Kajian Kes
Pada April 2009 saya membuat penyeliaan di Kelas Pemulihan Khas SK Bintang, Temerloh. Puan Zainon, guru pemulihan, di samping melaksanakan P&P seperti biasa, telah menyediakan satu tong air minuman khas untuk murid-murid pemulihannya. Di samping itu beliau juga menyediakan kismis dan vitamin. Beliau mendapati terdapat perubahan positif terhadap prestasi murid-muridnya hasil pengambilan bahan-bahan tersebut.
Entri kali ini agak panjang dan hybrid. Terus terang saya akui bahawa yang ini adalah bertujuan komersial..
AIR ADALAH PERMULAAN KEHIDUPAN.
KESEMBUHAN DATANG DARIPADA ALLAH SWT.
Biasa kita melihat dalam majlis bacaan YaaSiin, orang meletakkan botol-botol berisi air. Mengapa?
Begitu juga dalam perubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu. Elemen air dimasukkan sebagai medium penyembuhan. Si perawat akan membacakan doa dan zikir tertentu lalu menghembuskan ke air tersebut. Kemudian air ini akan digunakan oleh pesakit untuk minum, sapu atau mandi.
Kita percaya bahawa air tersebut berubah dari segi khasiatnya setelah dikenakan bacaan Yaaasiin, ayat Al Quran, zikir atau doa-doa. Dari segi lahiriah, tiada apa perubahan pada air tersebut. Namun dari segi spiritual, air tersebut telah ’dihidupkan’. Air yang hidup akan memberi tenaga kepada tubuh. Ia juga ’menghidupkan’ spiritual manusia. Pengalaman saya sendiri dalam merawat orang yang pengsan dan ’melembutkan hati’ anak berusia 6 tahun terbukti berkesan.
Dr. Masaru Emoto, pakar pengkaji air dunia abad ini, juga penulis buku Massage of the Water, banyak melakukan kajian terhadap molekul air yang didedahkan pada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau juga membuat perbandingan perubahan molekul air yang diperdengarkan lagu rock heavy metal, molekul air yang diucapkan ’terima kasih’, air yang dimaki hamun, air yang diperdengar muzik penyembuhan dan muzik simfoni Bach. Sudah tentulah molekul air ini berbeza-beza bentuknya. Tidak ketinggalan beliau juga memeriksa molekul air zam-zam. Molekul air zam-zam adalah molekul air terbaik, sempurna dan yang dicari-cari. (Kita doakan semoga Dr. Emoto dikurniakan hidayah oleh Allah SWT). Barangkali salah satu faktor ramai jemaah haji yang sihat walafiat ketika di Mekah, kerana mereka sentiasa minum air zam-zam. Namun mereka kadang-kadang menjadi kurang sihat pula bila balik ke Malaysia.
(molekul air zamzam) ucapan 'terima kasih"
(muzik heavy metal)
muzik simfoni "Bach"
Berapa ramaikah di kalangan kita yang mampu mendapatkan air zam-zam sepanjang masa.? Atau berapa kerapkah kita dapat bekalan air Yaasiin atau air doa? Saya tidak nafikan bahawa kita perlu berusaha ke arah itu, jika mahu.
..................................................................
Gambar-gambar Air Kristal beku yang diambil dengan Produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel yang dicipta oleh Dr. Emoto dengan teknologi proprietary menunjukkan gambar air suling “sebelum” dan “selepas” . Sebelum adalah sederhana. Ia tidak mempunyai bentuk atau struktur habluran terancang. Gambar selepas adalah menunjukkan air terubah bentuknya selepas dicaj atau bertenaga dengan produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel. Air Kristal bertukar kepada bentuk segi enam yang cantik. Ini menunjukkan Produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel boleh metenagakan air “mati” menjadi air “hidup”. (Sila rujuk buku Dr. Siva tertema “Optimum Energy for Peak Performance With Scalar Energy” – Bab 4, Air Hidup – Aqua Vivens, Air Hidup).
