Gemuk! Gemuk! Gemuk!
Minggu pertama Hari Raya ramai yang mengadu tentang kenaikan berat badan. Perempuan selalu sensitive tentang fizikal mereka. Berapa ramai rakan fb yang perempuan mengeluh tentang ‘perkembangan’ mereka. Apa masalahnya dengan gemuk? Tak cantik? Tak menawan? Takut lelaki tak suka tengok? Mudah dapat penyakit? Hmmmm.......Malangnya jawapan bagi kesemua soalan itu ialah “Ya”.
Perempuan memang teramat mencintai makan dan makanan. Tak percaya, jengahlah ke beberapa blog atau laman web mereka. Past ada entri tentang makanan. Mereka juga boleh beri masa dan tempat untuk bersembang jika ianya tentang menu, resepi, rasa makanan, bentuk makanan, warna makanan, layout makanan atau tempat makan yang best.
Perempuan harus tahu tentang tabiat makan mereka yang istimewa. Selalu mereka makan sedikit sedikit pada setiap kali makan. Namun jumlah kekerapan makan agak banyak. Bila didarabkan frekuensi makan dengan jumlah makanan ( walaupun sedikit), jumlahnya jadi banyak juga. Ia ibarat pelan perniagaan Pasaraya Mydin; untung bagi suatu barangan secara unit, tidak banyak. Namun jumlah frekuensi barangan yang berjaya dijual secara unit atau pukal adalah banyak atau laju. Maka keuntungan tetap meningkat berkali ganda.
Lagi satu, hormone progesterone yang sangat aktif membuatkan perempuan sangat bernafsu hendak makan. Hormon ini seperti kucing di rumah. Setiap kali tuan rumah makan, kucing akan mengiau mintak makan. Jika sepuluh kali tuan rumah makan, maka sepuluh kali jugalah kucing bising nak makan. Kadang-kadang bila tuan rumah tak sedar atau tertidur, kucing akan curi makanan. Begitulah tabiat makan perempuan.
Lelaki pula tidak sangat meletakkan makan sebagai priority. Lelaki makan untuk menghilangkan lapar. Bukan makan untuk melayan nafsu makan. Lelaki lebih mementingkan kelelakian mereka. Jika makan itu dapat meningkatkan kejantanan, maka lelaki akan meletakkan makan sebagai yang paling utama (First Important Priority). Ini kerana lelaki lebih menjaga tahap testosterone berbanding perempuan sering dikalahkan progesteron..