Berikut catatan pengalaman ke Jakarta dan Bandung
24hb 12. 2009
Bertolak dari Lipis 7.30am. Sampai di KLIA 12.00pm. Terlepas penerbangan pukul 1.45pm. Ada masalah. Naik flight 6.00pm. Sampai di Bandara Udara Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Changkareng, Jakarta 9.00pm ( 8.00pm Indonesia) Pemandu pelancong: Abg Taufik. Singgah makan malam di Restoran Masakan Padang. Dalam perjalanan ke Puncak, bas eksiden di Jalanraya Ciloto- Puncak. Langgar lori dan MPV. Gear dan brek rosak. Pukul 1.30 pagi. Naik van buruk 13 orang, sesak. Pemandu ni bawak laju. Beg tinggal. Menginap di Hotel Mandala
25hb 12.2009.
Selesai sarapan. Penjual barangan dah menunggu depan bas. Perkara biasa di Indonesia. Bagusnya jualan sebegini boleh tawar menawar hingga 70%. Barangannya juga kadang-kadang tiada di tempat lain. Terus ke kedai kerepek dan reject shop.
Langsung ke Lorong Kulit. Syurga barangan kulit. Jamil dan Sahnam paling banyak dan paling lama shopping barangan kulit. Beg, topi, jaket, tali pinggang, kasut, sandal, beg tangan, dompet. Semua kulit. Semua dibeli. Nasib baik tak ada seluar dalam daripada kulit... Masa dah lari. Target akan sampai ke Gunung Tangkuban Perahu sebelum pukul 6.
Makan petang. Ada orang tangkap gambar tanpa persetujuan kami. Macam kat Langkawi. Lepas tu nanti dia cetak dan jual balik pada kita. RP20 ribu (RM7) 4 keping. Solat jamak . Abang Taufik solat jugak. Dia kata ibunya muslim, ayahnya Kristian.
Terus ke Puncak (kawasan peranginan tanah tinggi yang dingin, macam Cameron Highland), perjalanan perlahan. Tak dapat tengok kawah Gunung Tangkuban Perahu. Tutup awal. Cuaca terlalu sejuk. Jalan macek (jam) Libur 3 hari. Ramai orang bercuti di Puncak. Langsung ke kolam air panas Sari Ater. Rakan-rakan pekena kopi bandrek, kopi orang Sunda, campurannya rempah dan halia. Rasa macam rempah ibu-ibu dalam pantang selepas bersalin.
Makan malam menu sup ikan mas.Ada muzik live. Jamil sempat berduet dengan. penyanyi perempuan tu.... Kat luar restoran, macam biasa ramai penjual menunggu.... banyak cenderamata...Kami langsung ke hotel Mutiara, Bandung.
26hb. Dis. 09
Masih di Bandung. Membeli lagi.. ke Pasar Baru pulak. Masing-masing kami ada juta-juta dalam poket...Sampai pukul 9.30 pagi. Kedai baru buka. Kompleks yang besar. Ada lebih 6000 kedai.Tak termasuk penjual yang menjaja barang sambil berjalan. Memang tak habis pusing. Eskalator naik dan turun terletak jauh-jauh. Banyak kali tak jumpa jalan naik atau turun. Harga murah la banding dengan Malaysia. Ada juga penjual yang terima duit Malaysia. Makan siang di tingkat 6. Nasi Boboko. Rp20.000.00(RM7) untuk 2 orang. Murah giler, sedap. Masakan Bandung mesti ada salad atau ulam. Ayam atau ikan mesti dibakar atau goreng. Air minum teh panas yang tawar. Sebab itu orang Bandung tidak gemuk. Menurut Abang Taufik, wanita Bandung dikatakan tercantik , kulit mulus dan tidak gemuk. Penjagaan diri luar dan dalam adalah antara ajaran ibu kepada anak gadisnya sejak kecil. Patutlah isteri ketiga Abang Taufik wanita Bandung.
