11 August 2008

BURUNG OH BURUNG..

Keistimewaan dan kelemahan diri boleh dikesan melalui pemilihan objek-objek. Misalnya burung yang diminati. Jika helang, ciri-cirinya gagah atau berkuasa. Jika pipit, ciri-cirinya rendah diri, pemalu atau penakut. Ciri-ciri personaliti anda sebahagiannya boleh dihuraikan melalui aspek ini.. Jika anda telah memilih nilai-nilai rendah, kecil, lemah, lambat dan sebagainya, harap dapat tukarkannya kepada pilihan yang lebih baik dan sesuai untuk membangunkan diri anda dan orang lain….

HELANG
Pandai mencari peluang, sering mendapat peluang
Mempunyai tenaga yang kuat, digeruni orang lain
Mempunyai keistimewaan tersendiri
Kumpulan kelas atasan/elit
Suka menunjukkan kuasa


MURAI
Suka bercakap atau berbual, Ramah dan bising
Kerap juga timbulkan kemarahan
Selalu tidak tentu arah


KAKAK TUA
Mudah mesra, suka bercakap, peramah
Sesuai jadi guru (ehem), juruacara dan penyambut tetamu
Sanggup belajar dan dibimbing

MERPATI
Suka berkawan, Mudah didekati tetapi sukar difahami
Boleh dipergunakan oleh orang lain
Mudah takut, suka menunjuk-nunjuk
Boleh menyusahkan orang lain

MERAK
Suka kepada kemewahan
Nampak sombong, Suka bersendirian
Suka juga menunjuk-nunjuk


KASAWARI
Nampak berani, tapi selalunya nakal
Kurang bertanggung jawab
Sukar akui kesalahan
Kelemahannya mudah diperhatikan

10 August 2008

WARNA HIDUPMU

RAHSIA MEMAHAMI JIWA MELALUI WARNA

KUNING
Berjiwa lembut dan halus, Sentiasa mendapat perhatian, Penuh kasih sayang, Berhemah, Sentiasa ceria, Menyukai ilmu,Gemar membaca, Tekun dan cerdas, Tabah hadapi cabaran, Berfikiran positif dan sangat optimistik , Mempunyai senyum yang luar biasa. Belas kasihan. Tidak suka didesak, Sangat setia kepada pasangan, Sikap agresifnya membuat orang jadi takut, Cengeng, Mudah menyerah kalah. Intelek.

MERAH
Berani, Jujur, Berdisiplin, Emosional, Tegas, Tamak, Tahan melarat, Suka bersenang-senang, Sangat aktif, Disenangi, Bersikap terbuka, Senang menjadi perhatian orang, Suka mencuba banyak perkara, Suka tersenyum, Suka memberi dan menerima kasih sayang, Pendendam yang tinggi, Mudah tersinggung. Bercita-cita tinggi.


BIRU
Setia pada pasangan, Pandai meyimpan wang, Kuat kemahuan, Suka berterus terang, Jujur, Cekap, Memberi maaf, Tegas, Ada ketenangan/kesejukan dalam diri, Cintakan kedamaian, Bijak. Suka berfikir secara logik. Berharap dicintai ketika di mana-mana, Bertanggung jawab, Sering membuat orang lain berperasaan yang sama dengan pandangan anda, Memaksa orang lain terhadap kehendak anda, Adakalanya angkuh. Suka dipuji.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, keharmonian, pencinta kedamaian, rajin dan jujur bekerja, tekun dan sabar, sentiasa dahagakan ilmu, Tidak suka bergaduh, patuh pada agama, suka berhias, teguh pendirian sehingga kadang-kadang seakan kolot. Menghormati orang lain. Ramai kawan setia. Pandai menyesuikan diri. Adakala cemburu.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tapi cepat tersinggung.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban peranan, cerdas dan bijak. Mendengar kata tapi cengeng dan agak pemalas. Kurang yakin diri.





KOKO
Jika wanita, kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah berasa was-was dan takut berbuat salah. Suka menambah ilmu. Mudah dipujuk dan mudah mempercayai orang.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap. Berdaya spiritual. Suka berjenaka, rajin tetapi adakalanya sombong.


EMAS
Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan, mempunyai kemampuan semulajadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong. Pentingkan kualiti. Gemar menyendiri dan bersikap tertutup. Suka berahsia la ni…

MERAH JAMBU
Seorang yang tegas dan jujur. Suka membantu orang lain. Begitu teliti dalam semua perkara. Tidak suka dibantah. Suka mendesak bagi memenuhi kehendaknya. Bossy (sifat-sifat boss).


PERAK
Mendengar kata dan menjadi pendengar yang baik. Boleh berkongsi masalah dengannya. Disenangi orang lain. Bertenaga. Mudah putus asa. Merendah diri.

JINGGA/OREN
Peramah. Jujur. Rajin bekerja. Bercita-cita tinggi. Cengeng ( suka merengek). Cepat mengalah dengan tekanan. Sukar mempunyai sahabat karib.

PUTIH
Sabar. Suka buat lawak. Bersih fikiran. Tidak suka berprasangka buruk. Berkata benar. Jujur. Rendah hati.Sopan santun. Ramah. Suka menerima ilmu. Sentiasa tenteram hatinya. Suka menolong. Hidup bertawakkal. Mudah dipujuk jika merajuk. Tapi…Boros berbelanja.

Disediakan oleh: FAZLI MOHD BAZIN. Kompetensi Personal, Bahan KKE Sem 3 Unit Pengajian Sosial, Unit Pengajian Melayu KS, Pengajian Melayu MU. IPTAA 2008.