24 December 2011

Terjajah tanpa sedar...



Ada orang memang minat dengan barang terpakai.  Atau barang tangan kedua (second hand). 

 Antaranya baju atau  seluar yang boleh dibeli di kedai  bundle. Selain itu kasut  bundle juga banyak terdapat di pasar malam atau kaki lima. Produk bundle ini diimport dari negara-negara luar seperti Bangladesh, India, Jepun, Amerika  dan Eropah. 

Bukan sahaja  harganya murah, tetapi juga banyak pilihan. Sebahagian peminat pakaian bundle bukanlah orang yang tak berduit. Mereka mampu membeli baju yang mahal sesuai dengan pendapatan bulanan. Memang tak dinafikan beli baju murah  pasti lebih jimat. Namun jika untuk dibawa ke pejabat, perlulah memilih sehabis daya. Banyak yang tak sesuai, warna pun sudah pudar. Fesyen pun nampak retro belaka. Kecuali kalau nak guna pakai ke kebun atau kerja-kerja lasak, sesuailah. 

Ada yang membeli pakaian bundle kerana nostalgia. Zaman muda-muda dulu itulah fesyen mereka ini. Bila dah berusia sekali sekala teringin pakai semula fesyen dulu-dulu. Yang lain memilih pakaian bundle kerana sukakan materialnya. Jika t shirt, kainnya kain kapas atau cotton. Jika jeans, jenama Levis atau Lee adalah yang asli.  Selain itu, banyak ciri lain yang menjadikan pakaian bundle pilihan ramai. Hanya peminatnya sahaja yang tahu...

Ada suatu pendapat daripada orang yang tak suka pakaian bundle. Pendapatnya sangat berbeza...

“saya tidak akan beli atau pakai pakaian bundle. Saya tak mahu pakai pakaian bekas orang putih. Orang putih atau orang  asing  adalah penjajah. Sudahlah mereka pernah menjajah Negara kita, kini  baju buruk mereka pun kita kena pakai.  Bangsat sangatlkah kita? Lemah sangatkah kita? Bodoh sangatkah?” 

Dia menyambung...

“Jika pakaian itu baru, bukan bundle, walaupun import dari England, saya pakailah... misalnya jersi Manchester United yang saya pakai ni... ori tau...”


05 December 2011

Nur Kasihku


Petang ini kami bermain badminton di hadapan rumah. Aku, isteriku, Syafiq dan Afiqah. Sangat seronok. Dalam tempoh setengah jam, sudah sangat banyak peluh keluar. Terkadang aku berlawan dengan isteriku. Terkadang kami bertukar-tukar lawan.

      Syafiq  yang sudah memasuki Tahun Dua, sudah tahu bagaimana membuat servis yang baik, backhand dan forehand. Afiqah pula dapat membuat hantaran  jauh. Isteriku nampaknya berpengalaman bermain badminton. Kebanyakan hantarannya  laju-laju belaka.  Aku mengusiknya ; “ Ah, kalau macam ni banyak lemak yang dapat dibakar, pinggang cepat ramping..”  Dia agak teruja dengan kata-kata semangatku itu....

     Tidak sedar jiran kami, Ustaz  Tajuddin sudah  melintas dengan motosikalnya pergi ke Masjid. Sudah hampir Maghrib. Nampaknya aku tidak sempat ke masjid.  Kami segera masuk ke rumah. Masing-masing bersiap untuk mendirikan Solat maghrib berjemaah. Masing-masing mandi dan berpakaian solat.

    Sejadah dibentang oleh isteriku di ruang tamu. Syafiq melafazkan Iqamah. Aku mengimami solat. Selesai solat dan berwirid,  kami mendirikan solat sunat Maghrib. Kemudian aku mendengar bacaan surah-surah  pendek dibacakan oleh isteriku dan dua anakku. Bacaan dibaca tanpa melihat mushaf. Isteriku membaca lima surah selepas Al Fatihah. Satu dua  kesalahan  makhraj  aku  perbetulkan.  Sementara Afiqah dan Syafiq dapat menghafaz sepuluh surah setiap seorang. Kemudian aku pula memperdengar bacaan Surah Ad Dukhaan. Ku minta isteriku menyemak bacaanku.

