07 -09 Okt 2009 KPKI di Maran.
Saya bersama Roselita bertolak dari Lipis pada pukul 4 petang. Melalui Kg. Lada Jerantut, terus ke Jengka 8, langsung ke Bandar Pusat Jengka. . Saya mengesyorkan Roselita membelok ke simpang Kuala Sentul. Ini jalan pintas paling pantas dari Lipis ke Kuantan. Saya hampir muntah kerana jalannya yang berbelok-belok. Pukul 6.30 petang sampai di Maran Golf Resort. Rozman sampai 30 minit kemudian dari Kuala Lumpur.
3 hari kami berada di Maran, mengendalikan kursus untuk guru-guru prasekolah daerah Maran. Seronok sungguh bersama mereka. Mereka sungguh sporting dan kreatif. Apa yang menarik tentang Maran antaranya sate rusa dan laksa gebuk. Laksa gebuk dibuat daripada tepung gandum, bukan tepung beras. Kuahnya kuah lemak sama seperti laksa pantai timur. Produk ini dihasilkan oleh datuk kepada Cikgu Hartini dari Kampung New
Pada malam terakhir, Cikgu Sobar Rahman, rakan lama saya mengajak saya dan Rozman keluar minum ke Bandar Maran. Malangnya hampir pukul 11.30 malam baru saya tersedar bahawa saya tertinggal kunci chalet. Sedangkan pintu terkunci dari dalam.Kami segera balik. Memang benar terkunci…Sobar
Akhirnya sebuah kereta BMW datang. Beliau ialah ipar kepada Sobar. Dengan 2 kali percubaan, Encik Ayub berjaya membuka pintu. Namun kami tak sempat berbual panjang dengan beliau. Maran memang hebat. Orang Maran lagi hebat!
Nota; Roselita hanya mengetahui hal ini pada pagi esoknya. Sedangkan bilik beliau berkongsi dinding dengan bilik kami... huhuhu..
Terimakasih kepada Cikgu Hartini Susah-susah je belanja kami sate rusa, laksa gebuk dan lemang. Terimakasih juga kepada PPD Maran. Jus nangka madu Maran memang sedap.. Kepada cikgu-cikgu prasekolah peserta KPKI, terimakasih atas cenderamata dan memori bersama... Kepada Kak Chah penyedia makan minum kami, terimakasih juga. Perkhidmatan Kak Chah taraf 5 bintang.. Kepada Sobar Rahman dan Nazmi, kedua-duanya rakan lama, nilai persahabatan membuatkan kita tidak pernah tua....
No comments:
Post a Comment