07 December 2013

BERCUTI DI CHIANG MAI Hari ke-2



25 Okt. 2013 

Hari kedua di Chiang Mai. Seawal 7.00 pagi, Mr. Ti telah menunggu di lobi untuk membawa kami ke Chiang Rai. Tapi kami sempat bersarapan dulu. Pilih makan vegetarian sahaja.  Mee goreng dan lauk pauk kami tak berani ambil. Roti putih, kentang goreng, kopi dan teh sekadarnya. 

Naik van Toyota Komuter. Muat 15 orang.  Sampai di sebuah hotel lain, naik pula sekeluarga France.  Ke depan sedikit naik lagi seorang lelaki Japanese-American. Jadi kami 11 orang. Chiang bermaksud kota. Mai bermaksud baru. Jadi Kota Bharu tu sebutannya ialah Chiang Mai...haha.. Ada 150 temple di  Chiang Rai. Rai bermaksud kawasan pemerintahan Raja Rai.   Chiang Rai 170km dari Chiang Mai. Menghala ke utara. Perjalanan 3 jam. Jalanraya cantik namun agak berbelok-belok.  Thailand memang punya jalanraya yang baik.  Pengalaman saya berkayuh basikal waktu malam dari Bukit Kayu Hitam ke Haatyai membuktikannya.. 


Berhenti di Hot Spring. Di sini ada kolam air panas. Kami sempat merendam kaki selama 20 minit. Memang panas. Merah tapak kaki.. tapi rasa segar.. Ada juga sebuah gizar yang memancutkan air panas dari dalam tanah.  Gerai-gerai cenderamata  juga banyak. Boleh lah nak beli magnet peti sejuk kat sini. Barangan kemas dari perak juga banyak.  Bagusnya penjual Thailand ini mereka tidak mendesak pembeli. Tidak seperti di Medan, Padang, Bandung atau Jakarta.. Rimas..


Teruskan perjalanan ke utara. Sepanjang jalan dapat dilihat  tanah digunakan untuk pertanian secara ekstensif. Tanaman jagung, padi, epal  kelihatan sepanjang jalan. Berani kata sampai ke 2 inci terakhir berdekatan jalanraya, masih ditanam. Kami berhasrat singgah untuk membeli jagung. Namun Mr Ti kata jagung tersebut untuk makanan haiwan sahaja...

Sampai di White Temple. Biasalah Thailand. Di mana-mana sahaja penuh dengan dengan kuil Budhha mereka. Digelar White Temple  kerana kuilnya berwarna putih perak.  Tandasnya  sahaja  berwarna kekuningan..sesuai la tu...  Agak lama di sini. Banyak foto yang dapat diambil.

Kemudian kami singgah di perkampungan Long Neck. Suku kaum Karen di mana kaum perempuannya berleher panjang. Leher mereka dibalut dengan lingkaran besi berwarna emas. Puak ini kini semakin pupus. Individu yang memakai besi di leher juga tidak sampai 10 orang. Tips: bila nak pergi melancong ke Chiang Rai, minta agen masukkan pakej ke kampung Long Neck dan Laos dengan harga terendah. Jika tidak, agen tidak masukkan pakej ini. Bila kita minta pergi ke lokasi tersebut mereka akan kenakan harga baru yang tinggi. Atau mereka akan tawarkan  lawatan ke lokasi ini kemudian. Jadi harga lain pula nanti.  Dikatakan leher perempuan Karen  ini tidaklah memanjang, tetapi bahu mereka yang jatuh. Manakan tidak, berat logam ini boleh mencapai sehingga 5Kg. 


Diteruskan ke Chiang Rai. Kami singgah makan tengahari di sebuah restoran khas untuk pelancong yang akan ke Golden Triangle.  Malangnya tiada tempat solat di sini. Mr Ti kata dia sendiri tak pernah bawa pelancong muslim. Kalau adapun mereka tak pernah minta tempat solat.  Mr T bincang dengan pengurus restoran. Kami dapat suatu sudut di hujung. Tolak sedikit kerusi meja. Bentang kain pelikat. Solat. Ramai chef dan pelancong yang berkeliling melihat kami solat. Apatah lagi Kak Nor dan Na yang memakai telekung. Sesuatu yang baru lagi pelik bagi mereka. Mudah-mudahan mereka mendapat hidayah suatu masa nanti..amin Ya Allah.  


Selesai solat, kami gerak ke jeti. Naik bot panjang bersama pelancong lain. Tiket telah termasuk bayaran RM250 tersebut.  Kalau lawatan persendirian kita kena bayar 350 baht untuk naik boat. Destinasi ialah Golden Triangle. Kenapa Golden Traingle? Segitiga Emas?  Ini adalah kawasan perdagangan candu terbesar di dunia. Mereka gunakan emas untuk jual beli candu. 1 kg candu harganya  1kg emas. 60% candu di dunia datang dari kawasan ini.  Dikatakan segitiga kerana di sini pertemuan negara Laos, Thailand dan Myanmar (dulu Burma).  Pertemuan 2 sungai utama di sini menjadikan jalan perhubungan perdagangan yang strategik. Sungai Mekong dari China bertemu Sungai Rua dari Burma. Terdapat sebuah pulau di tengah kuala sungai ini. Dikenali sebagai No Man Land. Tiada negara memiliki pulau ini. Masih ada perniagaan dadah di sini.
Pokok poppy ditanam oleh puak peribumi seperti Karen, Akha, La Hu, Mong Yaw. Mereka ini asalnya tiada kewarganegaraan.  Kini kerajaan Thailand beri kewarganegaraan kepada puak-puak ini. Maka perdagangan candu berkurangan.



