Petang ini kami bermain badminton di hadapan rumah. Aku, isteriku, Syafiq dan Afiqah. Sangat seronok. Dalam tempoh setengah jam, sudah sangat banyak peluh keluar. Terkadang aku berlawan dengan isteriku. Terkadang kami bertukar-tukar lawan.
Syafiq yang sudah memasuki Tahun Dua, sudah tahu bagaimana membuat servis yang baik, backhand dan forehand. Afiqah pula dapat membuat hantaran jauh. Isteriku nampaknya berpengalaman bermain badminton. Kebanyakan hantarannya laju-laju belaka. Aku mengusiknya ; “ Ah, kalau macam ni banyak lemak yang dapat dibakar, pinggang cepat ramping..” Dia agak teruja dengan kata-kata semangatku itu....
Tidak sedar jiran kami, Ustaz Tajuddin sudah melintas dengan motosikalnya pergi ke Masjid. Sudah hampir Maghrib. Nampaknya aku tidak sempat ke masjid. Kami segera masuk ke rumah. Masing-masing bersiap untuk mendirikan Solat maghrib berjemaah. Masing-masing mandi dan berpakaian solat.
Sejadah dibentang oleh isteriku di ruang tamu. Syafiq melafazkan Iqamah. Aku mengimami solat. Selesai solat dan berwirid, kami mendirikan solat sunat Maghrib. Kemudian aku mendengar bacaan surah-surah pendek dibacakan oleh isteriku dan dua anakku. Bacaan dibaca tanpa melihat mushaf. Isteriku membaca lima surah selepas Al Fatihah. Satu dua kesalahan makhraj aku perbetulkan. Sementara Afiqah dan Syafiq dapat menghafaz sepuluh surah setiap seorang. Kemudian aku pula memperdengar bacaan Surah Ad Dukhaan. Ku minta isteriku menyemak bacaanku.
Sebelu tidur malam itu isteriku memelukku dan merenung mataku dalam-dalam. Aku sedikit kehairanan. Dia mencium pipiku dan tanganku..
“I Love You suamiku.. Abang memang suami yang soleh. Ayah yang bertanggungjawab..” Bisiknya.
“Itu abang tahu. Dah lama dah sedar..” Gurauku.. Dalam hatiku, aku berdoa semoga itu benar. Dan semoga aku terhindar pula daripada sifat ujub dan riya'. Semoga lagi Allah SWT dengan rahmatNya menerima amal ibadah kami..
Dia tersenyum.. Aku lalu memeluknya dan mengucupi bibirnya. Kemudian ku kucup pula ubun-ubunnya. Sambil saling merangkul, kami rebah di ranjang....
Keluarga yang bahagia~
ReplyDeleteTiada yang lebih indah daripada punyai pasangan
yang selalu bersama-sama kita bejalan menujuNya :)
Encik, semoga bahagia sampai syurga..