DONGENG PULAU SINGA
Tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala. Ketika itu Kepulauan Melayu menjadi persinggahan pedagang dari Timur dan Barat. Pelayaran bergantung kepada arah tiupan angin monsun.
Suatu hari berlakulah angin kencang dan taufan. Sebuah kapal dagang dari Negara China telah mengalami kerosakan. Kapal terdampar di sebuah pulau.
Beberapa hari lamanya pedagang-pedagang Cina ini menunggu di pantai jika ada kapal lalu untuk meminta bantuan. Suatu hari datanglah sebuah kapal dari India melalui pinggir pantai itu. Pedagang Cina pun menjerit-jerit memanggil pedagang India.
“Singgah! Singgah!” Jerit pedagang-pedagang Cina dalam Bahasa Melayu.
Pedagang India menyedari terdapat orang meminta tolong di pulau itu. Namun mereka tidak pula singgah untuk menolong. Sebaliknya membiarkan sahaja. Tidaklah diketahui apakah sebabnya. Adakah mereka tidak suka kepada pedagang Cina yang tentunya dianggap pesaing dalam perdagangan, atau mereka dalam keadaan hendak cepat sampai ke destinasi atau mungkin sebab-sebab keselamatan.
“Singgah! Singgah!” Jerit pedagang-pedagang Cina lagi, sambil melambai-lambaikan tangan.
“Pooraah!” Balas pedagang-pedagang India.
“Singgah!”
“Pooraah!”
“Singgah!”
“Pooraah!”
No comments:
Post a Comment