01 August 2009

SEMANGAT DAGANG

Dah lama saya peratikan ada iklan ditampal kat cafe Aida di kampus, ”SEWA KERETA RMXX.00 SEJAM.” Terfikir, sapelah yang kreatif mengambik peluang cari duit ni..? Memang orang yang ”business minded” selalu nampak peluang dan ruang yang boleh dimanipulasi dari persekitaran mereka. Betul la tu..ramai pelajar yang tak de kenderaan untuk keluar ke bandar. Kalau panggil teksi, sewa lebih kurang sama je. Pas tu, kena tunggu ramai-ramai lak atau ikut giliran.. Kelebihan sewa kereta may be cepat diakses, sewa murah, pandu sendiri – bebas nak ke mana... So, tabik kepada yang empunya idea iklan tersebut.. dah berapa banyak masyuk tuu..?

Semakin hampir Ramadhan ni, ada semacam kelainan pula berlaku kat tempat keje. Mula-mula beberapa orang pelajar pompuan Sem. 4 mempromosi pelbagai tudung kepada kami. Saya tak pasti Ketua Unit Prasekolah jabatan kami, Puan Roselita membeli atau tidak. Nampak lama jugak dia membelek. Dia memang banyak duit pun..pernah dia berseloroh yang duit dia banyak sangat sampai tak habis makan...dan dia pernah taburkan duit atas katil lalu tidur di atasnya... huuuuu...

Tak lama selepas tu, Mazlan pula membuka pelan pemasaran minyak wangi auralife. Dia berjaya mendapatkan beberapa rakan sebagai ’down line’. Hebat tu...!

Sehelai daun masa gugur..... kemudian Rusini membawa bungkusan-bungkusan kain pasang, gelang kristal dan brooch. Encik Shafie dari HEP membeli satu gelang kristal. Saya hanya membeli polisi insuran takaful skim Pewaris Maybank yang dipromosi oleh Kak Ji.. dapatlah sekaki payung percuma.. selain yang utama habuan selepas pencen...

Tahun lepas, En Fauzi Ngah berjaya menjual beberapa handset Cina yang guna 2 sim kad. Sebuah harganya RM480.00. Rasanya lebih 10 orang yang membeli... eh...pelajar juga mesti dah tahu kalau nak tempah t-shirt gi jumpa sape..

Dan awal semester ni ada gak pelajar yang mempromosi enset kepada kami.. kalau cek blog diorang ni, kadang-kadang ada juga iklan barangan ... contohnya t-shirt, buku.. gi tengok kat surau nun, ada iklan juga.. Oh ya, masa konvo aritu, memang aktif pun pelajar berniaga kat gerai... diorang ni dasaatt betoi...

Dalam kuliah PPISMP Sem 3 saya sengaja bertanya ada berapa orang yang buat ’kerja sampingan’. Rupanya hampir separuh melakukannya. Kebanyakannya perempuan. Produk mereka selalunya kerepek, keropok, serunding atau kuih-kuih kering. Dan hampir sokmolah, mereka ni pelajar dari Kelate atau Gganu. Memang semangat dagang mereka ni dah sebati dalam diri.

Kepada pelajar, syabas atas kreativiti menjana kewangan dan keupayaan memanipulasi peluang. Cuma pandai-pandailah nak hidup kata orang. Lihat juga peluang bagaimana menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan bukan akademik. Tingkatkan kemahiran insaniah (soft skill) sebagai bakal guru. Semoga produk anda laris dan disukai ramai. Hasilnya anda juga yang untung. Dan semoga anda menjadi jutawan suatu hari nanti.

Produk IPGM Kampus TAA pula ialah guru yang berkualiti dan disukai ramai juga. Itulah anda..! Biarlah sekolah yang menerima anda sebagai guru, mendapat aura dan kesan yang mendalam hasil sentuhan tangan dan minda anda yang kreatif tu... Hasilnya lahir modal insan di luar sana (murid-murid yang bakal anda didik nanti) yang akan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Keuntungannya akan anda tuai di akhirat nanti.. InsyaAllah..

Kepada rakan sejawat, termasuk saya sendiri, kekalkan dan tingkatkan prestasi masing-masing dalam mencapai KPI yang disasarkan.

Bisnes mesin urut, bio-aura, insuran, kek, seramik, dan camacam agi boleh diteruskan. Kepada En Ghafar, produk sabun tu kena promosi kuat sikit la...hihihi..

Akhir kata, kuih raya boleh mula promosi sekarang..

No comments:

Post a Comment