bukit Jalil pada pukul 10.30 malam. Bas akan bertolak pukul 12.00 tengah malam.  Kami semua adalah penyokong pasukan Pahang dalam kempen piala liga awal tahun ini. Rata-rata kami dalam bas ini tidak mengenali antara satu sama lain.  Yang mengikat kami adalah semangat yang sama  iaitu  menyokong Pasukan Tok Gajah dalam menentang Singapura malam nanti.  Yang pasti semuanya anak Pahang. Walau mereka bekerja di sekitar KL dan Selangor, dapat  juga menguruskan  perjalanan  ke Singapura  demi menyokong pasukan negeri.
  
Sampai di RnR Gelang Patah pukul 5.30am,  kami rehat, mandi, solat. Pukul 8 lebih sudah masuk ke Singapura. Seperti minggu lalu, kami berhenti di Mustafa. Sekadar membeli 3 helai tshirt. Itupun dah RM100.00 nilainya. Kami bertiga mencuba makan tengahari  di restoran sebelah Mustafa, AB Mohamed. Masakan mamak.  Nasi minyak Singapura. Acarnya dicampur buah delima. Ada kelainan. 


Sementara menunggu perlawanan malam nanti, kami merayau berjalan kaki. Terus ke Kitchener Road. Masuk ke Jalan Besar. Terus ke Syed Alwi Road. Tujuan kami ingin berehat atau tidur di masjid.  Termasuk pula ke Rochor Road. Terjumpa semacam pasar karat di situ.  Barang-barang lama dan antik banyak di jual di sini. Barang kulit, gajet lama, radio, alat elektrik... saya membeli beg galas jenama Deuter bernilai SGD15.00, dalam RM35.00 nilainya. Kareem membeli lampu suluh dan teropong. Syahrul mendapat beg videocam berharga SGD8.00


Kami berjalan lagi sampai ke Arab Street. Sampai di Masjid Sultan. Di sini boleh rehat dan mandi. Ramai pelancong singgah di masjid ini. Inilah satu-satunya masjid yang agak besar yang masih ada di Singapura. 



Selepas berehat, kami merayau lagi. Terjumpa restoran martabak Singapura. Kita  boleh pilih samada nak martabak 7 dollar, 15 dollar atau 30 dollar. Kami pilih yang paling murah. Itupun tak larat nak habiskan. Martabak di masak di hadapan kita di tepi meja.



Di sebelah masjid Sultan ini terdapat Malay Heritage Centre. Asalnya Istana kampung Gelam, peninggalan Sultan Johor terakhir sebelum Raffles merampas Singapura. Kami melilau sekitar. Terasa nostalgik bila terbayang  bagaimana Sultan dan keluarganya dihalau dari tanah Singapura ini akibat tipu helah Inggeris. 

 Berjalan kaki semula ke tempat menunggu bas di sebelah Masjid Aguila.Ada yang ambil kesempatan solat dan baring. Masjid ini juga bersejarah.

  Bas sudah menunggu.  Kami menukar baju kuning penyokong Pahang. Pukul 6.00 bergerak ke Stadium Jalan Besar. Ada 3 buah bas lagi penyokong Pahang sudah sampai. Kami telah ditahan oleh pasukan keselamatan sebaik sahaja turun dari bas. Bilangan kami dikira satu persatu. Badan kami di scan. Tangan kami dicap dengan dakwat.  Kami dilepaskan masuk seorang demi seorang dengan amat berhati-hati. Terasa seperti tahanan lokap pula. 


Sebaik memasuki stadium, sudah ada pasukan ULTRAS, pasukan sorak dengan gendang mengambil tempat. Mereka memakai baju hitam putih. Stadium Jalan Besar bersaiz kecil.  Padangnya pula berumput tiruan.  Stadium Nasional Singapura sedang dibaik pulih. Ini alasan Singapura agar pasukannya tidak tewas bermain di atas padang biasa. Di atas padang sintetik, bola bergerak laju. Pemain Pahang atau pasukan dari Malaysia tidak biasa. Akhirnya permainan dikuasai pasukan tuan rumah. 

Tempat duduk penyokong Pahang pula telah dihadkan di sudut tepi, bukan di tengah. Oleh itu perspektif adalah menyerong. Kami tidak dapat melihat permainan secara sama rata. Ini ditambah pula oleh pengawal keselamatan stadium (sebenarnya polis) yang mengawal kami dalam jarak yang sangat dekat. Kurang 1 meter dari kerusi kami. Sudahlah bilangan mereka sangat ramai. Seperti kami ini banduan yang sangat merbahaya bagi mereka. Sekejap-sekejap ada  di antara mereka yang berpura-pura bercakap di walkie-talkie... Betul-betul kami tidak rasa menonton bolasepak. Mereka melindungi penglihatan kami. 



