Jika kita selalu sangat nak bersaing dengan orang lain, kadangkala kita rasa tertekan. Jika orang lain lebih baik daripada kita, jadikan sebagai panduan, bukan saingan. Ini kerana jika kita gagal menyaingi dia, mungkin kita rasa kecewa. Lihatlah ke dalam diri sendiri. Dengarlah suara hati kecil anda. Ukurlah kemampuan sendiri. Adalah lebih baik bersaing dengan diri sendiri. Letakkan sasaran yang mampu dicapai. Beri sedikit cabaran agar tidak terlalu mudah pula hendak mencapainya. Jika anda gagal, janganlah kecewa. Fikirlah, jika anda bersaing dengan diri anda sendiri, jika anda gagal, siapa yang menang?
JAnganlah biarkan diri anda kecewa akibat kegagalan selagi anda telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan anda. Sedarlah! Pencapaian terunggul dalam hidup ialah mampu bangkit kembali daripada kekecewaan akibat kegagalan. Jangan lupa, setiap kegagalan adalah pengajaran yang mendorong seseorang supaya mencuba suatu pendekatan yang belum pernah dicuba terdahulu...Jika terbukti cara itu gagal, cuba saja cara lain! YAng penting jangan sekali kali mengalah. Ingat kisah burung jentayu bangkit setelah kekalahannya? Jumpa lagi.....
Fazli Mohd BAzin
JAbatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, PAhang.