Syawal masuk hari ke-6. Masih ada lagu raya kedengaran di sana sini. Tapi saya terkilan sungguh dengan lagu raya nyanyian Mamat. Maksud saya liriknya.
Apa pasal nak sujud di kaki orang pulak ni? Yang saya tahu, hanya penganut agama Hindu yang sujud di kaki orang tua, atau di kaki suami.
Bukankah dah elok dah selesai puasa sebulan, dosa dah terampun, alih-alih balik kampung jumpa orang tua, sujud pulak kat kaki dia... Sujud kepada Allah sahaja Mamat..bukan selain Allah. Itu syirik dan batal aqidah.
Kepada penulis lirik lagu ni, harap menyesal dan bertaubat. (Kecuali penulis lirik ini beragama Hindu). Kepada pihak media, wajib haramkan lagu ni. Sebagaimana lagu hari raya nyanyian Saloma yang ada lirik ’dam dam dum bunyi mercun’ dah tidak disiarkan lagi. Lagu Saloma ni dah dirakam semula oleh Saloma dengan ubahsuai lirik. Kepada syarikat rakaman Mamat, bolehlah rakam semula lagu ni dengan ganti lirik sujud di kaki tu.. mungkin ‘kan ku kucup di dahimu...’
Kita semua tak payah lah simpan lagu Mamat ni dalam telefon bimbit atau lap top dan sebagainya. Nanti kita bersubahat pulak. Apatah lagi dengan bangganya menyanyi lirik tersebut. Jangan sampai terjejas aqidah, disebabkan lidah.
Kepada semua hamba Allah yang muslim, di langit dan di bumi (termasuk Mamat), saya mohon kemaafan. Ikan bawal ikan patin, salam syawal maaf zahir batin.
No comments:
Post a Comment