14 December 2008

DAH LAMA AKU TAK KEMASKINI BLOG NI. SIBUK. BIKIN URUSAN DUNIA. RASANYA INI FENOMENA YANG SAMA BAGI BLOGGERS. TAK ADA MASA NAK UPDATE. KALI INI AKU TAK BERAPA NAK SIBUK. JADI AKU MULAKAN AL KISAH SUATU CERITA.


Teringat aku ketika aku balik kampung sebulan yang lalu. Sewaktu makan tengahari seorang diri, di dapur, tiba-tiba melompat seekor kucing ke atas meja. Cantik je dia lepak tepi pinggan aku. Aku yang lebih dari separuh terkejut, terus jadi emosional. Bila emosional, jadilah tak rasional. Aku pun berkatalah kepada kucing itu.

”Ewah, engkau ingat engkau setaraf dengan aku ke ha? Aku duduk atas kerusi, engkau duduk atas meja. Dah tu, nak kongsi pinggan dengan aku pulak. Turun! ”

Tapi kucing tu pandang je aku dengan muka seposen. Huisyh....”Ini boleh mendatangkan marah!!” (pinjam dialog filem Tiga Abdul). Aku pun tolak kucing tu dengan aksi yang agak brutal. Kucing pun jatuh. Lari. Dalam hati kecil aku menyesal dengan apa yang aku buat itu.

Baru-baru ni aku balik kampung lagi. Kucing tu aku tengok sedang tidur atas lantai dekat sofa. Macam sakit je.... Aku pun mendapatkannya. Aku usap badannya. Dia membuka mata perlahan. Sekali lagi aku jadi emosional. Membawa kepada tak rasional. Aku pun berkata pada kucing itu.

”Aku mintak maaf sebab tolak engkau hari tu. Aku tak berniat nak menyakitkan engkau. (nasib baik aku tak cakap.....”tak berniat nak melukakan hatimu...” huhu...) Syahdunya kucing itu memandang aku dengan pandangan yang sayu.... (sayu, bukan ayu). Agaknya dia dah memaafkan aku. Buktinya dia tak marah bahkan seronok bila aku usap-usap badan dan lehernya.

Imbas balik lebih kurang 16 tahun yang lalu. Aku dan kawanku melawat Zoo Negara, kat Jalan Hulu Kelang. Tiba kat kandang babi hutan yang kedudukannya di bawah jambatan, aku telah meludah ke atas seekor babi jantan yang sedang tidur. Air liur aku betul-betul jatuh kat atas badan babi tu. Tapi hal itu tak menjejaskan ketenangan si babi yang enak dibuai mimpi di siang hari itu. Aku gelak dengan perbuatan aku sendiri. Namun kawanku tadi tidak lah gelak dia. Sebaliknya berkatalah dia.

”Awak tak baik ludahkan babi tu. Walaupun dia babi, najis, haram, awak tak boleh hina dia. Dah Tuhan jadikan dia babi, nak buat macamana. Dia pun tak mintak nak jadi babi”

Aku terkesima. Dalam hati aku tak berniat pulak nak hina babi tu. Sekadar nak lucukan suasana. Tak sangka dapat tazkirah percuma pulak. Ah, kawan aku tu memang lebih alim daripada aku.

Imbas lagi jauh. Barangkali 1000 tahun yang lampau. Kisah ini aku baca dalam buku ’64 Kisah Wali Allah’. Kisah seorang wali yang sedang khusyuk beribadah dalam sebuah bilik yang sunyi. Dalam biliknya ada seekor ibu kucing yang baru melahirkan beberapa ekor anak. Suatu hari seekor ular datang nak memakan anak kucing itu. Ibu kucing tak mampu melawan ular tersebut. Wali tadi memukul ular itu dengan sebatang kayu. Ular itu pun mati. Ibu kucing memandang wajah si wali dengan mata yang sayu... (barangkali mengucapkan terima kasih). Tidak lama selepas itu wali tadi jatuh sakit. Setelah beberapa hari, dia pun sembuh. Dalam mimpinya dia diberitahu bahawa dia sembuh disebabkan doa si ibu kucing tersebut.... Wallahu a’lam..

ALLAH MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN DAN MENGETAHUI APA YANG ADA DI DALAM HATI KITA...

Jumpa lagi...

01 September 2008

SIAPA DI SEBALIK POKOK?

POKOK KU SAYANG

Isu pokok dan alam sekitar lama sudah dilagangkan. Kita sebagai warga yang cintakan alam semula jadi harus menitik beratkan hal ehwal pokok. Setidak-tidaknya tanamlah pokok bunga pilihan sendiri. Baru hijau alam kita. Melalui pokok yang kita minati, mungkin kita dapat kenal siapa diri sendiri.

