22 December 2007

2176 hari

Betul ke ada orang tak pernah sedih... Selalu gembira. Gelak ketawa. Cakap sikit gelak banyak. Senyum sokmo. Tapi bukan orang gila yang saya maksudkan..


Memang ada.....tapi sukar nak jumpa....kalau kita dapat jadi cam ni...ai..bes la hidup ni...tak de masalah. Eh, masalah tetap ada, cuma barangkali cara orang hadapi masalah tu agaknyer...yang buat dia macam takde masalah... hebat...& best jadi orang cam ni... tapi selagi nama nya manusia, tetaplah ada cabaran dan masalah dalam kehiupan. HAnya orang yang tabah dan tahu menukarkan masalah dan cabaran kepada peluang dan harapan akan mencapai kejayaan....
macam SWOT analysis....... komen?
Kegembiraan itu selalu wujud bila kita sendiri merasa gembira membuat orang lain gembira.. Happiness is when you are happy to make other people happy.




Selamat menghadapi SPM kepada budak2 fom 5 2008. Ingat sasaran anda!! Terutama student Seri Bera dan SBPI...

19 August 2007

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Mengurus tekanan
Fazli Mohd Bazin

Tekanan, stress, atau tension sering dikaitkan dengan konflik emosi. Seseorang yang sedang mengalaminya perlukan kompetensi kecerdasan emosi agar dapat mengawal diri. Kecemerlangan dalam mengawal emosi memberi kelebihan kepada seseorang untuk terus menghadapi hidup ini dengan sihat, mental dan fizikal.

Tekanan penting dalam hidup kita. Bayangkan paip air tanpa tekanan. Atau roket tanpa tekanan. Tekanan akan tetap ada di mana-mana atau bila-bila masa. Cuma kadarnya yang diperlukan perlu diambil kira. Terlalu banyak tekanan boleh menyebabkan emosi tidak stabil. Tekanan emosi yang ekstrim pula mungkin menyebabkan gila. Tidak ada tekanan langsung menyebabkan kita sentiasa dalam zon selesa. Terimalah tekanan sebagai sebahagian hidup kita. Belajar pula bagaimana mengurusnya.

Langkah pertama, ingatilah Tuhan. Mengadulah kepadaNya. Sentiasa harap KepadaNya. Samada saat kita bahagia atau duka, sentiasa berserah kepadaNya. Istilah yang biasa digunakan ialah redha.

Ingatkan diri anda “Saya Istimewa”. Ya! Dalam dunia ini tidak ada seorang pun yang betul-betul sama dengan anda. Tentu anda unik kan? Berbanggalah dengan diri anda. Berfikir dengan positif dapat mengubah situasi tiada harapan kepada situasi penuh peluang.

Menurut Dr. Noordin Darus, berbicara dengan bunga adalah satu terapi yang dapat melegakan tekanan emosi. Sebelum pergi kerja atau kelas waktu pagi, ambil masa 20 saat, berbicaralah dengan bunga yang anda telah pilih dan sayangi. Bunga ini mestilah asli, bukan bunga plastik. Berilah selamat pagi kepadanya. Pujilah kecantikannya. Sentuhilah ia. Rasai kelembutannya. Kagumilah kesegarannya disirami embun pagi. Jika ia berbau harum, ciuminya. Anda akan teruja. Ketenangan akan dirasai serta merta. Lakukan tabiat ini setiap hari.

Berbicara dengan ikan juga dapat melawan tekanan emosi. Ikan dapat memahami dan berempati dengan manusia. Ketika diberi makan, ikan kelihatan ingin mendampingi kita, mendengar dan berbicara. Anda akan terpukau melihat gelekannya ke sana sini. Luangkan 20 saat untuk melihat gerakannya yang berseni. Pada masa ini tekanan anda akan menurun secara ajaib.

Haiwan kesayangan anda yang lain seperti kucing, kuda dan yang lain juga memahami perasaan gembira dan sedih tuannya. Mereka juga mahu berkongsi emosi yang dihadapi oleh tuannya.

Melihat wajah bayi juga boleh mengurangkan tekanan. Apatah lagi melihatnya bermain, menangis atau ketawa. Bayangkan ibu bapa yang kepenatan balik kerja, setibanya di rumah disambut bayinya dengan ketawa dan penuh rindu. Dengarkan kata-kata bayi yang tidak difahami, tetapi dimengerti bahawa dia minta didukung,dipeluk dan dicium!

Kesemua teknik terapi ini adalah untuk memberitahu otak agar rileks dan melupakan tekanan yang dihadapi. Ingatlah, bukan anda seorang sahaja yang menghadapi tekanan. Tekanan bukanlah penamat kepada hidup anda yang indah itu. Sentiasa ada cara mengatasi atau mengurangkannya.

Akhir kata, ingatlah “Kegelapan diperlukan untuk menzahirkan bintang-bintang di langit”.
Jumpa lagi…..

01 July 2007

Jentayu Bangkit







Jika kita selalu sangat nak bersaing dengan orang lain, kadangkala kita rasa tertekan. Jika orang lain lebih baik daripada kita, jadikan sebagai panduan, bukan saingan. Ini kerana jika kita gagal menyaingi dia, mungkin kita rasa kecewa. Lihatlah ke dalam diri sendiri. Dengarlah suara hati kecil anda. Ukurlah kemampuan sendiri. Adalah lebih baik bersaing dengan diri sendiri. Letakkan sasaran yang mampu dicapai. Beri sedikit cabaran agar tidak terlalu mudah pula hendak mencapainya. Jika anda gagal, janganlah kecewa. Fikirlah, jika anda bersaing dengan diri anda sendiri, jika anda gagal, siapa yang menang?



JAnganlah biarkan diri anda kecewa akibat kegagalan selagi anda telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan anda. Sedarlah! Pencapaian terunggul dalam hidup ialah mampu bangkit kembali daripada kekecewaan akibat kegagalan. Jangan lupa, setiap kegagalan adalah pengajaran yang mendorong seseorang supaya mencuba suatu pendekatan yang belum pernah dicuba terdahulu...Jika terbukti cara itu gagal, cuba saja cara lain! YAng penting jangan sekali kali mengalah. Ingat kisah burung jentayu bangkit setelah kekalahannya? Jumpa lagi.....



Fazli Mohd BAzin



JAbatan Ilmu Pendidikan



Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, PAhang.