Menurut penulis buku ‘KENALI
AL-QURAN’, tidaklah diharamkan orang
yang tidak berwuduk memegang al-Quran dan membawanya, serta membacanya. Bahkan
semuanya itu diharuskan kerana tidak ada dalil yang melarangnya. Namun adalah lebih afdhal jika kita berwuduk
sebagai satu penghormatan terhadap kalam Allah SWT.
Isu hukum memegang al-Quran tanpa wuduk berkisar dalam memahami ayat 77-80 dalam
surah al-Waqiah yang bermaksud;
Bahawa sesungguhnya
(yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia, ( yang sentiasa
memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam Kitab yang cukup
terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui
bersih suci; al-Quran itu diturunkan
daripada Allah Tuhan sekelian Alam.
Ahli fikah berpendapat “kitab yang terpelihara” adalah a-Quran. Dan
golongan yang suci adalah kaum muslimin yang berwuduk dan membacanya.
Ayat tersebut bukan membicarakan tentang Muslim
yang berwuduk tetapi membicarakan tentang sumber al-Quran dan jalan
penyampaiannya kepada Nabi Muhammad SAW.
Ia bertujuan membatalkan keraguan yang
ditimbulkan oleh golongan kafir yang mendakwa al-Quran diturunkan oleh syaitan.
Ayat ini menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa yang menurunkan
al-Quran adalah malaikat
“Almutahharun”
bermaksud malaikat adalah tafsiran yang dipersetujui jumhur sahabat
seperti Ibn Abbas, Anas bin Malik, para tabiin seperti Alqamah dan Qatadah.
Malaikat digelar ‘al-mutahharun’ kerana mereka tidak pernah melakukan dosa.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment