.... Alpha Centauri berada sejauh 4.4 tahun cahaya dari tempat aku sedang menaip entri sekarang ! ( Cahaya bergerak 300,000 km sesaat. )
Malaikat dijadikan daripada cahaya.
Salam untuk Jibril a.s.
Jibril adalah ketua segala malaikat. Andai kata semua air lautan di bumi ini dibandingkan dengan kebesaran Jibril, nescaya ia hanyalah sekadar setitis air di atas kepala Jibril.
Ketika Yusuf a.s. dicampak ke dalam telaga oleh saudara-saudaranya, Jibril datang dari langit ke tujuh menyambut Yusuf sebelum Yusuf mencecah dasar telaga.
Dan apabila Jibril menghadap Allah swt. untuk bertanya seluas manakah syurga Abu Bakar r.a. , beliau diizinkan Allah untuk meninjau syurga itu. Siapakah Abu Bakar itu? Beliau adalah orang pertama memeluk Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Maka dengan kelajuan terbangnya itu, terbanglah Jibril ke seluruh syurga Abu Bakar r.a.
Setelah 90 tahun terbang di seluruh syurga tersebut dengan kelajuan yang luar biasa ( Jibril mempunyai 600 sayap), maka kembalilah Jibril menghadap Allah swt. Jibril memberitahu bahawa belumlah ia dapat menghabisi semua ruang syurga itu. Lalu Jibril bertanya Allah swt, berapa luaskah syurga Abu Bakar itu? Lalu dikatakan kepadanya bahawa selama 90 tahun ia (Jibril) terbang itu, ia baru sahaja berlegar-legar di sekitar pintu gerbang syurga itu...!
WallAhua’lam...
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.. Dan menyelamatkan kita dari azab api neraka, seterusnya menempatkan kita bersama-sama ahli syurga di dalam kenikmatan yang kekal abadi.... amiiiinn...
(sumber: Takrir Da’watu IlallAh.1989)