03 August 2009

SELSEMA BAB I

Sewaktu kuliah Murid dan Alam Belajar PISMP Sem 2, Unit Pemulihan, 28 Julai 2009 lalu, satu pengumuman kedengaran. Menyeru pelajar membuat pemeriksaan kesihatan di hospital Kuala Lipis. 2 bas dipenuhi pelajar digerakkan.

Saya dihubungi oleh Cikgu Norhayati dari SMK Seri Jengka memberitahu bahawa sekolah beliau telah ditutup seminggu mulai 30 Julai akibat 5 dari 9 sampel pelajar didapati positif H1N1. Pada mulanya saya bercadang akan ke SMK Seri Jengka pada 31 Julai untuk khidmat sokongan Guru Bestari.

SM Sains Tengku Abdullah, Raub (SEMESTA) telah ditutup seminggu mulai minggu lepas. Dari 5 sampel yang diambil, kelima-limanya positif. Anak En.Mazdaruddin yang bersekolah di situ telah dikuarantin di rumahnya sendiri.

Bila SMK Clifford ditutup 29 Julai lalu, rasa cemas mula menyelimuti hati. Bagaimana pendemik dari Mexico pada April lalu dah sampai ke Kuala Lipis pada Julai ini? Daerah sekecil, sejauh dan sepedalaman Kuala Lipis pun tidak terlepas dari bahana ini. Dan bila wabak ini sudah merebak di sini, manakah lagi tempat yang tidak akan dilanda di Malaysia? (nota: Kuala Lipis terletak di tengah-tengah Semenanjung; point nya tereletak di Kg. Kemahang, Benta). Dan adakah selepas ini virus babi ini akan masuk ke kampung-kampung tradisional menyerang orang-orang kampung yang lelah membanting tulang di sawah, yang letih di kebun getah menoreh, atau juga menyerang jemaah masjid yang tenang jiwanya beribadat sementara menunggu saat panggilan Tuhan?
Apapun, mencegah lebih baik dari mengubati. Beberapa langkah antaranya, selalu basuh tangan dgn sabun, kurangkan pegang tombol pintu atau kepala paip, kurangkan keluar rumah atau ke tempat yang disyakki. Nak haramkan babi, memang dah lama haram. Seterusnya buat pemeriksaan segera jika terkena simptom-simptom. Jangan lupa berdoa dan buat solat hajat mohon Allah jauhkan dari bala ini.

A..aa...aacc...cuuummmm!!!!!
Hari ini 3 Ogos, saya ke Farmasi Pahang di bandar Kuala Lipis, semua kakitangan farmasi memakai topeng mulut. Aduh! Kuala Lipis sudah kritikal!!

p/s; Sila baca entri di blog Misraini.

No comments:

Post a Comment