Syukur alhamdulillah. Usai kuliah. Namun masih sibuk dengan
kerja kursus. Kerja membaca memang memenatkan. Ditambah jika ayat-ayat setiap naskah kerja kursus
kelihatan dan kebunyiannya sama sahaja. Maka,
bacaan laju boleh jadi penawar (lihat Speed Reading oleh Tony Buzan).
Sesampai di bahagian refleksi, bacaan jadi lambat. Ini
bahagian yang diminati. Di mana orang sanggup mengkoreksi diri secara
introspektif demi menilai kelemahan dan kekuatan. Beberapa contoh ayat digarisbawahkan
menunjuk bahawa orang ini menilai diri dan mengenal ciri-ciri kendiri. Meski
ini atas kertas, tidak pasti orang ikhlas, yang pasti hasil kerjanya
nyata berbalas.Dicatatkan:
Saya berasa amat
bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini.
Saya sedikit sebanyak telah menimba ilmu berkaitan..
Saya belajar tentang cara bekerjasama dgn rakan-rakan.
Kawan-kawan saya telah banyak membantu.
Saya telah mempelajarai tentang peranan…
Secara jujurnya saya belum pernah melihat dengan mata kepala
saya sendiri akan hal sedemikian.
Dengan maklumat ini akan memudahkan saya untuk membuat
persediaan.
Pendedahan seperti ini akan membantu saya dalam mengenalpasti…
Saya perlu bijak membahagikan masa..
Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Saya perlu bijak menangani masalah ini.
Walaupun saya berasakan tugasan ini amat payah dilaksanakan
, saya tetap belajar daripada kepayahan itu.
Tugasan ini memberi pendedahan kepada saya tentang bagaimana
menganalisis..
Ternyata ia memberi kefahaman kepada saya bagaimana cara
mengurus
Saya dapat
mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada
Saya rasakan tugasan ini benar-benar mencabar
Saya berpuashati dengan setiap ahli kumpulan saya
Dengan ini saya sedar bahawa sikap bertolak ansur dan saling
menolong amat diperlukan bagi menghasilkan tugasan yang cemerlang
Situasi tersebut memberi peluang kepada saya melihat keindahan
kursus ini.
Saya mendapati bahawa
kursus ini bukan sesuatu yang senang
Ia banyak memberi iktibar kepada saya bagaimana melatih diri
Sikap positif yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan
ini akan saya amalkan secara berterusan
Secara tak langsung ia mengeratkan hubungan saya dan rakan
kumpulan
Pelbagai ilmu dan kemahiran baru telah saya peroleh
Saya sedar pengalaman ini haruslah saya timba dengan rela
Antara perkembangan positif yang dapat saya praktikkan ialah
kebolehan merancang tugasan
Saya dapat memahami objektif yang tersurat dan tersirat
Kami telah dapat berkomunikasi dengan baik
Saya mesti menyudahkan tugasan ini dengan penuh semangat ,
serius dan buat yang terbaik.
Saya semakin sedar akan kepentingan sikap berkenanan
Saya tidak dapat menafikan kepentingan tugasan berkenaan
dalam menyediakan diri saya menghadapi situasi sebenar
Saya tidak sepatutnya kedekut ilmu.
Melatih saya berkomunikasi dengan efektif.
Saya mendapat gambaran
peri pentingnya membina hubungan.
Aktiviti seperti ini menyedarkan saya pentingnya
memaksimumkan penggunaan kemahiran berfikir
Pengalaman yang saya perolehi ini sangat menarik
Tahap keyakinan diri saya semakin meningkat
Saya dapat mengasah bakat dalam pengucapan awam.
Saya begitu yakin mempersembahkann hasil tugasan saya
Kekurangan yang ada akan saya perbaiki supaya menjadi
peledak untuk saya berjaya lagi.
Kekurangan ini menjadi cerminan diri
Demikian beberapa
contoh ayat reflektif oleh pelajar –pelajar semester tiga tertulis dalam kerja
kursus mereka. Bukan sekadar menulisnya, sikap reflektif
wajib kita amalkan dalam kehidupan.