 Akhirnya ada wakil kami memberitahu kepada ketua mereka tolong jangan menghalang. Kami datang jauh untuk menonton pasukan kami, bukan menontong punggung pengawal stadium ini. Setelah itu bilangan pengawal dikurangkan sedikit. Itupun setelah 30 minit perlawanan berlangsung. Namun masih ada seorang dua polis ini yang mundar-mandir ke hulu ke hilir di hadapan kami. Apabila kami bersorak ke arah pemain, polis --polis ini membeliakkan mata ke arah kami. Lucunya... Wahai polis Singapura, apa yang kamu buat ini tidak berlaku di Malaysia.!!!   Tahap prejudis polis Singapura terhadap orang Malaysia sangat ekstrim.

Pahang kalah 0-3. Selain faktor padang, sorakan pasukan penyokong yang tak kesampaian , mutu permainan Pahang boleh ditingkatkan lagi. Kami pulang dengan sedikit kecewa..

04 September 2013

Ride to Sing a Pore



Ini catatan yang tertinggal. 







 8 FEB. 2013.  15.45pm. Kami tiba di JB. Check in di sebuah hotel bajet.  T-Hotel, Jalan Wong Ah Fook.  Menaiki bas menuju Singapura. Selesai  urusan di Imigresen di  Woodland, kami menuju ke Robinson Road,  dengar taklimat di Tourism Malaysia. 


Masa berbaki kami dibawa oleh Encik Nazeri, pegawai Tourism ke tempat shopping yang popular bagi orang Malaysia katanya, iaitu Mustafa Store. Lebih kurang macam Mydin atau Super Cowboy.  Encik Nazeri orang Malaysia, kahwin orang Singapura. Beliau bercerita serba sedikit tentang kos sara hidup yang sangat tinggi di Singapura.  Kos memiliki rumah sendiri, kenderaan dan keperluan rumahtangga.  Selain itu Singapura ialah ‘fine city’. Di mana-mana sahaja anda  berpotensi didenda. Kayuh basikal di tempat yang salah, kencing di tempat awam, makan chewing gum, merokok, memiliki bunga api, tidak flush tandas, memetik bunga, berludah, bagi makan burung.




Malam itu kami balik semula ke JB. Tidur di hotel T. Sepatutnya tidur awal. Rehat. Esok nak kayuh. Tapi tak juga. Pergi pekena sup torpedo di jalan belakang. Kareem suka sangat sup kambing. Hingga pukul 12.00 malam lepak sampai gerai tutup.  Kami lepak pula di depan hotel. Ada sekumpulan pelacur berkulit hitam di hujung blok yang aktif mencari pelanggan. Sekali sekala mereka lalu juga di hadapan kami. 




Pagi 9 Feb.2013.  Seawal  6.30 pagi kami sudah bersedia flagg off.  Selepas pelepasan oleh pegawai pelancongan Johor, kami kayuh menuju ke Tambak Johor. Berhenti sebentar di atas tambak menunggu pasukan media. Diteruskan ke Woodland, masuk pusat bandar. Bergabung pula dengan kelab berbasikal remaja Singapura.  




Sepanjang kayuhan di Singapura, melaui jalan-jalan yang tidak begitu sibuk Sebab hari cuti. Namun kayuhan tersekat-sekat kerana banyak sangat  lampu isyarat. Tak seronok sangat jika mengayuh road bike.  Kerjasama pemandu-pemandu adalah baik.  Mungkin sudah disiplin atau takut didenda kerana undang-undang menetapkan jarak kereta dengan pengayuh basikal ialah 1.5m. 




Sampai di Pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sudah agak tengahari.  Ada disediakan jamuan. Dikiuti acara rasmi ucapan, penyampaian sijil dan bergambar. 





Cuaca redup. Ada di antara kami yang  ingin menaikkan basikal ke dalam lori sahaja dan balik ke JB menaiki bas. Yang lain pula sanggup mengayuh semula ke JB. Hujan sudah mula turun.  Ada 5 orang yang berkayuh dalam hujan. Yang lain naik bas. 



 Bagaimanapun dalam 4 km sebelum sampai tambak kami turun dari bas dan ambil semula basikal dalam lori yang menunggu di hadapan. Kena kayuh juga. Walau dalam hujan. Ini kerana prosedur asal kami masuk dengan berkayuh dan keluar dengan berkayuh juga.  Maka basah kuyup kami berkayuh balik ke JB. Passport dan dokumen telah dibugkus dalam plastik. Bayangkan, semasa melepasi kaunter imigresen  kami tunjukkan passport tanpa turun pun dari basikal. 



Dalam pukul 4.00 petang sampai di kawasan bebas cukai di  Johor Baharu. Di sini kami menaikkan semula basikal ke dalam lori. Shopping ala kadar. Naik bas balik ke Pahang.





Pada 3 MAc 2013 laporan berkaitan kayuhan ini keluar dalam HArian Metro dua mukasurat penuh.  Ini satu misi keamanan  dan sumbangan kepada negara dan dunia.