03 May 2009

ROZI


16 April 2009. IPGM Kampus Kota Baru.

Selesai sesi ‘vetting’ bersama Dr Noriati dan Dr Tajul Arifin, saya berhasrat berjumpa Mohd Rozi bin Ismail, rakan lama ketika di STTC, Cheras. Kali terakhir berjumpa beliau November 2008. Belum pun lama sangat. Tetapi sebelum itu kami sudah terpisah selama 17 tahun. Beliau menjadi tenaga pengajar di IPGMKB. Beria-ia beliau mengajak saya datang ke rumahnya di Pengkalan Chepa. Cuma saya tak punya masa. Kini saya rasa saya dapat memenuhi undangannya itu. Sengaja saya tak mahu memberitahu kedatangan saya. Saya tak mahu dia ‘susah-susah’ kerana saya..

Rozi rakan saya yang istimewa. Kami pernah tinggal serumah sewa di Taman Jaya, Bandar Tun Razak. Cheras. Beliau pandai memasak, mengemas, suka fesyen dan glamor yang tak berlebihan. Setahun selepas posting, kami terputus hubungan. Beliau mengejutkan saya dengan menghantar poskad dari Jepun. Rupa-rupanya beliau menyambung pelajaran dalam pengajian Bahasa Jepun selama setahun di Tokyo. Kejutan seterusnya.. berita dan gambar majlis perkahwinannya keluar dalam sebuah majalah wanita edisi khas. Perkahwinannya mendapat tajaan syarikat majalah tersebut. Dia dan isteri telah melancong ke beberapa buah negara Eropah.

Selepas pertemuan November 2008, Rozi ada bertaya saya bila saya nak ’maghi Kelate?’ Saya kira inilah gilirannya saya akan membuat kejutan pula. Tapi terfikir juga , Rozi ni jenis orangnya bila terkejut, siap dengan mengah-mengahnya sekali... Pernah dulu sewaktu pulang dari pasar malam, rakan saya, Ghulam, memegang seekor katak dan menunjukkan kepada Rozi. Si Rozi ni terus kegelian, mengah, muntah dan terus lembik kat situ. Kami terpaksa memapahnya. Malam itu juga Rozi bermalam di HKL dan mendapat MC 2 hari..

Saya melihat carta organisasi di pejabat am IPGMKB. Tiada pula gambar Rozi. Saya perhatikan satu satu. Terutama di bawah organisasi Jabatan Ilmu Pendidikan. Tiada. Kebetulan lalu seorang perempuan muda. Mungkin staf. Dia bertanya dengan mesra. ”Cari siapa encik?” Saya jawab, ”En Mohd Rozi bin Ismail. Cik, boleh tanya, kenapa gambar dia tak ada kat carta ni?”

”Ohh. En Rozi dah pergi ke USA bulan lepas. Sambung belajar Ph.D. Dia bawak isteri dan anaknya sekali..”
......... ,
,

1 comment:

  1. salam...satu hari nnt encik mesti dpt jumpa kawan encik tu. Tapi masa tu, seeloknya tidaklah merancang untuk membuat kejutan lagi.. =)

    "Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku, sahabat yg baik adalah yg seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup / selepas mati. Ku hulurkan tgn kpd sahabatku utk berkenalan krn aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tak kuntur dlm suka / duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya..." (Imam Shafie)

    ReplyDelete