01 April 2011

hutang emas dibayar pisang?


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati



 Menelurusi  keindahan pantun ini, beberapa isu dapat dianalisis. Pertama, mengapa pisang emas?  Pisang emas sesuai dibawa belayar kerana ia dapat dijadikan penahan daripada mabuk laut.  Dikatakan dengan memakan pisang emas, mabuk laut seperti muntah-muntah dan rasa loya akibat teroleng-oleng dilambung ombak  dapat dihindari atau dikurangkan. 

Kenapa belayar? Ya, orang Melayu pada masa dahulu adalah pelayar yang hebat. Mereka menjadi  pedagang, tentera laut  atau nelayan yang mahir segenap aspek kelautan.  Mereka juga mampu membina kapal-kapal  layar yang hebat. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka membuktikan berlaku lawatan dari Melaka ke negara China melalui jalan laut. Malah orang Melayu adalah manusia pertama belayar mengelilingi  dunia  suatu lilitan penuh globe  (Panglima Awang atau Enrique dalam sebutan Portugis) . Bukan Kapten Cook, Marco Polo, Vasco Da Gama atau Christopher Columbus.

Masak sebiji? Pisang emas secara semulajadi  akan masak sedikit demi sedikit, bukan secara keseluruhan. Oleh itu ia akan dapat dimakan secara berpanjangan sehingga habis semuanya.  Maka  sementara menunggu habis semua pisang, kita akan dapat menerapkan nilai sabar, tidak tamak dan bersyukur. 

Di atas peti? Pisang itu sengaja diletak di atas peti supaya ia senang dilihat. Maka sesiapa sahaja boleh memanfaatkan pisang ini tanpa halangan. Nampaknya tiada hasrat menyorokkan pisang ini daripada sesiapa.  Memang niat si pemilik pisang ini untuk bersedekah. 

 Peti itu pula mengandungi emas.  Yang pasti peti ini besar dan berkunci.  Emas ini selain bertujuan untuk berniaga, ia juga untuk membayar hutang.  Si pemilik kapal ini dahulunya pernah berhutang untuk mengembangkan perniagaannya.  Beliau berhutang emas. Kini beliau sudah kaya. Beliau mampu untuk membayar semula hutangnya.  Maka kini beliau dalam perjalanan  untuk melunaskan semua hutang emasnya itu.  Nampaknya beliau tidak lupa kepada orang yang pernah berbudi kepadanya suatu masa dahulu.

Walaupun beliau mampu membayar hutang emas dengan emas,  hutang budi tetaplah tidak mampu dibayar. Dibawa ke mati jua. Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa. Sedapat-dapatnya janganlah kita  termakan budi. Nanti tergadai ‘body’. 

Artikel ini adalah tafsiran bebas saya sendiri. Tanpa merujuk kepada Kementerian Pertanian, DBP atau Dr. Falsafah dalam bidang kesantunan.  

3 comments:

  1. sebiji pisang juga dapat memberi beberapa kalori tenaga. guna menahan lapar dalam perjalanan. selain nutrien2 yg penting juga...

    ReplyDelete
  2. baru terjumpa blog ://kespa.blogspot. yg mengulas pantun ini secara vertikal dan horizontal. sangat analitik.
    kagum amat.

    ReplyDelete
  3. Panglima Awang was a very high ranking official in the Malacca sultanate. At the same time he was also a Portuguese collaborator. He had never been a slave throughout his life except for being the subject of the Malacca Sultan to whom Panglima Awang had served loyally. Panglima Awang changed his allegiance to Alfonso de Albuqueque and thus become another King of Portugal's subject on 16 July 1511. Panglima Awang fought on Portugal's side and eventually help Alfonso de Albuquerque capture Malacca in late August 1511.

    ReplyDelete