01 February 2010

HIDUP DALAM AIR PANAS?


Bagaimana kita boleh mengetahui kisah-kisah orang dahulu yang diceritakan  dalam buku-buku? Tak lain tak bukan ialah terdapatnya si pencerita.. Pencerita boleh jadi tidak terlibat secara langsung,  atau boleh jadi juga adalah watak utama dalam cerita tersebut. Maksudnya dia menceritakan kisah dirinya sendiri.

Jika demikian, menceritakan kepada orang lain hal-hal  berkaitan diri sendiri membolehkan orang lain tahu tentang kisah tersebut. Sama halnya kita boleh mengetahui kisah-kisah orang dahulu.  Yang pasti, cerita yang disampaikan ini bertujuan untuk kebaikan bersama. Saya percaya inilah tujuan orang-orang dahulu menceritakan kisah-kisah hidup mereka. 

Sebermula sebuah kisah….

Saya masuk ke sebuah kedai fotostat di Temerloh. Setelah selesai fotostat, pembantu kedai telah tersilap memulangkan baki wang yang jumlahnya terlebih kira-kira hampir RM3.00. Saya hanya menyedari setelah jauh dari kedai tersebut. Oleh kerana masalah parkir kereta yang kritikal di Temerloh, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pemulangan wang tersebut. Namun hati saya memberontak. Rasa tidak selesa menanggung masalah sebegini. Untuk melegakan perasaan, saya singgah di sebuah kedai buku, lalu membeli sebuah buku agama dengan wang tersebut. Saya bercadang menghadiahkan buku tersebut ke mana-mana surau atau masjid. Namun akhirnya sehingga ke hari ini saya belum berpeluang berbuat demikian.

        Tindakan menggantikan hutang duit dengan buku agama adalah seuatu yang tidak ada  kena mengena. Apatah lagi pihak yang memberi hutang tidak tahu menahu. Orang yang berhutang  wajiblah membayar hutangnya. Pernah sampai ke telinga saya, orang yang tidak selesai hutangnya, rohnya tidak akan melepasi langit. Lagipun saya tidak menceritakan kepada sesiapa tentang hutang tersebut. Jika saya mati dalam tempoh tersebut, siapakah yang akan tahu tentang hutang  itu?

       Barangkali alasan bahawa saya telah berpindah ke Kuala Lipis agak boleh diterima menyebabkan saya tiada masa kembali ke Temerloh menyelesaikannya. Nampaknya saya tiada kesungguhan. Dan malangnya saya sanggup hidup dalam konflik dan risiko.
     
        Akhirnya   pada 7 November 2008, saya  mengambil keputusan  kembali ke kedai tersebut. Saya berjumpa tauke kedai dan menceritakan hal hutang ini. Kemudian saya membayar  RM3.00 kerana saya tak pasti jumlah sebenarnya yang lebih RM2.00 tapi tak sampai RM3.00. Tauke kedai ini kelihatan terperanjat. Namun kemudiannya  dia menerima wang tersebut sambil berkata..

”Hutang RM3.00 tiga tahun baru bayar ka?”


1 comment:

  1. peristiwa mcm ni pernh jgk terjadi pada sye.... selagi x selesai perkara 2, kite x senang ati dan teringt2x akan perkara 2... ble dah selesai, vbaru lah kte ok...

    ReplyDelete