Setiap kali pulang ke kampung, jika berkesempatan, aku akan berjumpa Pak Teh. Dia seorang yang suka bercerita. Biasanya cerita semasa dia muda-muda dahulu. Ada suatu cerita oleh PakTeh yang masih aku ingat. Cerita tentang Awang Kunyit. Awang Kunyit bercerita...
Semasa aku kecil dulu, setiap hari mesti mandi sungai. Maklumlah rumah tepi sungai. Dalam satu hari terkadang dua tiga kali berendam di sungai. Kami budak-budak tak malu mandi bercampur lelaki perempuan.
Dan aku memang yang paling hebat dalam hal ehwal sungai. Sebut sahaja gaya terjun yang macam mana, semua aku tahu. Tentang ikan sungai, semua aku kenal. Pantang larang di sungai, juga aku ingat. Lubuk-lubuk di sungai, semua aku hafal. Pendek kata aku dengan sungai dah macam darah daging. Kanak-kanak, orang muda dan orang tua di kampung semua hormat aku. Bahkan selalu juga aku jadi pakar rujuk, tempat meminta nasihat, atau orang minta temankan ketika berurusan seperti membasuh pakaian atau mencari ikan di sungai.
Nak bagitahu, ada juga yang tak percaya dengan kebolehan aku. Mungkin dengki atau rasa dia lebih. Tak mengapalah, sudah resam manusia. Suatu hari air sungai ada naik sedikit. Hujan lebat di sebelah hulu. Ramai juga kaum ibu dan anak gadis yang turun ke sungai untuk membasuh kain baju dan mandi. Itu dah kerja wajib. Macam biasa, aku dan beberapa kawan pun ada juga menengok-nengokkan mereka. Sementelah adalah seorang gadis itu yang berkenan di hati. Tapi, ibu gadis inilah yang paling tidak percaya dengan kebolehanku..
Sambil aku dan kawan-kawan mandi manda itu, tiba-tiba aku terasa terpijak sebatang kayu yang agak kasar dan berduri kulitnya. Batang kayu itu pula bergerak-gerak. Gerakannya pula arah mudik bukan menghilir atau menghanyut. Tapi aku tak gabra langsung. Aku segera mengarahkan semua orang naik ke tebing. "Cepat naik semua. Ada buaya di bawah ni. ! " Aku sedang pijak ni ! Semua orang kecoh dan menjerit. " Jangan gopoh! Bertenang.."
Bila semua orang sudah naik ke tebing, hanya tinggal aku seorang sahaja di air. Batang kayu di bawah tapak kakiku itu masih bergerak-gerak. Sedangkan aku masih berada di atasnya, memijaknya. Sekira-kira badanku aras lutut ke bawah adalah di dalam air. Kayu itu bergerak ke hulu ke hilir ke depan ke belakang. Maka akupun dibawa bergerak ke serata arah di sekitar kawasan itu.
Sehingga sampai ke tepi tebing, ada kayu sederhana besar melintang. Hampir sahaja kayu itu, aku pun melompat ke atasnya. Semua orang di tebing menyaksikan peristiwa ini. Agak jauh ke hilir, barulah 'buaya' itu menimbulkan kepalanya. Itupun setelah aku memberitahu orang kampung, barulah mereka menyedarinya...
Ibu kepada gadis itu pula nampaknya sangat bangga denganku...
Begitulah cerita Awang Kunyit yang disampaikan oleh Pak Teh kepadaku...
27 December 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)