Pukul 2 petang kami ke Toko Tiga, pusat jeans original. Jenama Levis, Peirre Cardin, BMW dan banyak lagi adalah separuh harga dari Malaysia. Jaket Kulit juga ada...Balik semula ke Pasar Baru.ada yang terkilan tak sempat beli kain kerawang, jean dan macam macam lagi yang harganya jauh lebih murah berbanding Toko Tiga. Sampai kedai tutup pukul 6.00pm. Sempat solat Asar di Tingkat 8 Pasar Baru. Paling atas. Dapat lihat sebahagian Kota Bandung. Nampak dari atas sistem jalanrayanya yang hanya ada satu jalan utama membuatkan traffik sesak. Bezanya di sini pemandu tidak cepat marah dan tiada yang memecut. Membunyikan hon digalakkan jika nak cepat atau minta laluan. Jika di Kuala Lumpur atau di Malaysia situasinya lain....
Antara yang saya rasa bagusnya peniaga di Bandung ialah mereka tidak mendesak kita membeli, senyum sentiasa di bibir, bahasa juga halus, tiada nampak tanda-tanda dengki antara pesaing, tidak marah bila kita tawarkan harga yang sangat rendah (kecuali harga pas/tetap)... Ini patut dicontohi...
Balik semula ke Hotel Mutiara. Makan malam sendiri di tepi jalan. Pekena Bakso babat, pangsit, yamin. RP40 ribu 4 orang. Rakan – rakan lain merayau ke bandar Bandung..
27.12. 09
9.00 pagi bertolak ke Jakarta. Singgah di R&R minum kopi bajigur (kopi + santan) dengan pop corn singkong. Sedap.
Langsung ke Taman Mini Indonesia Indah. Konsep macam Mini Malaysia kat Air Keroh. Luas 200 hektar. Terbina rumah-rumah dari seluruh wilayah Indonesia, seperti rumah Gadang, Batak, Lombok, Bali, Bugis.. Kalimantan... Ada juga taman tema air, tasik, kereta kabel, muzium, balai seni lukis. Untuk menghabiskan semua perlukan lebih dari 1 hari..
Pukul 2.00pm terus ke Mangga Dua. Kompleks beli belah. Sesak dengan pembeli. Seolah-olah ada sales. Suasana yang sama di mana-mana lokasi perniagaan. Benar Pulau Jawa sangat padat penduduknya. Jakarta sahaja 14 juta orang. Boleh dikatakan setiap meter persegi akan ada orang, atau kereta, atau rumah. Di Mangga Dua kami membeli lagi..Rupiah kehabisan. Cari Money Changer. Di sini juga. kami shopping sampai tutup kedai. 5.30pm.
Pukul 6.30pm ke pantai Ancol. Tidaklah menarik sangat. Cantik dan bersih lagi pantai di Malaysia. Pantai ini dibuka 24 jam. Waktu malamnya adalah untuk anak-anak muda buat maksiat. Kami di sini sehingga pukul 7 malam. Memang dah ramai pun pelaku maksiat yang sampai.
9.000malam sampai di Hotel Bintang, Jakarta. Hotel ini paling selesa.
28hb. Dis.2009
Sarapan pagi di hotel-hotel 3 bintang di Indonesia sangat sederhana menunya. Nasi goreng, nasi putih, mihun goreng itu wajib. Lain-lain macam roti bakar, lontong, telur goreng.... biassa je.. minuman jus mangga, jus timun...
Pukul 9.00 pagi singgah di Monumen Nasional, MONAS. Tugu peringatan zaman pemrintahan Sukarno. Bergambar saja. Sempat lagi menambah koleksi cenderamata untuk rakan-rakan di Malaysia. Masa suntuk untuk ke Tanah Abang. Tak jadi pergi.
Terus ke lapangan terbang 12.00pm. . Berat bagasi sudah excess! Siapa punya bagasi harus bayarin sendirik. Rp20 ribu 1KG.
Penerbangan pukul 3 petang. Sampai di KLIA 6.30pm
Sampai di Lipis 12.45 pagi 29.12.2009.