POKOK KELAPA
Rajin bekerja
Mudah membantu orang lain
Mudah bergaul dengan orang lain
Disukai ramai
Dikenali ramai
Dipandang rendah
Suka merendah diri
Boleh buat semua kerja
Golongan bawahan
Sanggup tanggung risiko


POKOK RU
Suka membantu
Pendirian kukuh
Kuat
Mampu berdepan dengan cabaran

POKOK DURIAN
Suka membantu orang
Kuat dan kukuh
Dipandang tinggi
Digeruni orang
Perlu berhati-hati dalam percakapan
Mempunyai tenaga yang kuat
Disanjung orang ramai

POKOK RAMBUTAN
Kukuh dan kuat
Suka membantu
Bersikap rendah diri
Nampak berserabut

POKOK PADI/SERAI/TEBU/ PISANG
Suka menghambakan diri
Suka menolong orang
Dipandang rendah
Seringkali tidak dihargai
Diperlukan untuk buat kerja sahaja




POKOK NANGKA/ CEMPEDAK/ SUKUN
Suka menolong orang
Selalu menimbulkan masalah
Tidak semua orang suka
Kukuh dan kuat


POKOK KANGKONG/ SAWI/ BAYAM
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Dipandang rendah
Seringkali tidak dipeduli langsung oleh orang
Boleh menghambakan diri
Diperlukan untuk bekerja sahaja

POKOK J ATI / M ERANTI
Kurang berminat untuk menolong orang
Berfikir terlalu lama jika diminta pertolongannya
Lasak
Kuat


POKOK BUNGA ROS/ KERTAS
Suka aktiviti yang bersih
Sesuai berada di hadapan majlis
Kurang suka membuat kerja-kerja berat
Boleh berkata tidak jika tidak suka
Kadangkala ditakuti orang
Suka kecantikan
Jaga bahasa dan percakapan

POKOK ORKID
Suka menumpang orang lain
Perlu menumpang orang lain
Tidak pandai berdikari
Sesuai menjadi orang depan dalam majlis
Kadang-kadang sombong
Kurang berpendirian
Suka kecantikan

POKOK LALANG
Tiada pendirian
Dipandang hina
Suka dalam kumpulan



POKOK KAKTUS
Sukar menolong orang
Kata-katanya adakala menyakitkan hati
Tabah dan sabar
Tahan menderita untuk capai apa yang dihajati

POKOK BONSAI
Unik
Kreatif
Ada kemahiran tersendiri
Berpotensi tinggi jika dibentuk dengan betul
Berharga
Konservatif

POKOK BUNGA RAYA
Syok sendiri
Berjiwa rakyat
Adakala berasa tinggi diri
Tidak suka buat kerja berat
Tidak dipedulikan orang walaupun berkedudukan tinggi

POKOK STRAWBERI
Sensitif
Disukai ramai
Dipandang tinggi
Suka majlis yang ada kelas
Fotogenik
Banyak kelemahan
Mementingkan gaya
Suka kemewahan dan kesenangan
Suka sanjungan

POKOK LIMAU/ ORANGE
Ada pendirian
Disukai ramai
Senang bergaul
Suka tolong orang
Golongan sederhana
Berani berterus terang
Mudah difahami kehendaknya






POKOK MEMPELAM/PAUH
Suka membantu orang lain
Disukai orang
Suka merendah diri
Ada pendirian
Kukuh dan kuat

PENGHARGAAN:
ROKIAH BTE BUYONG
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU

11 August 2008

BURUNG OH BURUNG..

Keistimewaan dan kelemahan diri boleh dikesan melalui pemilihan objek-objek. Misalnya burung yang diminati. Jika helang, ciri-cirinya gagah atau berkuasa. Jika pipit, ciri-cirinya rendah diri, pemalu atau penakut. Ciri-ciri personaliti anda sebahagiannya boleh dihuraikan melalui aspek ini.. Jika anda telah memilih nilai-nilai rendah, kecil, lemah, lambat dan sebagainya, harap dapat tukarkannya kepada pilihan yang lebih baik dan sesuai untuk membangunkan diri anda dan orang lain….