molekul air suling sebelum dikenakan tenaga skalar
molekul air suling selepas dikenakan tenaga skalar
Ujian EMF Atas Telefon Bimbit Menggunakan Loket Kuantum. LAPORAN KHAS DARI PEMEGANG LESEN NEGARA FILIPINA, PRESIDEN PENGARAH JEREMY LOOI. Sebuah ujian frekuensi EMF pada telefon bimbit dilakukan di dewan BEP dalam pejabat Pemegang Lesen Negara Filipina di Metro Manila, menggunakan Meter TriField khusus yang mempunyai kemampuan untuk membaca dan mengukur Medan Elektrik, Magnetik Statik dan Radio / Gelombang Mikro. Dapatan bahawa Loket Kuantum FusionExcel boleh memberikan kita perisai terhadap frekuensi telefon bimbit yang merbahaya ini. video: www.fusionexcel.com
Di Filipina FusionExcel Konvensyen Nasional yang diadakan pada 06th Februari 2010, Dr Romer Macalinao (Penulis "Potensi Penyembuhan Tenaga Skalar" dan sekarang sedang menulis buku kedua "Kesan Oksigen Tenaga Skalar" bersama dengan kakitangan Audie Leonie menjalankan Analisis Darah "Sebelum" dan "Selepas" Secara Langsung dengan Loket Kuantum FusionExcel dengan menggunakan mikroskop digital berkuasa tinggi dengan pemasangan kamera CCTV.
Hasilnya mengejutkan! Gambar "Sebelum" menunjukkan bahawa relawan sel darah merah yang mengelompok, dengan tiada ruangan plasma dan aliran terhad. Setelah mengenakan Loket Kuantum FusionExcel selama hanya 10 minit, gambar "Selepas" menunjukkan bahawa relawan sel-sel darah merah tidak lagi mengelompok dan bulat, dengan ruangan plasma dipertingkatkan dan aliran yang lebih baik! Menurut Dr Romer, akan ada perbaikan peredaran darah, penyahtoksikan sel dan regulasi gula darah.
Hasilnya mengejutkan! Gambar "Sebelum" menunjukkan bahawa relawan sel darah merah yang mengelompok, dengan tiada ruangan plasma dan aliran terhad. Setelah mengenakan Loket Kuantum FusionExcel selama hanya 10 minit, gambar "Selepas" menunjukkan bahawa relawan sel-sel darah merah tidak lagi mengelompok dan bulat, dengan ruangan plasma dipertingkatkan dan aliran yang lebih baik! Menurut Dr Romer, akan ada perbaikan peredaran darah, penyahtoksikan sel dan regulasi gula darah.
Antara Faedah Quantum Science untuk Kesihatan
- Mengurangkan radang.
- Meningkatkan bekalan oksigen di dalam aliran darah.
- Membersihkan darah daripada lemak, zarah protin, yang seterusnya memperbaiki aliran darah.
- Membantu memerangi penyakit barah kerana sel-sel kanser adalah sel-sel yang bervoltaj atau bertenaga rendah.
- Menyahtoksik setiap sel di dalam tubuh anda.
- Mempertingkatkan tenaga dengan cara mengecas semula dan mengubah keadaan tubuh dan sel kepada frekuensi yang betul.
- Menyebatikan dirinya kepada DNA anda dan mencegah DNA tersebut daripada rosak.
- Mengurangkan tekanan pada permukaan sel tubuh, dan ini mempercepatkan penyerapan dan pencernaan oleh sel tubuh.
- Memperbaiki tumpuan mental seperti yang ditunjukkan melalui peningkatan jarak turun naik (amplitude) bagi frekuensi EEG.
- Berfungsi sebagai anti kemurungan .
- Kesembuhan migraine, lumpuh, stroke, daya fokus belajar atau memandu dalam tempoh lama.
- Banyak lagi manfaat dan penemuan baru yang menakjubkan setiap hari yang dialami oleh pengguna. Misalnya melawan sel kanser, masalah kencing (kes 5 tahun kencing pakai getah, kini sembuh), hilangkan dengkur, lambatkan pemuaan malah menyongsangkan penuaan, sembuh disengat lebah, bengkak atau benjol. Memulihkan kencing manis dan darah tinggi.
- Aura cas meliputi 3-5meter di sekeliling si pemakai. Sehingga orang lain pun mendapat auranya. Kesan serta merta kepada si pemakai loket. Untuk air, tempoh cas 5saat-20 minit. Bergantung kepada keperluan.
…………………………………………………………………………………………..
Hadis Rasulullah menyatakan bahawa ”Setiap amalan dimulakan dengan niat.” Dalam ucapan perasmian Darussyifa’ Cawangan Lipis yang saya hadiri pada 11 Okt. 2009, Dato’ Dr. Haron Din menyatakan bahawa merawat adalah satu amalan dalam kehidupan. Ini mesti dilakukan atas niat kerana Allah SWT. Maksud merawat termasuklah untuk diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain yang berhajat kepada rawatan untuk penyembuhan. Menunaikan hajat saudara atau bukan saudara atau makhluk Allah adalah lebih baik dari iktikaf dalam Masjid Nabi selama 2 bulan (hadis).
