28 July 2010

KIFARATUL BAULI



Sabtu lalu, meneliti buku Himpunan Solat-solat Sunat terbitan Pustaka Hidayah, ketemu suatu solat sunat yang dinamakan Solat Sunat Kifaratul Bauli. Memang saya akui, selama ini saya tidak mengetahui tentang solat ini. Saya memang naïf.

Tujuan solat ini adalah untuk memohon keampunan daripada Allah SWT akibat kelalaian diri dalam aspek kebersihan semasa membuang air kecil.

Wajiblah bagi kita ketika menghadap Allah berada dalam keadaan bersih dan suci daripada kekotoran dan najis.   Kebersihan sememangnya juga  wajib diamalkan di luar solat.  Bagi kes solat di mana pakaian atau tubuh kita  tidak bersih daripada najis air kencing, memang terdapat hadis Nabi tentang azab kubur berkaitannya. Sebab itu  adab-adab berkaitan tandas perlu diberi perhatian. Pastikan betul-betul bersih. Penyucian  bukan sekadar pakai kertas tisu..

Menurut buku tersebut, solat ini dilakukan selepas solat Dhuha. Pada rakaat pertama selepas Al Fatihah, dibaca surah Al Kautsar tujuh kali. Pada rakaat kedua surah Al Ikhlas tujuh kali. Tiada doa khusus dinyatakan. Namun bagi saya boleh saja berdoa  berkaitan tujuan solat ini sendiri. 

Ada sesetengah pendapat  menyatakan tidak terdapat solat Solat Sunat Kifaratul Bauli pada zaman Rasulullah. Oleh itu  solat sunat taubat sudah memadai. Untuk mengelakkan keliru, bertanyalah kepada orang yang alim.


Keterangan gambar: Manusia menyerupai babi. Inikah gambaran manusia meninggalkan solat? 
kredit kepada En.Mohd Zamani Napiah; (melalui facebook)




No comments:

Post a Comment

Post a Comment