Pagi ini sarapan di restoran J&J Cafetaria, di Matang Jaya.
Menu biasa, roti canai ajer. Pukul 8.00 pagi gerak ke Santubong. Sampai ke
Kampung Budaya pukul 9.00. P/s : Tiada
papan tanda menunju ke arah Kampung Budaya di sepanjang jalan. Tak mesra pelancong
yang memandu sendiri. Mujur kita
pakai GPS (waze). Kerajaan Sarawak kena ambil tindakan tentang papan tanda ini.
Kampung Budaya berlatarbelakangkan Gunung Santubong, memang menarik. Bagai
sebuah lukisan. Tiket masuk RM60.00
dewasa, RM30.00 kanak-kanak. Konsep seperti Mini Malaysia di Air Keroh,
Melaka. Ada rumah Iban, Bidayuh,
Melanau, Orang Ulu, Penan, Melayu dan
Cina. Kita akan diberi passport untuk di
cop di setiap rumah yang dilawati. Bagus
juga sebagai peringatan rumah mana yang sudah atau belum disinggahi. Di rumah Melanau, kita boleh mencuba tarian
Maguna tip.
Jangan leka sangat di sesebuah
rumah. Pertunjukan budaya diadakan pada pukul 11.30. Elok masuk awal sikit.
Tempat duduk penuh. Show menarik. Keseluruhannya adalah tarian etnik. Pada
akhir show penonton diajak naik ke pentas menari bersama. Tak sangka Aliya tiba-tiba naik ke pentas.
(alahai anak ustaz dan ustazah!)
Pukul 1.30 gerak ke Kuching.
Terjumpa encik Fauzi, tuan punya van. Dia membawa pelancong lain. Katanya dia
tak tahu kami akan ke Kampung Budaya. Jika guna pas dia, boleh dapat potongan
harga RM10.00 bagi setiap tiket masuk. Ini kerana dia pemandu pelancong
berdaftar dengan jabatan pelancongan.
Dalam perjalanan, singgah di
Kampung Buntal. Sekolah Kg Buntal tempat Kamal praktikum dulu. Kampung nelayan.
Makan tengahari di sini.
Sampai di bandar Kuching, isi
minyak RM20.00. Melawat muzium Kuching di atas bukit, dalam bangunan DBKU.
Pelbagai karya berkaitan haiwan kucing. Lukisan, arca, info, sejarah,
cenderamata. Masuk percuma. Kamera
digital kena cas bayaran RM4.00. Boleh lihat pemandangan sebahagian bandar
Kuching dari atas bukit ini.
Keluar muzium, kami ke
Gersik. Mencari kek lapis Dayang Salha. Walaupun
banyak tempat menjual kek lapis di Kuching, melalui info internet, kami sepakat
ke Dayang Salha. Boleh parking di tepi
jalan depan rumah. Kedainya di dalam rumah. Bersih. Tempat ini selalu
dikunjungi VIP dan selebriti. Memang rambang mata.
Menurut Encik Wan, pegawai promosi di sini, terdapat
78 jenis kek. 2 kilang, 1 cawangan dan 200 pekerja. Sebelum beli rasa dulu. Jangan sampai kenyang
merasa ajer, beli tidak. Haha. Setiap pack, RM10.00. Belian bernilai RM100.00
akan diberi percuma 1 pack RM10.00. Nasihat, belilah lebih sikit untuk jiran,
kawan-kawan. Bukan apa, jika dah balik, nak pesan melaui pos, kos akan jadi RM17.00 sepaket. Pembungkusan yang kemas, selamat, bersih dan
boleh bawa naik kapalterbang sebagai luggage.
Selesai beli kek, singgah pula di
gerai terubuk masin. Harga semurah
RM10.00 3 ekor. Belian bernilai RM30.00, dapat free lagi 1
ekor. P/s: Kata penjual, balik rumah
nanti, terus bersihkan garam di badan ikan, baru masukkan ke dalam peti sejuk.
(Patutlah selama ini ikan terubuk ni masin sangat.)
Kamal memandu sendiri patah balik ke bandar, ikut
Jalan Gersik. Kami menyeberang dengan bot penambang. Tambang 50 sen seorang. Pemandangan senja yang panoramik. Di pinggir tebing ada gerai key cahin dan
cenderamata yang lain. Gambir Sarawak juga ada dijual (lelaki sahaja).
Malam. Encik Mustafa, menjemput kami makan malam di rumahnya, di dalam kampus
IPGBL. Beliau bertugas di Jabatan HEP. Orang
Jasin. Terima kasih banyak Encik Mustafa
dan keluarga di atas layanan yang istimewa. Hubungan silaturrahim terjalin
antara kita. Sebelum balik ke homestay, patah semula ke bandar. Katanya
ada air pancut berwarna (macam I-City). Tapi nasib tak baik, tak ada pula malam
ni.
Hari 3. (tiada gambar)
Sarapan di Pusat Niaga Satok. Ini
adalah tempat baru menggantikan Pasar Satok.
Awal pagi, belum ramai pengunjung. Suasana lagi meriah pada hari Ahad.
Macam Pasar Tamu di Kota Belud, katanya.
Sarapan mee kolok, laksa sarawak,
mee jawa. Menjenguk juga ke gerai-gerai.
Sambar juga Tebaloi (kuih dari sagu, buatan dari Mukah), perencah laksa
sarawak, gula tarik, kuih dangai,tapai, dan gula-gula lada.
Pukul 9.00 pagi, kami gerak ke
Indian Street. Tempat ini terletak di blok belakang kedai yang menghadap ke
water front, kawasan yang setentang dengan Astana. Shopping terakhir. T-shirt, kain pasang
banyak di sini. Di Haja Alawdeen, kain
meter corak sarawak boleh diskaun banyak.
Selesai shopping, dalam
perjalanan balik ke homestay, singgah sebentar di Muzium etnik dan Muzium
semulajadi. Pukul 3.00 perlu gerak ke
KIA. Tak sempat nak cari makan tengahari. Tu laa, leka sangat shopping kat
Indian Street. Beli tikar la, tablet la, tshirt dan kain jangan cerita lah. Penuh beg dua belah
tangan. Makan tengahari, kami hanya beli
ayam KFC. (untung homestay kami di atas
KFC!.
Sampai di airport pukul 3.30.
Flight 5.30. Sampai di LCCT 8.00 malam.
Kos yang kami keluarkan RM1000.00
setiap keluarga, berbaki semula RM230.00 setiap keluarga. Kos RM1000.00 ini tidak
termasuk tiket kapal terbang.