Menelurusi sungai Mekong, hala ke utara adalah negara China lebih kurang 200km. Kebetulan kami dapat melihat kapal dagang yang sedang belayar balik ke China.  Bergerak dari tanah Thailand terus ke utara, di sebelah kanan ialah Myanmar. Terdapat sebuah kasino di atas tebing. Tertulis Win Win.  Di sebelah kanan tebing sungai di negara Laos, ada juga kasino. Ramai orang Thai datang berjudi di kedua-dua tempat ini, termasuk dari China juga. Thailand mengharamkan perjudian, tetapi menghalalkan pelacuran.

Kami naik ke tebing di tanah Laos. Terdapat tempat beli belah yang dibenarkan pelancong masuk tanpa pemeriksaan passport. Banyak barangan kulit yang murah di sini. Tapi bukan ori. Made in China. Harga murah. Boleh ditawar. Misalnya beg Deuter untuk backpackers semurah RM50.00.  Selain itu whiski ular favourite di sini.  Ular, mengkarung, katak dan binatang bisa lain dimasukkan ke dalam botol whiski. 


Selepas membeli, kami turun ke bot semula, mudik dan naik semula ke tebing di Thailand.  Perjalanan diteruskan lagi ke utara, ke Maesae. Maesae ialah titik paling utara di Thailand. 62 Km dari Chiang Rai. Hinggakan kami dapat memasuki Myanmar melalui bahagian tepi pintu gerbang. Jika masuk ikut pintu gerbang perlu cap passport dan bayaran. Bagi rakayat kedua-dua negara mereka boleh keluar masuk dengan bayaran 50 baht.  Pasar malam baru sahaja bermula. Hari pun semakin malam. Tak banyak yang dapat disambar. Jika sesiapa nak shopping di sini sahaja pun boleh. Naik kapalterbang dari Chiang Mai ke Chiang Rai dan bermalam di hotel-hotel murah di sini.  Dah malam, kami bertolak balik ke Chiang Mai.

Bercuti di Chiang Mai




24 Okt. 2013 cuti bagi negeri Pahang. Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Khamis. So, kami ambil cuti CRK hari Jumaat menjadikan 4 hari cuti hujung minggu. Perancangan dah dibuat sebulan awal.  Tiket telah ditempah oleh Saharom. RM462.50. AA.  Tiket pergi balik termasuk hotel yang menyediakan sarapan pagi. Tarikh 24 hingga 27 Okt. 2013.  Tambah lagi RM250  seorang untuk tour guide. Meliputi kos perjalanan, makan tengahari dan tiket masuk. 

Sampai di LCCT 12.00pm. Tukar Bhat lagi. Dapat 11.85 baht untuk RM10.00. Memang tukar duit di airport kita rugi banyak.  Flight 3.15pm. Sampai di  Chiang Mai International Airport 5.45pm.  Mr Sakchai telah menunggu. Siap pegang kertas tertulis Haji Saharom.  Kami semua 6 orang. Saya dan isteri, Na. Saharom dan isteri, Hjh Emilin. Che Lah dan isteri, Kak Nor. Kalah orang muda lagi melancong 3 couple. 

Kami naik van ke Hotel CH. hotel ini juga ditempah oleh Saharom online. Sekali dengan tiket Air Asia.  Selepas check ini, terus ke pasar malam di belakang hotel. Dikenali Anusarn Night Markert. Jarak pintu hotel ke pasar malam lebih kurang 10 langkah sahaja..  Kami terus cari tempat makan. Lapar. Singgah di Restoran Roumit. Restoran Cina muslim. Emilin yang berketurunan Cina, apa lagi , speking la dengan tauke restoran ni..  Kami makan nasi, tom yam, ikan stim, sayur campur... Tauke kedai bagi diskaun..


Selepas makan kami memulakan langkah merayau di sekitar pasar malam ini.  Tapak pasar malam ini berbumbung, gerainya tersusun  dan bersih. Kebanyakan pengunjung adalah orang putih. Pernah ditanya kepada  seorang Jerman, kenapa dia suka Thailand. Jawabnya, cuaca yang bagus dan beer yang bagus. 


Di antara barang yang dijual..kraftangan, tshirt, makanan, buahan, dan tah apa-apa lagi.. . Roti pisang dan pulut mangga mesti dicuba. T-shirt boleh kata 90% gambar gajah la..  Penat berjalan kami singgah urut kaki dulu.  80 baht untuk setengah jam. Lebih kurang RM8.00. Kalau sejam, RM15.00. Kalau di TESCO Ampang, RM60.00 setengah jam.  Khidmat urut kaki dan badan berlambak di tepi pasar malam ini. 


Jika kita merayau agak jauh sedikit, spa juga boleh dijumpai. Kata orang  tak lengkap kalau ke Tahiland tanpa massage. Ha, jangan perempuan masssage lelaki sudah la...Atau lelaki massage perempuan.  Memang banyak pun pusat body masssage dan pelacuran di sini..  Tukang urut juga boleh dipanggil ke bilik hotel untuk lebih selesa. Tapi ada sedkit cas tambahan.
Jam 9.00 malam kami balik ke hotel. Kepenatan. Di sini 1 jam lewat dari Malaysia.