24 June 2009

BIG







Pada 19 hingga 22 Mei 2009, Jabatan HEP, kendalikan satu program Bina Insan Guru (BIG) di Mambang Resort, Pekan. Melibatkan Unit KPLI Pemulihan Khas, Mate, PJ dan PT. Pengisian program antaranya Senaman pagi, LDK, Jati Diri, Berkayak, Memasak di Check Point, Kembara, Persembahan dan Refleksi.

Semua peserta menunjukkan komitmen dan perasaan seronok pada tahap tertinggi. Komen: Kem komanden wajib peka tentang pembahagian kumpulan. Harus lebih seimbang dari aspek komposisi kaum.

Bagi unit PK, anda telah memerah sehabis tenaga yang ada, apakan daya kayak anda hanyut juga… semoga stamina anda kian bertambah dari semasa ke semasa. Bukan sahaja stamina fizikal, tetapi juga mental dan spiritual.

Lain-lain aspek, kemas, dan berjaya. Saya percaya semua bakal guru tersebut telah mendapat banyak input dalam membina jati diri, sahsiah dan iltizam sebagai Penjana Modal Insan dan Pembina Negara Bangsa. Syabas!

23 June 2009

SEJENAK BERSAMA PELAJAR KPLI




Satu semester KPLI ambilan Januari 2009 bagai satu minggu sahaja. Begitu pantas masa berlalu. Mula daftar 12 Januari. Praktikum 12 minggu pula bermula 15 Jun 2009.

Pelajar KPLI di IPGM TAA menunjukkan daya tahan dan daya saing yang tinggi untuk menjadi guru yang cemerlang. Walaupun tempoh berkursus di IPG agak pendek, banyak ilmu dan pengalaman yang dilalui. Bagi kursus IP, 15 interaksi memang singkat. Itupun kadang-kadang terpaksa dibuat kuliah ganti sebelah malam atau hujung minggu.


Pelajar KPLI terlalu sibuk dengan pelbagai program selain kuliah dan tutorial. Seminar anti dadah, seminar Integriti, PBS, BIG, PL, perkhemahan, KAGUM, Intel, ujian, projek, pameran, segala macam taklimat. Institut sendiri banyak acara yang dirancang dan acara yang datang secara tiba-tiba yang melibatkan waktu kuliah. Perhimpunan bulanan, ISO, taklimat Praktikum, KDC, segala macam mesyuarat, Hari Guru, Konvokesyen. Tenaga pengajar juga sibuk memanjang. Menyelia praktikum, KPKI, Gerko, LPS, KeDAP, LaDaP, Bestari, MQF, pergi BPG, kursus, mesyuarat, bina bahan, moderasi assignment, skrip, ceramah luar, bawa pelajar, segala macam fail dan surat lagi..

Bagi Unit KPLI Pemulihan Khas, saya seronok bersama anda! Selaku tutor, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian anda berkongsi pengalaman, perasaan, kerjasama dan semangat dalam menyiapkan diri sebagai pendidik dan pemangkin perubahan. Semoga anda semua cemerlang dalam praktikum dan seterusnya menjadi guru yang efektif dalam kerjaya guru anda. Teruskan meningkatkan tahap profesionalisme sepanjang hayat.

Bagi Unit PSV, ahli-ahlinya memang aktif lagi responsif! Saya percaya anda semua akan menjadi guru yang kreatif dan inovatif. Bagi Unit PT 1 dan PC 1, anda semua hebat dalam pembentangan dan telah memberi kerjasama yang sangat baik.
Saya mohon maaf andai ada salah silap, tingkah laku, tutur kata saya yang tidak menyenangkan anda sepanjang kita bersama. Maafkan saya..