01 August 2009

SEMANGAT DAGANG

Dah lama saya peratikan ada iklan ditampal kat cafe Aida di kampus, ”SEWA KERETA RMXX.00 SEJAM.” Terfikir, sapelah yang kreatif mengambik peluang cari duit ni..? Memang orang yang ”business minded” selalu nampak peluang dan ruang yang boleh dimanipulasi dari persekitaran mereka. Betul la tu..ramai pelajar yang tak de kenderaan untuk keluar ke bandar. Kalau panggil teksi, sewa lebih kurang sama je. Pas tu, kena tunggu ramai-ramai lak atau ikut giliran.. Kelebihan sewa kereta may be cepat diakses, sewa murah, pandu sendiri – bebas nak ke mana... So, tabik kepada yang empunya idea iklan tersebut.. dah berapa banyak masyuk tuu..?

Semakin hampir Ramadhan ni, ada semacam kelainan pula berlaku kat tempat keje. Mula-mula beberapa orang pelajar pompuan Sem. 4 mempromosi pelbagai tudung kepada kami. Saya tak pasti Ketua Unit Prasekolah jabatan kami, Puan Roselita membeli atau tidak. Nampak lama jugak dia membelek. Dia memang banyak duit pun..pernah dia berseloroh yang duit dia banyak sangat sampai tak habis makan...dan dia pernah taburkan duit atas katil lalu tidur di atasnya... huuuuu...

Tak lama selepas tu, Mazlan pula membuka pelan pemasaran minyak wangi auralife. Dia berjaya mendapatkan beberapa rakan sebagai ’down line’. Hebat tu...!

Sehelai daun masa gugur..... kemudian Rusini membawa bungkusan-bungkusan kain pasang, gelang kristal dan brooch. Encik Shafie dari HEP membeli satu gelang kristal. Saya hanya membeli polisi insuran takaful skim Pewaris Maybank yang dipromosi oleh Kak Ji.. dapatlah sekaki payung percuma.. selain yang utama habuan selepas pencen...

Tahun lepas, En Fauzi Ngah berjaya menjual beberapa handset Cina yang guna 2 sim kad. Sebuah harganya RM480.00. Rasanya lebih 10 orang yang membeli... eh...pelajar juga mesti dah tahu kalau nak tempah t-shirt gi jumpa sape..

Dan awal semester ni ada gak pelajar yang mempromosi enset kepada kami.. kalau cek blog diorang ni, kadang-kadang ada juga iklan barangan ... contohnya t-shirt, buku.. gi tengok kat surau nun, ada iklan juga.. Oh ya, masa konvo aritu, memang aktif pun pelajar berniaga kat gerai... diorang ni dasaatt betoi...

Dalam kuliah PPISMP Sem 3 saya sengaja bertanya ada berapa orang yang buat ’kerja sampingan’. Rupanya hampir separuh melakukannya. Kebanyakannya perempuan. Produk mereka selalunya kerepek, keropok, serunding atau kuih-kuih kering. Dan hampir sokmolah, mereka ni pelajar dari Kelate atau Gganu. Memang semangat dagang mereka ni dah sebati dalam diri.

Kepada pelajar, syabas atas kreativiti menjana kewangan dan keupayaan memanipulasi peluang. Cuma pandai-pandailah nak hidup kata orang. Lihat juga peluang bagaimana menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan bukan akademik. Tingkatkan kemahiran insaniah (soft skill) sebagai bakal guru. Semoga produk anda laris dan disukai ramai. Hasilnya anda juga yang untung. Dan semoga anda menjadi jutawan suatu hari nanti.

Produk IPGM Kampus TAA pula ialah guru yang berkualiti dan disukai ramai juga. Itulah anda..! Biarlah sekolah yang menerima anda sebagai guru, mendapat aura dan kesan yang mendalam hasil sentuhan tangan dan minda anda yang kreatif tu... Hasilnya lahir modal insan di luar sana (murid-murid yang bakal anda didik nanti) yang akan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Keuntungannya akan anda tuai di akhirat nanti.. InsyaAllah..

Kepada rakan sejawat, termasuk saya sendiri, kekalkan dan tingkatkan prestasi masing-masing dalam mencapai KPI yang disasarkan.

Bisnes mesin urut, bio-aura, insuran, kek, seramik, dan camacam agi boleh diteruskan. Kepada En Ghafar, produk sabun tu kena promosi kuat sikit la...hihihi..

Akhir kata, kuih raya boleh mula promosi sekarang..

31 July 2009

PERSONALITI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

BERDASARKAN KAJIAN DATO DR FADZILLAH KAMSAH

Seingat saya, kajian ini dah lama ditebarkan kepada umum. Namun, biar saya terbitkan lagi dengan harapan barangkali sekali sekala dapat kita mengintrospeksi diri berdasarkan trait personaliti. Justeru, dengan ini dapat meningkatkan kompetensi kecerdasan emosi (EQ) diri sendiri dan membangunkan kecekapan intrapersonal.