Sebelu tidur malam itu isteriku memelukku dan merenung mataku dalam-dalam. Aku sedikit kehairanan. Dia mencium pipiku dan tanganku..

“I Love You suamiku.. Abang memang  suami yang soleh. Ayah yang  bertanggungjawab..” Bisiknya.

“Itu abang  tahu. Dah lama dah  sedar..” Gurauku..  Dalam hatiku, aku berdoa semoga itu benar. Dan semoga aku terhindar pula daripada sifat ujub dan riya'. Semoga lagi Allah SWT dengan rahmatNya menerima amal ibadah kami..   

Dia tersenyum.. Aku lalu memeluknya dan mengucupi bibirnya. Kemudian ku kucup pula ubun-ubunnya.  Sambil saling  merangkul, kami rebah di ranjang....






01 December 2011

Menjulang Sayang Kasih Kekasih


Setelah hampir  tujuh bulan aku berpindah ke daerah ini maka isteriku  akhirnya dapt juga mengikutiku. Jangan sekali menyangka aku tidak suka dia mengikutiku. Aku malah sangat mengharapkan dia sentiasa di sampingku. Ini disebabkan  sangat-sangat banyak keperluan seorang suami sekaligus  seorang lelaki yang perlu dibereskan oleh si isteri.  Bukankah tempat seorang isteri itu di sisi suami? 

      Kelewatannya berpindah mengikutiku hanyalah disebabkan proses birokrasi di Jabatan peringkat Negeri. Kini isteriku sudah ada tinggal bersamaku. Kami tinggal di sebuah rumah guru. Isteriku seorang guru. Rumah ini terletak  berhampiran sekolah. Anak-anak kami yang seramai tiga orang tentu sekali turut bersama.  Namun begitu, anak kami yang sulung hanya akan berada di rumah sekali sekala kerana dia tinggal di asrama.  Sebelum isteriku datang ke sini, aku tinggal menyewa bersama tiga lagi rakan di sebuah rumah di  taman perumahan.

       Masa berlalu. Isteriku memang aku akui, seorang yang sangat cepat menyesuaikan diri. Dia dengan mudah melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya di sekolah tempat dia bertugas. Dia selalu diberi kepercayaan oleh Guru Besar dan rakan-rakan sekerja untuk  mengetuai sesuatu Jawatankuasa kerja. 

        Aku bangga dengan kelebihannya itu. Namun dalam masa yang sama aku jadi amat kasihan pula kepadanya. Manakan tidak . Dia merupakan guru yang paling banyak jumlah  jam mengajar dalam sehari. Bermula pukul 7.45 pagi hinggalah pukul 12.00 tengahari, setiap hari,  lima hari seminggu, dia terus berada di kelasnya mengajar dan mendidik murid-muridnya. Inilah tugas guru prasekolah yang sering tidak disedari oleh guru lain atau guru besar sendiri.  

        Tidak seperti guru-guru lain yang  masa keluar masuk kelas mereka akan diselangi dengan waktu kosong (free period).  Waktu kosong ini dapat digunakan untuk minum, rehat, menyiapkan rancangan mengajar, memeriksa latihan murid, malah untuk berbual-bual, bertukar fikiran dengan guru-guru lain. Menurut isteriku, dia tidak punya masa untuk bersembang di bilik guru. Malah meja atau tempat duduk untuknya memang tiada disediakan di bilik guru.