HELANG
Pandai mencari peluang, sering mendapat peluang
Mempunyai tenaga yang kuat, digeruni orang lain
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Kumpulan kelas atasan/elit
Suka menunjukkan kuasa


MURAI
Suka bercakap atau berbual, Ramah dan bising
Kerap juga timbulkan kemarahan
Selalu tidak tentu arah


KAKAK TUA
Mudah mesra, suka bercakap, peramah
Sesuai jadi guru (ehem), juruacara dan penyambut tetamu
Sanggup belajar dan dibimbing

MERPATI
Suka berkawan, Mudah didekati tetapi sukar difahami
Boleh dipergunakan oleh orang lain
Mudah takut, suka menunjuk-nunjuk
Boleh menyusahkan orang lain

MERAK
Suka kepada kemewahan
Nampak sombong, Suka bersendirian
Suka juga menunjuk-nunjuk


KASAWARI
Nampak berani, tapi selalunya nakal
Kurang bertanggung jawab
Sukar akui kesalahan
Kelemahannya mudah diperhatikan

10 August 2008

WARNA HIDUPMU

RAHSIA MEMAHAMI JIWA MELALUI WARNA

KUNING
Berjiwa lembut dan halus, Sentiasa mendapat perhatian, Penuh kasih sayang, Berhemah, Sentiasa ceria, Menyukai ilmu,Gemar membaca, Tekun dan cerdas, Tabah hadapi cabaran, Berfikiran positif dan sangat optimistik , Mempunyai senyum yang luar biasa. Belas kasihan. Tidak suka didesak, Sangat setia kepada pasangan, Sikap agresifnya membuat orang jadi takut, Cengeng, Mudah menyerah kalah. Intelek.

MERAH
Berani, Jujur, Berdisiplin, Emosional, Tegas, Tamak, Tahan melarat, Suka bersenang-senang, Sangat aktif, Disenangi, Bersikap terbuka, Senang menjadi perhatian orang, Suka mencuba banyak perkara, Suka tersenyum, Suka memberi dan menerima kasih sayang, Pendendam yang tinggi, Mudah tersinggung. Bercita-cita tinggi.


BIRU
Setia pada pasangan, Pandai meyimpan wang, Kuat kemahuan, Suka berterus terang, Jujur, Cekap, Memberi maaf, Tegas, Ada ketenangan/kesejukan dalam diri, Cintakan kedamaian, Bijak. Suka berfikir secara logik. Berharap dicintai ketika di mana-mana, Bertanggung jawab, Sering membuat orang lain berperasaan yang sama dengan pandangan anda, Memaksa orang lain terhadap kehendak anda, Adakalanya angkuh. Suka dipuji.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, keharmonian, pencinta kedamaian, rajin dan jujur bekerja, tekun dan sabar, sentiasa dahagakan ilmu, Tidak suka bergaduh, patuh pada agama, suka berhias, teguh pendirian sehingga kadang-kadang seakan kolot. Menghormati orang lain. Ramai kawan setia. Pandai menyesuikan diri. Adakala cemburu.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tapi cepat tersinggung.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban peranan, cerdas dan bijak. Mendengar kata tapi cengeng dan agak pemalas. Kurang yakin diri.





KOKO
Jika wanita, kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah berasa was-was dan takut berbuat salah. Suka menambah ilmu. Mudah dipujuk dan mudah mempercayai orang.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap. Berdaya spiritual. Suka berjenaka, rajin tetapi adakalanya sombong.


EMAS
Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan, mempunyai kemampuan semulajadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong. Pentingkan kualiti. Gemar menyendiri dan bersikap tertutup. Suka berahsia la ni…

MERAH JAMBU
Seorang yang tegas dan jujur. Suka membantu orang lain. Begitu teliti dalam semua perkara. Tidak suka dibantah. Suka mendesak bagi memenuhi kehendaknya. Bossy (sifat-sifat boss).


PERAK
Mendengar kata dan menjadi pendengar yang baik. Boleh berkongsi masalah dengannya. Disenangi orang lain. Bertenaga. Mudah putus asa. Merendah diri.

JINGGA/OREN
Peramah. Jujur. Rajin bekerja. Bercita-cita tinggi. Cengeng ( suka merengek). Cepat mengalah dengan tekanan. Sukar mempunyai sahabat karib.

PUTIH
Sabar. Suka buat lawak. Bersih fikiran. Tidak suka berprasangka buruk. Berkata benar. Jujur. Rendah hati.Sopan santun. Ramah. Suka menerima ilmu. Sentiasa tenteram hatinya. Suka menolong. Hidup bertawakkal. Mudah dipujuk jika merajuk. Tapi…Boros berbelanja.

Disediakan oleh: FAZLI MOHD BAZIN. Kompetensi Personal, Bahan KKE Sem 3 Unit Pengajian Sosial, Unit Pengajian Melayu KS, Pengajian Melayu MU. IPTAA 2008.

27 February 2008

MONEY ISSUE

Money can buy a house, but not a home.
Money can buy a bed, but not sleep.
Money can buy a clock, but not time.
Money can buy a book, but not knowledge.
Money can buy food, but not an appetite.

Money can buy position, but not respect.
Money can buy blood, but not life.
Money can buy medicine, but not health.
Money can buy sex, but not love.
Money can buy insurance, but not safety.

You see, money is not everything. But, everything needs money..