JANUARI

ü Bercita-cita tinggi

ü Suka mendidik dan dididik

ü Rajin,

ü Kemas,

ü Teratur

ü Pendiam

ü Bersifat sensitif

ü Berfikiran jauh

ü Pemalu tapi berdisiplin

ü Suka pada kanak-kanak

ü Cemburu tapi setia

ü Perlu kemahiran sosial

ü Romantik

FEBRUARI

ü Berfikiran abstrak

ü Suka benda abstrak

ü Personaliti mudah berubah

ü Pendiam,

ü Pemalu

ü Rendah diri,

ü Romantik

ü Suka berangan

ü Jujur,

ü Keras hati,

ü Tidak suka dikongkong

ü Mudah mempamer rasa marah

ü Berani dan bercita-cita tinggi

ü Suka sukan

ü Percaya pada perkara tahyul

MAC

ü Mudah didampingi

ü Pemalu

ü Jujur

ü Berpersonaliti menawan

ü Suka pada kedamaian

ü Sangat sensitif pada persekitaran

ü Penyabar

ü Daya pemerhatian yang tajam

ü Cenderung berdendam

ü Suka berangan

ü Suka melancong

ü Ada bakat seni

ü Terlalu ikut perasaan

APRIL

ü Sangat aktif

ü Pemurah,

ü Mudah bersimpati

ü Berani

ü Kuat daya ingatan

ü Penyayang,

ü Bersopan

ü Sukakan perhatian

ü Emosi cepat terganggu

ü Kelam kabut

ü Cemburu

ü Agresif

ü Pandai motivasikan diri sendiri

ü Pandai motivasikan orang lain

MEI

ü Keras hati

ü Degil

ü Mudah marah

ü Motivasi tinggi

ü Mudah dipujuk

ü Tinggi daya fikiran dan imaginasi

ü Suka bersendirian

ü Rajin

ü Boros

ü Suka melancong

ü Tidak tahu duduk diam

JUN

ü Berwawasan

ü Banyak idea

ü Cerdas

ü Tertib dan kemas

ü Cepat bosan

ü Mengikut emosi

ü Suka mendesak

ü Suka melawan

ü Cepat marah

ü Sensitif

ü Cerewet

ü Degil

ü Suka bertangguh

ü Suka bergurau

ü Pandai berkawan

ü Mudah didampingi

ü Lemah lembut

JULAI

ü Perahsia

ü Pendiam

ü Tinggi harga diri

ü Sentimental

ü Pemaaf

ü Rajin

ü Peka

ü Lurus

ü Mudah memaafkan

ü Tidak suka perkara remeh

ü Suka menilai

ü Suka khayalan

ü Sukakan perhatian

ü Kurang aktif

ü Lemah fizikal

ü Suka mengongkong

ü Suka mengingat perkara yang lepas

OGOS

ü Berani

ü Tegas

ü Pemurah

ü Berdaya juang

ü Tinggi harga diri

ü Suka berlawak

ü Sopan

ü Suka memimpin

ü Berdikari

ü Daya pemerhatian yang tajam

ü Ego yang tinggi

ü Cepat marah

ü Cemburu

ü Berangan

ü Sensitif

ü Pendendam

ü Berpegang pada realiti

ü Santai

ü Suka mencari kawan

SEPTEMBER

ü Sopan

ü Toleransi

ü Teliti

ü Teratur

ü Relaks

ü Amanah

ü Prihatin

ü Setia

ü Boleh simpan rahsia

ü Suka sukan

ü Suka hiburan

ü Suka melancong

ü Banyak berfikir

ü Pandai motivasikan diri

ü Mudah fahami orang lain

ü Suka perkara yang sistematik

OKTOBER

ü Suka kegiatan luar

ü Suka melancong

ü Sukakan seni

ü Tidak pandai berbohong

ü Mudah simpati

ü Pentingkan persahabatan

ü Petah berbicara

ü Sensitif

ü Suka berangan

ü Cemburu

ü Mudah patah semangat

ü Kelam kabut

ü Pentingkan diri

ü Penyayang

ü Daya firasat yang kuat

ü Ambil berat terhadap orang lain

ü Mudah dipengaruhi persekitaran

NOVEMBER

ü Banyak idea

ü Bijak

ü Berfikiran luas

ü Berani

ü Setia

ü Berahsia

ü Cermat

ü Degil

ü Sukar diramal

ü Sering gagal kawal emosi

ü Daya juang yang tinggi

ü Pandai mendorong diri sendiri

ü Peka

ü Kurang cekap

ü Mesra

ü Bercita-cita tinggi

ü Kreatif

ü Sukakan kedamaian

ü Mencuba sampai berjaya

DISEMBER

ü Setia,

ü Pemurah

ü Aktif

ü Bercita-cita tinggi

ü Jujur

ü Amanah

ü Seronok didampingi

ü Kurang sabar

ü Tergesa-gesa

ü Mendesak

ü Bencikan kongkongan

ü Suka berlawak

ü Berfikiran logik

ü Toleransi

ü Mudah didekati

ü Suka menjadi ketua

MUNGKIN TIDAK SEMUA CIRI TEPAT MENGGAMBARKAN KARAKTER DIRI KITA. MANUSIA ADALAH GABUNGAN JASAD, HATI, FIKIRAN, EMOSI DAN ROH. SEMUANYA SALING MEMPENGARUHI.