Pagi , sarapan di gerai sebelah stesen teksi Teluk
Nipah. Pekena Laksa mee. Laksanya saiz
kecil. Kuah sup ikan. Boleh campur sambal dan sayur kacang. Enak juga. Selepas sarapan masih ada masa beraktiviti.
Kami pilih Nipah
Event Water Sport (NEWS). Di sini Banana
Boat sekali jalan RM70. Tak kira berapa orang. Berbanding Beach Boys, RM15
seorang. Ada sebuah keluarga naik banana
boat 8 orang menggunakan khidmat NEWS ini. Jadi tak sampai RM10 seorang.
Menariknya naik banana boat ialah apabila sampai semula di pantai,
kita diminta meletak tangan ke kepala. Bot akan sentak banana, so kita akan
terjatuh ke air. Seronok, Jangan takut, pasti
timbul. Selepas menaiki banana,
kami mencuba pula jet ski. Rm70 bagi 20 minit. Pandu sendiri. Boleh juga pilih
pakej yang lain. Misalnya jadi penumpang sahaja, pakej setengah jam atau satu pusingan RM15. Dalam 20 minit, kita boleh tukar-tukar
penumpang atau pemandu sesama ahli keluarga. Jet ski mudah dikendalikan. Tekan
minyak sahaja. Tapi awas jangan terlalu ghairah. Takut terlanggar bot yang
lain. Kami bergilir-gilir penumpang. NEWS beri extra 5 minit.
Akhir sekali kami mencuba kayak pula. RM20 satu jam. Hari
semakin panas. Saya dan Ain berjaya mengayuh kayak hingga ke Pulau Giam melihat
orang snorkeling. Patah balik semula ke pantai. Orang yang berkayuh di bahagian
belakang mesti pandai menentukan arah.
Pukul 11.15 kami selesai aktiviti pantai. Sbelum balik bilik, membeli apam balik Angah dulu. 50 sen sekeping. Pagi petang kami beli apam balik ni. Ramai
pelancong mat saleh turut membeli. Pak
Ngah kata dia sudah 30 tahun tinggal di sini. Dia orang Kg Dong, Raub, Pahang.
Check out 12.00
tengahari. Sudah ramai pengunjung yag
menunggu di lobi untuk check in. Resort
ini kira ok dan selesa. Dekat dengan pantai (100meter) . Anggota PDRM juga
ramai menginap di sini.
Sebelum sampai ke jeti,kami singgah di Kota Belanda di sebelah selatan pulau. Kota peninggalan Belanda ini dibina semasa
Belanda berperang menentang Panglima Kulup.
Singgah lagi di kedai ikan bilis di Pekan Pangkor. Mencari ikan bilis Pangkor. Ikan bilis mata
biru yang terbaik dan termahal. Gred A.
40% pengeluaran bilis Malaysia datang dari Pangkor. Inilah produk utama
Pangkor.
Sampai Jeti, tuan kereta sudah menunggu. Lewat 15 minit.
Tapi dia tak cas apa-apa. Senyum sahaja. Agak lama menunggu feri. Mata mengantuk. Feri gerak pukul 2.00pm. Dalam Feri saya ambil peluang untuk tidur.
Letih berkayak. Sampai di Lumut, makan
tengahari di bahagian bawah parking
bertingkat. Restoran Laksa Kuala Perlis. Banyak kedai makan di situ. Shopping lagi. Harga produk hasil laut lebih
murah di Lumut. Saya syorkan shopping di kedai Normala atau Hamid Ali. Ada
tawaran 8 barang Rm10, 4 barang RM10 dan lain-lain tawaran. Bagi cenderamata
dan t shirt, tak jauh beza dengan di pulau.
Selesai shopping, kami gerak balik ikut Bidor dan Sungkai masuk Lebuh raya Plus terus ke Kuala
Lumpur. Secara asas bajet adalah seperti
berikut: Penginapan 2 hari RM360.00. Minyak kereta RM80. Tol RM25. Aktiviti air
RM230.00. Makan RM260. Sewa kereta di pulau RM150. Tiket RM45. Bayar parking di
Lumut RM15.00 dua hari. Jumlah kasar
RM1165.00. (bajet untuk 5 orang, kereta sendiri, dari Kuala Lipis, Pahang). Tak
termasuk shopping. Tujuan saya kemukakan aktiviti dan bajet ini adalah sebagai panduan atau
sebagai perbandingan kepada sesiapa yang ingin bercuti di Pulau Pangkor.