Dr. Emoto (dalam buku Empayar Minda Melayu Alaf Baru, oleh Prof. Dato’ Dr. Zubir Haji Yahya, m.s.122, Hijazz Record Pub. 2008) menyatakan bahawa niat adalah permulaan kepada perubahan dan pemangkin perubahan minda baru. Perubahan ini ibarat memulakan lagi sebuah kehidupan baru (penulis).
Bottom line: Saya sendiri telah menggunakan produk ini dan mengalami sendiri kehebatannya. Kesihatan semakin baik, berlaku penyembuhan penyakit lichen simple chronicus yang saya hadapi lebih 3 tahun, peningkatan daya fokus, dan tenaga luar biasa.. Eksperimen pertama saya ialah saya minum air dari flask titanium fusionexcel dan memandu dari Lipis ke Triang pada 11 Feb.2010. Esoknya 12 Feb. saya memandu pula ke Tembangau 1. Dari Tembangau 1 saya patah balik ke Bukit Mendi dan terus ke Kemasul lalu keluar ke Karak, terus ke SBPI Gombak. Kemudian patah balik ke Kuala Krau. Saya hanya berhenti untuk solat dan isi minyak kereta. Selebihnya tiada rasa mengantuk dan letih, melainkan fokus yang tajam. Pada malam itu pula saya berada di Temerloh pada pukul 8.30 malam untuk taklimat Fusion Excel.
Saya amat gembira berkongsi maklumat dan produk ini dengan sesiapa sahaja. Lain-lain testimoni boleh dirujuk melalui flyers, web, video, pengguna, seminar atau hubungi saya sendiri.
Sekali lagi dimantapkan, hanya Allah SWT Maha Kuasa dan Maha Penyembuh. Makhluk tiada kuasa, Objek seperti batu gunung berapi, loket, gelang, flask air, jam tangan dan lain-lain tiada kuasa. Kita adalah hambaNya. Hidup di dunia ini diberikan aturan olehNya iaitu mengikut sunnah alam. Berasaskan sebab musabab. Api membakar, air membasah. Untuk sembuh, berubatlah disamping berdoa.
Kepada kaum lelaki Islam tidak digalakkan memakai rantai loket dengan menggantung di leher. Loket boleh disimpan dalam poket. Kesannya tetap sama. Sayapun tidak memakainya seperti kalung. Lagipun bentuknya seakan-akan tangkal.
Berbalik kepada kes Cikgu Zainun di SK Bintang. Jika Cikgu Zainun menggunakan air tapisan Bio Aura atau Alken, atau Al Jabbar atau apapun jenama, ditambah pula bacaan Yaasiin, zikir dan doa, tidak hairanlah kesan positif berlaku kepada muridnya. Yang terbaik adalah air zam-zam. Namun alternatif terhampir adalah air tapisan (jika tiada pun tidak mengapa), tambah bacaan Yaasiin, tambah pula tenaga sklalar. Kesannya luar biasa. Bagaikan bateri baru.
Satu lagi pesanan saya, jika setelah menggunakan produk ini, mata tetap segar dan badan asyik bertenaga sahaja, pastikan mata dan badan kita diberi rehat yang sepatutnya. Gunakan tenaga ekstra ini di saat yang perlu sahaja.
Terakhir; jika berminat dengan produk ini, sila hubungi saya. Produk yang saya perkatakan ini ialah loket (pendant) dari lahar gunung berapi (Jepun & Jerman), dan flask air. Pendant yang diperbuat daripada lahar gunung berapi ini dapat bertahan sehingga 200 tahun pemakaiannya! Terdapat juga pelan pemasaran untuk peningkatan pendapatan sehingga RM100,000.00 sebulan. Saya rasa produk ini sudahpun heboh diperkatakan di Malaysia.
RUJUKAN:
- Dato’ Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, edisi ke-2. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, 2008. Bandar Baru Bangi.
- Dato’ Dr. Haron Din, Kuliah Darussyifa’ Cawangan Lipis, 11.Okt. .2010
- Dr. Amran Kasimin & Dato’ Dr. Haron Din. Doa dan Rawatan Penyakit (i & ii). Percetakan Watan Sdn. Bhd. 1997. Kuala Lumpur (kepentingan air dalam perubatan Islam)
- Empayar Minda Melayu Alaf Baru, Prof. Dato’ Dr. Zubir Haji Yahya, Hijjaz Record Pub. 2008. Kuala Lumpur.
- Majalah RAPI, edisi 15 Feb 2010 (edisi khas tentang kehebatan air untuk kesihatan)
- http://www.darussyifa.org/
- www.fusionexcel.com