       Jika memikirkan kepadatan jam bekerjanya itu, adalah demokratik jika jawatan-jawatan lain tidak diberikan kepadannya.  Berilah kepada guru lain. Guru Pemulihan Khas  misalnya, yang pada  zahirnya memang kelihatan agak santai di sekolah. Guru Pemulihan Khas sejak akhir-akhir ini semakin hilang peranan. Jumlah murid pemulihan semakin merosot dengan drastic.  Ini  ada kaitan dengan kejayaan program Kelas Intervensi Awal atau Literasi Numerasi yang menunjukkan kesan yang sangat positif. Semakin ramai murid yang dapat membaca dan menulis serta mengira sebelum berakhirnya Tahun Satu.  Menurut isteriku,murid di kelas prasekolahnya hanya seorang sahaja  yang belum mampu membaca. Nah! Kalau begitu, apa yang tinggal untuk Guru Pemulihan Khas? Di sekolah isteriku itu, murid pemulihan hanya seorang. Itupun  masih belum pulih-pulih lagi..!


NOTA: INI ADALAH SEBUAH CERITA PENDEK (CERPEN). BERSTATUS PERCUBAAN..  AKAN BERSAMBUNG...



20 November 2011

Sosej dan lubang (18SX)



Tersebutlah  al kisah  bahawa  ada seorang  lelaki  telah mengahwini seorang perempuan. Perempuan ini sangat cantik orangnya. Disebabkan kecantikan wajah dan keseksian tubuhnya, maka ramailah lelaki yang ingin memilikinya.  Maka berlakulah persaingan di kalangan mereka. 



Ada seorang lelaki telah berjaya  menawan hati  perempuan ini. Lalu berkahwinlah mereka. Pada malam pengantin, si suami mulai mendekati isterinya. Selepas selesai aktiviti ‘pemanasan’, tibalah saatnya si suami ingin ‘memasuki’ ruang yang lebih dalam dan ingin ‘tenggelam’ di dalamnya.  

Setelah si suami ‘masuk’, tiba-tiba si suami menjerit dengan sekuat hati. Seperti  orang kerasukan. Lalu dia  ‘mencabut’ keluar. Dia melihat ‘senjatanya’ itu telah tiada. Hilang ditelan atau mungkin tertinggal di dalam lubang.  Di menjerit seperti orang gila disebabkan terkejut, kesakitan dan kehairanan. Si isteri juga kehairanan. Dipendekkan cerita, tak lama kemudian si suami itu meninggal dunia.

Hal ini tidak diceritakan oleh si isteri kepada sesiapa pun.  Tak lama, si perempuan ini berkahwin lagi. Maklum, pemujanya masih ramai. Tambahan dia seperti janda berhias. Malangnya si suaminya yang kedua ini  juga mengalami nasib yang sama. Senjatanya juga  ‘hilang’ setelah memasuki lubang kali pertama. Suami kedua ini juga meninggal dunia akhirnya. Selepas ini, lelaki mulai takut mendekati perempuan ini. Pelbagai tohmahan diceritakan orang. 

Lama selepas itu, perempuan ini berkahwin lagi kali ketiga. Kali ini dengan seorang ustaz. Ustaz yang berilmu ini bertanya kepada si  isterinya sebelum mereka  ‘belayar’,apakah yang  sebenar terjadi kepada  dua suaminya yang lalu. Isterinya pun menceritakan dengan terperinci. Lalu ustaz ( suami) ini mendapat ilham. 

Dia menyediakan sebatang sosej. Di dalam sosej ini diletakkan mata kail siap disambungkan dengan tali nylon seperti tali pancing. Sosej itu sebagai umpan.  Maka sosej pun di masukkan ke dalam ‘lubang’  si isteri. Apabila saatnya dirasakan sudah tiba, tali pancing ditarik  keluar perlahan-lahan.

Apa yang keluar ialah sejenis makhluk yang pelik lagi menakutkan dengan mulut dan gigi menyeringai. Makhluk ini  tak lain tak bukan adalah jelmaan jin atau syaitan hasil perbuatan dendam dan sihir.  Kini ia termakan umpan sosej  dan mata kail tersangkut di tekaknya. Ustaz itu telah membaca doa-doa tertentu lalu mematikan makhluk itu. 

