23 April 2011

Jibril (1)


Agak sudah lama tidak mengambil berat tentang malaikat. Kali ini tazkirah diberi untuk diri ini yang sering lupa.

Hadis: Abdullah bin Ma’sud menyatakan : 
Rasulullah pernah melihat Jibril dalam bentuk asalnya. Jibril mempunyai  600 sayap dan setiap sayapnya sejauh mata memandang. Bertaburan permata pelbagai warna daripadanya. Allah sahaja yang mengetahui tentangnya. (HR;Ahmad)

Aisyah  melaporkan Rasulullah berkata: 
Saya pernah melihat Jibril turun dari langit. Saiz badannya memenuhi ruang antara langit dan bumi.(HR;Muslim)

21 April 2011

Gi la la gi la


Gi la la gi la


Dunia oh dunia
Banyak sangat benda yang nak dibuat, nak dicuba, nak dirasa. Semua ini permainan duniawi. Ok lah, selagi kita di sini, kita hanya dapat menikmati dan memanipulasi dan mengeksploitasi apa yang ada di sini, bukan di sana. Hanya, jangan terlalu gilakan dunia. Terlalu banyak kegilaan di dunia ini. Manusia gila harTA, gila takhTA. Yang lelaki gila waniTA. Yang wanita gila permaTA. (setakat ni dah 4 “TA”).

Nampaknya buat sementara aku terpaksa melupakan CANON EOS.  Minggu lepas sambar satu basikal mountain bike jenama GIANT. Harga RM1200/. Tambah topi, glove, cermin mata, tukar tayar dah jadi RM1450. 

Anggap sahaja ini pelaburan. Bukan  maksud basikal ini akan naik harga pada suatu masa nanti lalu aku boleh jual semula. Itu amat mustahil berlaku. Yang pasti susut nilainya sama drastiknya dengan kenderaan yang lain.  Pelaburan kesihatan yang aku maksudkan. Banyak manfaat dan kebaikan berbasikal.  



Ok, kayuh dulu. Nanti baru ambil gambar. Jauh sikit lagi dari masa itu, akan menyelam ke laut pula ( whoaa...ada sikit nada berlagak)..

19 April 2011

kuasa bahasa


Menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa dapat mencegah alzheimer 

Menurut pengkaji, Ellen Bialystok, seorang profesor psikologi di York University di Toronto, mereka yang menguasai bahasa lain, mampu mencegah gejala Alzheimer selama empat hingga lima tahun lebih lama daripada orang yang hanya menguasai  satu bahasa. 

Sememangnya kemahiran berbahasa lebih dari satu, bukan sahaja bermanfaat pada aspek koginitif, kita juga akan dapat menguasai banyak ilmu, berkomunikasi, menonton filem, dan meningkatkan jaringan sosial dengan orang lain.

Fenomena nyanyuk pada zaman dahulu banyak berlaku di kalangan orang  tua di kampung-kampung tradisional.  Manakan tidak, hidup mereka biasanya menjalani rutin yang sama sahaja. Ke dapur, ke depan, ke luar rumah. Paling jauh pun, pergi surau atau masjid.  Aktiviti otak tidak diaktifkan. Akhirnya neuron-neuron otak semakin banyak yang mati.  Lalu nyanyuk terjadi akibat daya memori semakin lemah.  Ini hanyalah tanggapan saya sahaja sebagai orang awam, bukan pakar.

Hang Tuah pernah berkata, Takkan  Melayu hilang di dunia. Hang Tuah sendiri menguasai 14 bahasa. Maksud di sini untuk kelangsungan dan kemandirian speisis, Melayu mestilah menguasai lebih banyak bahasa di samping memperkasa bahasa Melayu sendiri. Dengan cara ini orang Melayu akan terus wujud. Sifirnya mudah.  Apabila kita menguasai banyak bahasa, gejala Alzheimer dapat dihindari atau dilewatkan. Pada era usia emas, di mana segala pengalaman hidup sangat bernilai, adalah menjadi asset negara dan bangsa apabila kita memiliki golongan yang masih mampu berfikir dan menyumbang idea-idea  yang bernas.

Lihat sahaja para professor di university. Kebanyakan usia mereka sudah lanjut, namun otak mereka terus aktif berfikir. Mereka terus menyumbang kepada dunia dan Negara. Mereka terus relevan kepada masyarakat. Bayangkan pula jika Negara kita dan di sekeliling kita dipenuhi dengan warga emas yang majoritinya nyanyuk. Ini bukan bermakna semua kita mesti menjadi professor.

Coretan.
Tahniah kepada  rakan-rakan sekerja yang baru pulang dari umrah pada minggu lepas.  Teringat sebuah cerita lama orang yang mengerjakan haji. Ada sekumpulan jemaah haji dari Malaysia yang tersesat jalan ketika bersiar-siar di kota Mekah. Mereka tidak berjumpa jalan pulang ke hotel.  Hendak bertanya orang Arab,  jemaah Malaysia ini tidak pandai berbahasa Arab. Orang Arab pula tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris. Jika bercakap pun, jadilah seperti ayam bercakap dengan itik. Keadaan menjadi agak panic. Tambahan pula hari menjelang malam.

Akhirnya seorang daripada ahli jemaah Malaysia ini mendapat akal.  Beliau mendekati  sekumpulan orang Arab yang sedang berbual-bual. Lalu beliau berrkata;
“Ihdinas sirotol mustaqiiiimm....” (ayat 6 surah alfatihah; bermaksud : Tunjukkanlah kami jalan yang lurus)
Denga serta merta orang Arab tadi menujukkan tangannya ke arah-arah tertentu iaitu jalan pulang ke hotel.