Selepas itu suami isteri tersebut  dapatlah  belayar dengan aman dan nikmat. Tiadalah lagi  gangguan. Kepada suami isteri, sebelum bersetubuh, Islam menyuruh membaca doa bersetubuh, doa perlindungan daripada syaitan atau jin. Kerana jika tidak dibaca, jin atau syaitan akan menyetubuhi si isteri sebelum suami sempat berbuat demikian. Si isteri juga perlu mengingatkan suami. Jangan terus tak sedarkan diri.... Ada kemungkinan anak yang  terhasil dari persetubuhan yang tidak dilindungi itu, adalah anak yang buruk akhlaknya, mudah dipengaruhi oleh syaitan..
Wallahu a’lam..



06 November 2011

Tak sensitif, kan?


Sewaktu saya memandu melalui jalan dari Tuaran ke Ranau (22 Okt 2011, ) ternampak suatu gerai tertulis “Babi Hutan Salai”.  Memang kembang tekak dibuatnya. Tambahan pula asap dari salaian itu menerobos ke jalanraya.

Hal semacam ini adalah biasa bagi masyarakat pedalaman non muslim. Orang Asli di Semenanjung juga amat menggemari babi hutan. Misalnya suku kaum Jahut  di Penderas pandai membuat lemang babi hutan. Daging babi hutan ini diperam di dalam buluh jadi semacam pekasam. Bila sudah sampai beberapa hari, barulah dimakan. 



Ketika saya melancong ke Danau Toba, Medan Indonesia pada 2008, ( bukan nak menunjuk, ya. Akan tetapi  ramai orang sudah melancong ke sana),  gerai-gerai menjual babi salai dan anjing salai mudah didapati di Pekan Parapat. Parapat adalah pekan di tebing Danau Toba. Kita boleh bermalam di sini sebelum menaiki bot ke Pulau Samosir di tengah danau. Hawa di Parapat sangat dingin. Dikatakan orang-orang Batak memakan anjing untuk memanaskan badan. Jika kita melihat anjing hidup tanpa ekor, itu tandanya ekor anjing itu telah dipotong untuk dibuat sup.

Berbalik kepada babi salai dan anjing salai. Agak sukar mencari kedai makan Muslim di situ. Jika adapun,  betul-betul di sebelah gerai salai  tersebut.  Tentang kisah orang Batak makan anjing ini dimain-mainkan oleh orang bukan Batak di Indonesia..

Pada masa dahulu, Jakarta banyak tikus .Banyak penyakit dibawa oleh tikus. Penduduk menjadi risau. Mereka pun  berfikir untuk menyelesaikan masalah itu. Lalu dibawa kucing dari Surabaya. Tikus pun habis pupus dimakan oleh kucing .  Namun  timbul pula masalah baru.Kucing pula menjadi banyak. Lalu dibawa anjing dari Jogjakarta. Habislah kucing dibelasah oleh anjing. Lama-kelamaan anjing pula membiak dengan banyak.  Maka tiadalah lagi binatang yang dapat menghapuskan anjing ini.  Fikir punya fikir, dibawalah orang Batak dari Medan ke Jakarta. Maka selesailah masalah itu...

Teringat pula saya sewaktu saya di kolej beberapa waktu dahulu. Kami semua tinggal di asrama. Makan tengahari dan malam di kantin asrama. Makan pula guna ‘tray’.Suatu hari ada rakan ternampak seorang pelajar Cina sedang makan makanan yang agak disangsikan. Pelajar Cina ini namanya Ng Wee Teng. Wee Teng sudahpun hampir selesai makan, lalu ditanya oleh rakan apakah ‘makanan’ yang dimakannya itu. Wee Teng selamba mengaku bahawa itu adalah  daging babi yang dikeringkan. 

Perkara ini menjadi isu hangat di kolej. Semua pelajar muslim takut untuk makan di asrama lagi, sebab tak tahu tray yang mana satu telah digunakan oleh Wee Teng. Sudah bercampur dalam mesin basuh pinggan. Ramai pelajar yang marah. Sehingga sampai ke telinga saya Wee Teng telah diberi pengajaran di biliknya. Semua tray  pula telah disamak oleh pihak kantin asrama.
Selepas itu Ng Wee Teng telah digelar Ng Se Run Ding........